Tadi ada orang call minta aku ajar cara aku masak spaghetti, ini secara ringkasnya:
Gambar Hiasan.. boleh letak sedikit parutan cheese untuk tambah sedap |
Panduan memasak spaghetti
Potong kecil2
1.
Bawang merah 1biji
2.
Bawang putih 3 putik
3.
Tomato 1biji
4.
Daging burger/daging cincang
Rebus air dengan sedikit garam dan minyak masak. Bila air
dah mendidih masukkan spaghetti. Kacau dari masa ke semasa untuk elak spaghetti
melekat. Jangan masak terlalu lama nanti spaghetti jadi lembik. Simpan sedikit
air rebusan spaghetti untuk dimasukkan ke dalam sos spaghetti. Bila spaghetti dan masak boleh toskan air rebusan tadi.
Sos Spaghetti
Panaskan sedikit minyak didalam periuk. Tumis bawang merah
dan bawang putih. Masukkan daging cincang/burger. Masak sehingga daging masak.
Masukkan 1tin/botol sos spaghetti. Tambah air sebanyak
1tin/botol spaghetti (boleh gunakan air rebusan spaghetti tadi). Bila Sos dah
mendidih boleh masukkan tomato dan sedikit lada hitam. Kacau sos sehingga
sebati, masak sehingga sos mendidih.
Okay, siap.