Saturday, September 19, 2009

balik kampung beraya (beraya Prapa Kampung)

salam dan selamat hari raya... sewaktu aku membuat coretan blog ni... mungkin aidilfitri 2009 akan jatuh pada esok hari (apa2 pun kene tunggu pengumumam dari pemegang mohor raja2 malam nanti)... kalau korang selalu tengok tukang umum untuk pemegang mohor raja2 tuh (apa tah nama pakcik tuh)... muka dia selalunya selamba jer... langsung x menunjukkan sebarang reaksi esok raya ke tak... aku rasa tiap2 hari dia mesti ada praktis kat depan cermin... hehhehee jangan marah pakcik...
dulu masa aku kecik2 kat kg... abg2 sedara aku yg besar2 sukar buat kacau masa pengumumam tarikh hari raya... mula2 dia org buat MUTE kan suara pakcik tu masa dia nak umum tarikh... so terpaksa la atuk aku pergi tanya kat org surau raya jatuh bila... bila tahun depan lak... atuk aku buat countermeasure, dia sendiri pegang remote control tv... abg2 sedara aku pergi offkan terus main switch... so bergelap la satu rumah... punya marah la atuk aku... tapi tahun tu TV pun buat countermeasure yang sama... dia org paparkan tarikh raya... aku rasa dia org pun pernah rasa kene pedajal macam nih heheheheee...
tahun ni aku balik beraya ke KUANTAN... so, aku nak cite kat sini la pengalaman manis aku balik beraya malam semalam... aku bertolak balik naik kelisa aku dari rumah kul 1.30pagi (lepas abis kemas rumah dan packing baju)... masuk aje mrr2 nak ke karak dah sangkut jem... ya, ALLAH, sabar je aku... bayangkanlah... dari kul 1.40pagi bertolak... aku dapat masuk highway pantai timur kul 4.30pagi... 3jam mengensot dari gombak ke karak... mula2 cadang nak bersahur kat kg... dah jadi macam ni aku bersahur kat tepi jalan jer... itupun makan jambu potong singgit... nasib baik mengenang kan raya dah dekat... kalau tidak takdo la pakcik nak susah2 cam nih... duduk umah tido ado gak pakedahnyo...

nih gamba aku ambik dari dalam kete masa jem tuh... CD yang aku main pun sampai dah 2-3 kali ulang...


Thursday, September 17, 2009

Trip ramadhan (reis Ramadhan)


Salam… ramadhan 2009 sudah hendak berakhir… so, sebelum tutupnya ramadhan tahun ni, aku ingin mempublish trip yg berjaya aku buat sepanjang bulan ramadhan nih… secara keseluruhannya aku hanya berjaya buat 2 trip jer… x de masa la nak gi mancing… hujung minggu ada jemputan berbuka puasa dan macam-macam aktiviti lagi lah
Trip 1: danau biru, bangi (kolam air tawar)
Ni sebenarnya trip terkejut… kebetulan aku ada urusan di bangi… bagi memenuhkan masa aku pun carilah kolam kat area bangi nih… dan hasil kajian aku, kolam yang paling senang nak pegi adalah kolam danau biru… dekat dengan exit tol bangi… kolam ni bayarannya murah jer Cuma rm6/jam… so aku decide utk mancing selama 2jam… baru rm12… umpan pakai dedak je yg dh memang sedia ada kat dalam bonet kereta aku…
Bila sampai kat kolam… pengunjung memang x ramai pun… maklumlah bulan puasa… lepas bayar deposit rm20… aku pun pilih port kat tengah 2 kolam… kolam nih xde la besar sangat… saiznya empat segi tepat… on the way ke port mancing tu… aku perasan banyak bangkai ikan mati dalam kolam… dan semua yang mati tu ikan tongsan… so aku terpikir, pehal kolam nih… baru kene tuba ke… tapi aku xde la ambik gambar bangkai ikan tu…
Lepas bancuh umpan aku pun mula la memancing… so, seperti yang telah aku jangkakan… memang xde hasil pun… Cuma yang berjaya aku daratkan adalah anak lampam yang mengacau umpan aku… so, setelah 2jam memancing dan keadaan masing x berubah so aku pun balik la… kalau dapat ikan pun takut nak makan mengenangkan bangkai2 ikan tongsan tadi… huhuhhuhuuhuuuu
Trip 2: green paradise, jln selayang-rawang (kolam air masin)
Kembali semula ke kolam lama aku setelah kolam baru di bukit idaman selayang dirobohkan… kalau ikutkan ati memang malas nak datang kolam nih tapi x de member la nak ajak gi kolam baru kat damansara tu… member aku yg kat melaka tu kene imform awal2 kalau nk ajak gi mancing kalau x dia tak bawak set pancing dia… oleh kerana x de pilihan maka terpaksa la datang kolam ni… itulah masalahnya, kolam air masin kat area KL nih dah makin pupus dah…
Malas nak taip panjang2… hasil memang MANGKAU… tapi dari cerita yg aku dengar dari org yg memancing sekali kat situ… kolam ni memang dah makin teruk… kemungkinan sebab dah takde sangingan dari kolam2 lain kat area selayang/gombak… ade sorang bro ni dah memancing hampir 7jam tapi sekor pun tak naik… dia punya hangin, rasa macam nak racun jer kolam tu… itulah kisahnyeeee

Saturday, September 12, 2009

Pilatus terhempas, 2 juruterbang maut

alamak... sedih sungguh aku baca pasal berita nih... kalau pilot kita terbunuh dalam pentempuran ok la gak... ni masa aman pun bole jadik camni... apa cite, tolong la kementerian pertahana dengan air force... tolon la check balik semua equipment kite supaya kejadian yang sama x berulang... al-fatihan aku sedekahkan buat yg terkorban dan takziah buat keluarga arwah...

berita ni aku petik dari utusan malaysia



Keadaan pesawat Pilatus PC-7 yang terhempas di lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Kedah, yang mengorbankan dua nyawa, semalam.


LANGKAWI 11 Sept. – Dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berpangkat mejar maut apabila pesawat Pilatus PC-7 yang mereka naiki terhempas di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini, hari ini.
Kedua-dua juruterbang tersebut dikenali sebagai Mejar Mohd. Rozaini Mohd. Mustafa, 37, dan Mejar Mohd. Zulkifli Hasan, 38. Kedua-dua mereka berkhidmat di pangkalan TUDM Kepala Batas, Alor Setar.
Kejadian berlaku ketika juruterbang berkenaan cuba mendaratkan pesawat tersebut di landasan lapangan terbang kira-kira pukul 12.30 tengah hari.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan TUDM Kepala Batas dan terhempas kira-kira 90 meter dari landasan di lapangan terbang tersebut sebelum terbakar.
Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Langkawi, Ishak Hashim berkata, empat jentera bersama 15 anggota bomba berkejar ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat maklumat pada pukul 12.50 tengah hari.
Menurut beliau, ketika pihak bomba tiba di tempat kejadian, mayat kedua-dua juruterbang yang lengkap beruniform masih berada di tempat duduk masing-masing.
‘‘Anggota bomba berjaya mengeluarkan mayat kedua-dua juruterbang tersebut dari pesawat kira-kira pukul 1.20 petang dan terus dibawa ke Hospital Langkawi,’’ kata beliau.
Bagaimanapun, punca kemalangan itu masih disiasat.

Thursday, September 10, 2009

my fish

Sejak 2 menjak nih aku asyik terfikir nak mod up fish aku jer… bukan ikan yang dalam akurium tuh… tapi kete aku la… sebagai angler sejati… aku memandu kete yang ada kaitan dengan ikan gak la… iaitu PERODUA KELISA… mana ada lagi kete dalam mesia nih yang guna nama ikan… p2 kelisa jer…
So aku dah buat beberapa research dalam internet item2 mod (modification) yang boleh aku buat kat standard fish aku… tak nak la bikin dasat2 sangat… sekadar dapat up sikit performance jadik la… sekarang nih rasa cam dah semput sikit, maklumla dah dekat 5 taun dah… antaranya
1. Pakai spark plug teknologi terkini – iridium denso @ NGK
2. High flow air filter (washable) drop-in @ open pod – K&N @ simota
3. Up-grade ekzos sytem (extractor+bullet+muffler+piping 1.5” @ 1.4”) – marco
4. Power stabilizer – pivot raizin
5. Belum terfikir lagi…..
Yang penting item2 kat atas nih ada dalam lingkungan budjet aku… so, sekarang nih aku tgh berkira2 harga barang dengan budjet yang ada… aku rasa yang first aku nak buat ganti spark plug… iridium spark plug nih boleh up power, jimatkan minyak pastu tahan lama… setahun pun ok lagi… rasanya macam pelaburan yang menguntungkan… heheheeee
Dalam masa yang sama teringin gak nak up-grade peralatan perang aku… tapi tunggula hujung tahun nanti bila aku balik kuantan… kat sana boleh carik barang murah sikit… plan nak carik mesin baru… kalau nak cun brand shimano… baru matching dengan joran aku… hehhehee… bestnya berangan…

untuk pengetahuan korang... gambar2 kat atas tu bukan gambar kete aku...tu gambar aku cilok dari dalam internet... gambar kete aku aku dah ambil dah tapi mana tah aku letak... malas la nak ambik yang baru... hehehheee

Tuesday, September 1, 2009

Suka-suka mangkau


Salam sejahtera semua… semasa coretan ini dibuat, aku berada di kuantan atas urusan keluarga… so, aku ingin mengemukakan laporan pancing yang menyakitkan hati tetapi ingin aku kongsi bersama2 (inilah sebenarnya tujuan blog ni pun).
Tempat aku bekerja baru2 nih menganjurkan satu pertandingan memancing yang diberi tajuk “suka-suka jackpot” yang bertempat di BAI WORLD, tasik puteri, rawang (aku rasa kolam ni memang agak famous gak la)… demi menyemarakkan semangat kesukanan aku pun masuk pertandingan ni… lagi pun yang menganjurkannya pon memang2 member aku pon… seperti biasa bila nak masuk pertandingan nih, persiapan memang dah lama dirancangkan… iaitu jenis2 rig yang nak digunakan… jenis2 umpan yang perlu disediakan… benda2 ni memang dah lama bermain2 dalam kepala otak aku seminggu dua sebelum pertandinngan lagi (siap buat list dengan diagram lagi)… bila pertandingan makin dekat… lagi la macam2 yang bermain2 dalam kepala otak nih
Setelah persiapan yang secukupnya dibuat, maka sampaila hari pertandingan… so, seperti biasa… aku sampai awal sebab nak cop port baik la… aku memang x berapa biasa dengan kolam nih, so aku ikut gerak ati aku jer… maka tepat kul 9 pagi pertandingan pun bermula… sejam pertama berlalu dengan sedikit harapan apabila selang 2 pancing dari joran aku mengena patin hampir sekilo… so aku fikir, kawasan ni memang tempat mainan ikan… jam kedua berlalu sepi… dan tanpa kusedari sampai jam ke-4 pun tetap sepi… so itulah hasilnya… MANGKAU…
Tempat pertama dan kedua dibolot oleh orang yang sama dengan menaikan ikan tongsan 7 kilo ( eleh, rekod peribadi aku lagi besar la, 8kilo)… so, apa yang aku dapat dari pertandingan ni… selain panas hati, badan dan lain2… aku dapat jadi wakil pengurusan untuk smpaikan hadiah… tukang ambik gambar tu kata nak masukkan dalam majalah PANCING… katenye
gambar2 kolam pancing BAI WORLD pada hari kejadian