MANJUNG RUN 2024
12KM
19 OCT 024
Selamat bertemu semula.. last
entry aku ke dalam blog ni adalah pada tahun 2022.. sekarang dah tahun 2024..
maknanya sudah hampir 2 tahun aku biarkan blog aku ni bersarang.. terbiar..
macam2 dh terjadi dalam masa tempoh 2 tahun tu.. bukan aku sengaja biarkan blog
ni terbiar.. Cuma kerana kesibukkan menyusuri perjalanan harian hidup ni,
membataskan aku dari terus meluangkan masa untuk menghasilkan coretan..
Hari ni aku kembali nak
bercerita tentang larian.. minat aku pada larian masih membara.. walaupun aku
tak bercerita lagi dalam blog ni.. paling jelas sekali, Pandemik Covid19 banyak
merubah corak dan pendekatan aku pada dunia larian.. pada masa pandemic masih
aktif.. aku hanya menyertai acara Virtual Run sahaja.. ini termasuk acara dari
Putrajaya Night Marathon dan KLSCM.. selepas pandemic tamat.. aku hanya memilih
beberapa acara sahaja untuk disertai dalam setahun.. yang yg wajib seperti
KLSCM tidak pernah gagal lagi untuk aku sertai.. CUMA.. pertama kali dalam
sejarah aku gagal untuk berlari dalam acara KLSCM pada 2023.. DNS.. ini adalah
kerana pada Tarikh event aku terpaksa pergi berkursus.. maka terpaksalah aku
melepaskan BIB aku .. digantikan oleh kawan Ajat.. berlari bagi pihak aku..
maka secara tak langsung rekod aku di KLSCM masih lagi penuh.. dan pada tahun
ni aku kembali berlari di KLSCM 2024 untuk kategori HM.. mungkin aku akan buat
coretan lain untuk KLSCM pada tahun ni..
Coretan kali ni sebenarnya aku
na kisahkan acara larian yang aku sertai di luar lembah kelang.. Larian Manjung
2024 kali ni di anjurkan di pekan Beruas.. oleh kerana Ana berasal dari
beruas.. maka kami ambil keputusan untuk sertai larian ni.. dalam masa yang
sama boleh la balik kg.. maka aku daftarkan Ana, Sufi dan Fatih sekali.. aku
memilih untuk sertai acara 12k sahaja.. walaupun dalam event kali ni ada
tawarkan 21k .. tetapi mengambil kira aku akan travel jauh.. dan takut
kepenatan.. maka aku memilih untuk masuk 21k sahaja.. untuk Ana, Sufi dan Fatih
akan masuk acara 3k sahaja..
Acara ni dijadualkan
berlangsung pada 19 Oct 2024.. REP akan berlangsung salama 2 hari pada 17hb dan
18hb bertempat di AEON Manjung.. oleh kerana aku masih bekerja.. maka kena
minta orang alin untuk buat collection REP untuk kami. Ana minta bantuan
adiknya yang tinggal di kampung untuk buat REP collection bagi pihak kami.. dan
kebetulan juga.. adik Ana dan suaminya nak ke Johor pada 17hb maka mereka
tolong ambilkan REP dan pass pada kami di Bukit Beruntung semasa dalam
perjalanan ke Johor.
Pada hari jumaat 18hb aku
balik awal sedikit dari kerja.. hari jumaat tu Fatih masih lagi bersekolah..
aku dan Ana dh siap2kan semua barang dan pack dalam kereta.. lepas jemput Fatih
dari sekolah kami terus bergerak balik ke Beruas.. Fatih tak sempat mandi pun..
dengan berbaju sukan sekolah kami terus bergerak balik.. perjalanan kami dari
Bukit Beruntung melalui tol Bukit Beruntung.. exit di tol sungkai.. melalui
jalan lading bikam menuju ke Teluk Intan.. kami singgah makan malam di Teluk
Intan .. dari Teluk Intan melalui highway WCE kami terus ke Beruas dan sampai di
pekan beruas dalam jam 11 malam.. dengan wujudnya WCE perjalanan kami untuk
balik ke Beruas tidak lagi melalui Gopeng, parit ataupun sri Iskandar..
perjalanan juga menjadi lebih cepat… sebelum sampai ke kampung kami sempat
pusing2 pekan beruas untuk tengok persiapan untuk larian esok paginya..
setibanya di kampung.. kami terus berehat dan tido sebab esok seawall jam 4
pagi kami nak bergerak semula ke pekan Beruas.. perjalanan dari kampung di Batu
26 ke pekan Beruas memakan masa lebih kurang 10min sahaja..
Seawal jam 4 pagi kami dh mula
bersiap di kampung.. kami bercadang untuk bergerak awal ke pekan Beruas sebelum
solat suboh supaya mudah untuk dapat parking.. kami nak parking sedekat yang
mungkin dengan padang pekan Beruas.. sebelum jam 5 pagi kami telah sampai di
pekan Beruas dan parking berhadapan dengan Muzium Beruas.. pada waktu ni sudah
ada runner yang sampai dan persiapan terakhir event sedang dijalankan.. setelah
masuk waktu solat suboh kami pun bergerak untuk solat suboh di khemah khas yang
telah disediakan oleh penganjur.. kami dapat bersolat suboh berjemaah dengan
runner yg lain dlam kumpulan pertama yg solat.. usai solatkami terus beredar
semula ke kereta untuk memberi peluang kepada runner yg lain untuk bersolat
Dikereta.. kami berehat dahulu
menanti waktu pelepasan kami.. untuk acara 12k.. dijangkakan pelepasan pada jam
7 pagi dan acara 3k pula pada jam 8 pagi.. setelah siap pakai kasut dan membuat
regangan aku pun bergerak ke tapak pelepasan sementara Ana, Sufi dan Fatih
bergerak ke Kawasan padang sementara menanti waktu pelepasan mereka.. oleh
kerana Manjung Run 2024 ni event local yang kecil.. jumlah peserta untuk 12k
tidaklah sebegitu ramai.. aku dimaklumkan yang paling ramai adalah untuk acara
3k.. jumlah keseluruhan peserta untuk event kali ini adalah lebih kurang 1800
peserta sahaja..
Starting Pen Aku dan pelari ketegori 12k
Tepat jam 7 pagi peserta 12k
pun dilepaskan.. larian bermula dari stesen bas pekan Beruas menuju ke Kampung
Kota.. melalui jalan beruas – ayer tawar kami dilencongkan masuk ke dalam
Kawasan kampung bersebelahan surau hijau batu 36 dan berlari didalam Kawasan
kebun kelapa sawit sungai paya takong.. route larian yang baik.. melalui kebun
kelapa sawit dan Kawasan kampung yang segar.. route larian yang agak teduh
kerana di kiri dan kanan ada kelapa sawit.. Cuma 4km dihujung larian agak panas
kerana melalui jalan utama di gelung pepuyu.. aku berlari dengan baik dan Cuma
berjalan apabila heart rate menghampiri 170bpm..
Dari kampung gelung pepuyu
kami berpatah balik semula ke beruas melalui jalan beruas – ayer tawar.. jalan
kembali menjadi sesak kerana kami telah bergabung semula dengan peserta larian
5k dan 21k.. larian ditamatkan didalam Kawasan padang pekan beruas.. untuk
peserta 21k larian mereka diteruskan dari pekan beruas menuju Kawasan perkelahan
air terjun ulu licin.. setelah tamat larian.. kami diberikan finisher medal dan
goodies bag..
Aku berkumpul semula dengan
Ana, Sufi dan Fatih di Kawasan padang.. kami berehat2 sebentar di Kawasan padang
sambal menanti cabutan bertuah dan menyaksikan majlis penyampaian hadiah.. setelah
usai majlis larian kami sempat melawat muzium beruas.. banyak info2 berkenaan
sejarah awal beruas dan kerajaan gangga negara kami perolehi.. termasuk melihat
buah beruas yang menjadi asal usul nama pekan Beruas.. kami bergerak pulang ke
kampung setelah selesai lawatan ke muzium beruas.. sebelum tu kami singgah di
pekan beruas untuk membeli sedikit kueh untuk sarapan pagi kami..
sambil tunggu cabutan bertuah..
Muzium Beruas |
Kami bermalam di kampung
sebelum bertolak balik ke bukit beruntung pada ke esokkan paginya.. pada petang
sabtu kami pergi ke pasar malam di Manjung.. bersebelahan dengan AEON manjung..
meriah pasar malam disana.. semestinya Ana mencari Yong Tau Fu Manjung yg dia
gemari.. Ana suka makan Yong Tau Fu manjung bersama2 kuah sup.. berbeza dengan
aku yg lebih gemar makan dengan sos hitam..
Pada hari Ahad.. sebelum balik
ke bukit beruntung.. kami singgah dulu ke Ipoh untuk collect free gift dari
Himalaya di AEON Kinta.. dari kampung kami melalui WCE menuju ke Taiping dan
dari Taiping kami turun ke Ipoh melalui Highway Utara Selatan.. kami makan tgh
hari di Ipoh dan berjalan2 di dalam AEON Kinta.. dalam jam 4 ptg kami bertolak
pulang..
Result dari larian kali ni.. aku
berkedudukan no 20 dari 50 peserta lelaki veteran.. no 68 dari peserta lelaki
12k dan no 83 dari keseluruhan peserta 12k.. not bad.. insyaallah jika ada
anjuran lagi pada masa akan datang.. rasanya nak join lagi.. OK.. itu sahaja
entry untuk kali ni.. hingga berjumpa lagi.. KEEP RUNNING..