Thursday, July 3, 2014

BSN Putrajaya Night Marathon 2013 (BSN PNM'13)

BSN Putrajaya Night Marathon 2013
BSN PNM ‘13
Jarak: 21km (Half Marathon)
Kategori: Men’s open (Bib F3530)
REP: BROOKS Running T-shirt, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher-T, Finisher Medal, E-Cert
Tarikh: 19 October 2013

            perkara yang dah lepas aku dah tak boleh nak buat apa2… pada waktu aku menaip laporan ni… cukup 2 bulan betty telah meninggalkan aku… rasa sedih tu masih ada… rasa utk meneruskan hidup pun masih kuat… Alhamdulillah, keadaan aku dan miza dalam keadaan baik… aku masih terkenangkan saat2 akhir aku bersama2 dgn betty… setiap kali terkenangkan dia pasti aku sedekahkan al-fatihah buat dia… I miss her so much..
            coretan ini pun sebenarnya hanya untuk menyatakan aku ada menyertai event di atas… seminggu selepas betty tiada… aku masih meneruskan aktiviti larian aku… aku menyertai Kuantan run 21km… walaupun bersedih aku kuatkan semangat untuk meneruskan minat aku ni.. ni sebenarnya antara pendorong aku untuk meneruskan hidup…
            event BSN PNM’13 kali ni disertai oleh aku, ajat, rini dan una.. seperti biasa aku dan ajat masuk event HM manakala rini dan una berlari dalam event 5km.. cuaca pada malam tersebut adalah mendung dan hujan sekejap2… menurut rini yang lari event 5km… permulaan event 5km hujan turun dengan lebat sekali.. seingat aku sepanjang larian pun hujan turun renyai2…


            larian aku pada mlm itu kira OK jugak… seperti biasa larian malam di putrajaya pasti menyeksakan … aku kira waktu aku berada separuh perjalanan terdengar bunyi bunga api yang sangat kuat menandakan peserta pertama acara HM telah sampai… perghh memang laju gile… aku baru je sampai separuh jalan…
            walaupun aku rasa macam prestasi larian aku tak berapa baik tapi masa yang aku catatkan untuk BSN PNM kali ini adalah amat baik… aku melintasi garisan penamat dengan masa 2jam 43min… manakala ajat sampai 2min selepas itu dengan catatan masa 2jam 45min.. secara keseluruhannya kedudukan aku adalah pada no 954 daripada 1795 pelari dalam kategori Men’s Open… seperti biasa kelompok pertengahan…
            walau macammanapun aku akan cuba memastikan blog aku ni masih aktif… sayang rasanya dah bertahun2 aku menulis dan perbagai cerita aku dah kongsikan.. terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni.. sehingga berjumpa lagi…

AKU MASIH MERINDUI MU
AL-FATIHAH BUAT BETTY