Sunday, October 30, 2011

Trip memancing!!!



Dah nama pun antupancing… mesti la ada pergi memancing sekali sekala… trip ini dibuat pada 1 oct 2011… sabtu malam ahad… aku sebenarnya dah lama tak terasa nak memancing… lebih menumpukan kepada aktiviti larian aku… tapi miza dah banyak kali ajak aku pergi memancing… tapi kerana banyak hal dalam bulan raya, maka trip ni selalu di postpone dari minggu ke seminggu… last2 1oct 2011, sabtu malam ahad baru dapat pergi… sebelum tu kami pergi dulu ke pasar malam untuk beli makan malam dan umpan… aku beli udang longgok dgn beberapa ekor ikan sardine… lepas makan dan semayang isyak, kami pun keluar rumah menuju ke kolam pancing… malam ni aku decide untuk pergi port biasa di kolam ikan air masin green paradise, jalan selayang-rawang… 
miza tgh karau tali....

Lebih kurang pukul 10 kami pun sampai ke kolam… masa ni tak ramai lagi yang sedang memancing… mungkin sebab masih awal lagi… selalunya kalau malam minggu ni, ramai pemancing yang suka masuk lewat dan memancing sampai ke awal pagi… overnight la katakana… aku dulu2 biasa la buat camtu…oleh kerana malam ni aku nak memancing secara santai jer… so, umpan pertama yang aku labuh kan adalah potongan ikan sardine… ikan tu aku potong separuh, senang takyah nak fillet… lepas campakkan umpan aku pun dok rilek2… miza pun macam biasa, mula main2 dengan umpan yang aku bawa…
tak sampai 10min… hujung jorang aku tersengguk2 dan tali mula keluar dengan banyakkanya… ni mesti ikan dah sambar umpan aku… aku angkat joran & bagi tali lebih sikit supaya ikan tu betul2 telan umpan aku… pastu aku gulung perlahan2 tali sampai tegang… bila tali dah tegang aku pun strike la… aku dengan steadynya mengawal ikan supaya tak melilau jauh dan langgar tali org lain… tak sampai 5min… ikan siakap pun terdampar kat tepi kolam… sorry la aku tak ambil pula gambar waktu ni… beratnya lebih kurang 1.8kilo… Alhamdulillah… rezeki miza…
aksi selepas ni tidak ada yang mengujakan… beberapa kali percubaan menukar umpan tak Berjaya mengcuit ikan… udang hidup, udang kopek dan hirisan ikan tak mendatangkan hasil… Cuma selang beberapa tiang dari tempat aku memancing… ade sorang brader ni Berjaya mendaratkan sekor siakap bersaiz besar, 4kilo lebih… 
dah siap siang dah....

jam 1pagi aku dan miza pun mula berkemas nak balik… sebelum gerak… aku mintak budak indon pengjaga kolam tolong siangkan ikan… maleh aku nak siang kat rumah, leceh… upahnya Cuma 2hengget jer… sebelum jam 2pagi kami dah ada kat rumah….

Sunday, October 23, 2011

Race Report #8 (Putrajaya Night Marathon) bahagian 2


petang2 ahad nih tak tahu nak buat apa.... apa lagi sambung race report la....
Bila nak masuk kul 8mlm aku dengan ajat bergerak ke kawasan permulaan… tengok peserta FM dilepaskan jam 8mlm… jam 8.20mlm peserta HM pula dilepaskan… ajat masa ni dia tengah tercari2 kawan dia yang masuk HM… tapi tak jumpa plak, maklumlah ramai orang… jam 8.30mlm aku dah standby kat kawasan pelepasan 10km… aku suruh ajat standby kat tepi jalan, ambik gambar aku berlari… tepat jam 8.40mlm, peserta 10k pun dilepaskan… aku berada dalam kelompak pertengahan, selepas 2min baru aku dapat lintas gerbang mula… aku bermula dengan pace yang perlahan…. Tak nak ikut rentak pelari2 lain yang macam kena kejar dengan hantu kak limah…
Bagi aku route kali ni lebih baik jika dibandingkan denga larian men’s health… kurang kawasan berbukit…. Aku dapat berlari dengan pace yang steady dan dapat berlari untuk hamper keseluruhan route… maknanya kurang berjalanlah… ada 3 water station yang aku tempuhi dan cukup baik kerana aku dapat minum di ketiga2 stesen tersebut… selepas water station kedua aku ambil lagi sepeket GU gel…
Aku Berjaya kembali ke kawasan penamat tanpa masalah besar kecuali lutut kiri aku yang agak sedikit kesakitan dan jari kaki yang sedikit melecet kerana lupa nak pakai Vaseline sebelum berlari… masa yang aku catatkan adalah 1jam 18min… 2min ketinggalan jika hendak dibandingkan dengan SCKLM (1jam 16min)…. Tapi aku berpuas hati kerana jauh lebih baik dari prestasi aku semasa men’s health… pace aku pada kadar 6.2min/km dan kelajuan larian 9.0km/h…. masa men’s health pace aku jatuh sehingga lebih dari 7min/km…. so, kira2 misi membalas dendam telah Berjaya… overall result, no. 769 dari 1486 runner… kelompok tengah la…
kepenatan... tapi puas
Masa melepasi garisan penamat… ajat ada amik video, tapi takleh nak upload sebab saiz besar sangat… lepas dapat medal dan sijil aku gi amik snek pack dan berjumpa balik dengan ajat… selepas berehat dan buat warming down kat sebelah banggunan perbadanan putrajaya… aku dan ajat pusing2 kat kawasan booth penaja larian… disebabkan aku pakai kereta proton… so, aku dapat masuk pertandingan kat booth proton dan dapat goodies bag… 
barang yang dibawa balik

Secara keseluruhannya putrajaya night marathon adalah satu larian yang Berjaya… route yang disediakan bagi aku cukup memadai… water station pun bagus… disepanjang jalan ada performer2 yang bagi semangat kepada pelari… system pemberian medal selepas larian juga adalah cekap…. Cuma takde goodies bag jer….
vest dan medal

medal depan

medal belakang

BIB antupancing

Jam dah menghampiri jam 11mlm… aku dengan ajat decide untuk balik… tak bleh nak balik awal2 sebab jalan masih ditutup lagi… aku dah memang kepenatan dan lutut kiri aku dah mula berdenyut2 sakit… so, aku suruh ajat aje yang bawk kete… nasib baik dia ikut… nak keluar putrajaya masuk highway MEX memang jem sebab jalan maih banyak ditutup… sabar je la… nak marah2 takleh sebab kite pun runner gak… sekian, selesai sudah misi membalas dendam….

Thursday, October 20, 2011

Race Report #8 (Putrajaya Night Marathon)



Tempat: Putrajaya (berhadapan palace of justice)
Kategori: Lelaki terbuka 10km
Race kit: BROOKS running vest, BIB (M1474), timing chip
Post-race: Finisher medal & sijil

Kejohanan larian pertama setelah cuti panjang (bulan puasa dan aidilfitri)… seperti mana yang telah aku ceritakan sebelum ni… larian ni adalah misi membalas dendam untuk memperbaiki prestasi aku berlari malam di putrajaya… latihan aku telah mulakan sejak selesai aidilfitri… perlahan2 membina semula stamina di setiap hujung minggu… Cuma kali ni aku ada masalah baru… kesakitan lutut aku telah berpindah dari lutut kanan ke lutut kiri… so, aku mempertingkatkan latihan untuk menguatkan otot2 sekitar lutut dan menambah dos vitamin glucosamine aku…
Race kit yang aku terima untuk larian ni merupakan satu running vest dry fit dari BROOKS berwarna putih dengan lambang BSN… aku rasa design vest ni dah kira ok dah… tapi aku ad baca dalam internet, org komplen yang baju ni plain sangat… kenkadang aku rasa ada sesetengah runner ni mengada2 sangat… sikit2 komplen pasal design vest tak cantik la… medal tak cantiklah… macam2lah, came on lah, jangan lah banyak komplen sangat…. Nanti org benci taknak anjurkan larian lagi… baru padan muka…
Hari sabtu pagi aku pergi bawa miza jumpa doktorpakar di ampang putri medical centre… sampai t/hari… kali ni aku lebih berhati2 dengan pemakanan aku… tak nak kejadian semasa men’s health berulang… so, t/hari aku Cuma makan karbohidrat sahaja… elakkan yang berkuah dan bersantan… balik dari makan aku tido sekejap dan bangun semula pada pukul 4 ptg… lepas solat asar aku pun bergerak ke putrajaya dalam kul 5.30ptg… elok jer aku nak keluar dari sri Gombak… ajat kol aku… Tanya aku nak gi putrajaya kul brapa… sebab dia nak ikut sekali… nasib baik aku belum gerak jauh lagi… so, aku pusing gi ambik dia kat rumah sewa dia di sentul dan kami berdua terus ke putrajaya dalam kul 6ptg…
sebelum berlari....

Sampai putrajaya dalam kul 6.45ptg… aku dapat parking kat belakang banggunan perbadanan putrajaya lepas mintak tlg guard yang jaga jalan alihkan kon… port yang sama masa larian men’s health… tak ramai yang parking kat sini sebab sebenarnya kete tak leh masuk… heheee, rezeki aku… lepas tu aku dengan ajat gi sembahyang maghrib kat masjid besi… lepas sembahyang patah balik ke kereta sebab aku nak tukar baju, ikat timing chip, pinkan BIB, makan GU gel dan stretching sekali…
okeh2... aku sambung dalam bahagian kedua okeh... tunggu....

Friday, October 14, 2011

GARY – Siput bersaiz mega



Entry kali ni aku nak bercerita tentang GARY… kali pertama aku mendengar pasal GARY adalah ketika adik perempuan aku bertanya tentang siput besar yang ada dalam taman rumah abah aku… dengan selamba, abah jawab masih ada… aku terus bertanya pada adik perempaun aku, besar sangat ke siput tu… rini menjawab, besar gilerrr… waktu tu abah sedang basuh akurium barunya yang berkapisiti 100gelen… nak isi koleksi ikan kelahnya yang ditangkap di sungai… abah berhenti basuh akurium dan terus masuk ke kawasan taman dan menyelak2 daun2 kering yang berada dibawah rimbunan pohon sireh… seketika selepas itu, abah kelaur dengan memegang seekor siput bersaiz mega… aku ambil sesiku L dan ambil lagi sekor siput biasa dan buat perbandingan… masyaallah, panjang siput mega tu melebihi 6inci… aku terus berkata, abah bela ke siput ni… abah menjawab, dah lama dah siput ni ada kat sini, dulu takde la besar camni… menurut abah aku, ade sekor lagi yang besar sikit dari yang abah bawa keluar ni… abah aku cite, dulu siput ni pernah merayau keluar dari taman rumah abah aku… bebudak yang Nampak terus baling siput tu dengan batu… mungkin sebab takut melihat saiznya… abah aku ambil semula dan letak balik siput tu dalam kawasan tamannya… sayang betul abah aku dengan siput tu… aku kemudian menamakan siput tu GARY… semperna nama siput peliharaan spongebob…
ini bukan camera trik

Menurut kajian ilmiah aku… siput tu tergolong dalam spesis Giant Land African Snail… orang kita plak panggil Siput Babi… Giant Land African Snail ni boleh mencapai panjang sehingga 8inci… mungkin satu hari nanti GARY boleh mencapai saiz tersebut… rumah abah aku ni memang terkenal dengan haiwan2 bersaiz mega… cacing dalam kawasan taman abah aku sebesar pensel… aku nak pegang masa nak sangkut kat mata pancing pun takut… macam anak ular dah rupenye… menurut adik aku hairy, ulat gonggok bersaiz mega pun ada… itu aku belum tengok lagi tuh… kalau macam ni boleh panggil MASTIKA buat liputan kat rumah abah aku… 
Esok aku akan berlari kat Putrajaya Night Marathon... 10k jer... harap aku dapat memperbaiki prestasi aku semasa larian Men's Health.... doakan aku berjaya... race reportnya akan menyusul kemudian...