Ni
edisi gatal tangan… gatal tangan nak memancing… minggu ni ada cuti di
pertengahan minggu… cuti umum semperna hari pekerja 1 Mei… sebagai seorang
pekerja… memang wajibla untuk aku bercuti pada hari tersebut… oleh sebab dah
lama gak aku tak pergi memancing, so aku plan nak pergi memancing waktu cuti
nanti… sebelah siangnya aku tak dapat nak pergi sebab dah janji dengan betty
nak bawak dia keluar bershopping… lagipun sebelah malamnya 30 april aku pergi
tengok cerita AVENGER kat TGV capsquare (perghhh best giler cerita tu)… balik
dari tengok wayang tu aku sakit kepala sangat… aku makan panadol dan ubat tahan
sakit… pagi tu aku sedar dari tido pukul 9.30pg…
Aku
keluar dengan betty (berdua jer, naik moto) pergi ke KLCC sebab betty nak beli
barangan rawatan muka kat ORIGIN… dari KLCC kami pergi pula je jalan masjid
india sebab nak beli kain pulak… punya la ramai umat kat area masjid india
time2 cuti macam ni… macam2 ragam orang kita boleh tengok… betty masuk ke
KAMDAR carik kain sementara aku tunggu kat luar sambil minum aisblended cokelat
yang aku beli kat lori jual aisblended depan semua house… sedap dan nyaman
dalam cuaca yang panas sekarang… lepas selesai beli kain, kami pun balik…
itulah kelebihan naik moto kalau keluar ke kl… senang dan cepat kalau nak pergi
mana2…
Balik
dari kl aku keluar lak pegi beli lunch… hari ni betty tak yah masak, aku beli
nasi ayam penyet kat prima sri gombak… nasi ayam penyet atau pecel ayam memang
faveret betty dengan miza… aku plan sebelah petang baru aku nak keluar
memancing… tapi secara tiba2 hujuan turun denga lebatnya hingga ke malam…
Sebelam
malam aku keluar dengan miza sebab nak ambik homework KUMON miza… semalam miza
tak pergi tusyen sebab kami keluar pergi tengok wayang… aku dah call cikgu
tusyennya untuk tinggalkan homework untuk miza hingga kelas tusyen dia pada
hari khamis nanti… masa ni hujan dah berhenti dah… aku masih lagi rasa macam
nak pergi memancing sebab esok aku masuk lambat ke kerja… balik dari ambil
homework miza, aku terlekat pulak kat depan tv tengok movie cerita IRONMAN 2…
pukul 11 baru aku keluar rumah untuk memancing…
Aku
bergerak ke kolam memancing berdekatan dengan templer park jalan
selayang-rawang… harap2 tak tutup sebab last time aku singgah sini kolamnya
tutup untuk renovation dan pembersihan…kalau tutup terpaksa la aku pergi ke
kolam taman pelangi… sampai sahaja ke guard yang jaga taman perumahan sebelum
kolam pancing tu… aku tanya kat guard tu kolam pancing bukak atau tidak… dia
kata bukak… lega hati aku… tapi bila aku masuk, aku jadi hairan sebab jalan
biasa yang aku guna nak ke kolam pancing tu dah ditutup penuh dengan semak
samun… aik, tadi guard tu kata bukak…. Ni macam dah berkurun tutup nih apa cer…
pastu aku nampak satu anak panah tunjuk jalan kehadapan lagi untuk ke kolam
pancing… aku jalan kehadapan lagi… rupanya ada jalan baru yang lebih elok siap
bertar untuk ke kolam pancing tu… jalan lama tak bertar dan sempit… jalan baru
ni bertar dan lebar…. Lebih selesa dan terus tembus ke tempat parking… dah siap
renovate rupanya kolam ni… kedai makan dah ada kat luar kolam dan lebih besar
dan cantik… CUMA masalahnya bila aku nak dafter masuk dia punya yuran dah naik
la… dulu 13hinggit perjam, sekarang dah naik 20hinggit perjam… mak aiii, cekik
darah betul… tapi GATAL TANGAN punya pasal masuk jer la….
Walaupun
esok adalah hari bekerja… kolam pancing tetap juga penuh… korang ni cuti ke
esok… port kesukaan aku pun dah ada orang… terpaksa la aku pilih port lain,
berdekatan dengan tempat jual udang… suasana dalam kolam dah banyak berubah…
banyak kawasan dah bersimen dan juga tiang2 kayu semua dah ganti dengan tiang
simen… maju dah kolam ni, patutla bayarannya pun dah naik… pukul 11.30mim aku
pun mula melabuhkan umpan udang hidup… untuk permulaan ini aku gunakan teknik
pelampung, sebab kat kiri dan kanan aku takde orang…. Kalau ada orang casting
payah sikit sebab pelampung mudah hanyut dan berbelit dengan tali orang lain…
sejam pun berlalu begitu sahaja tanpa sebarang insiden… pelampung aku berbuai
jer dalam kolam tu takde sambutan langsung dari en. Ikan…
Untuk
jam yang kedua aku decide untuk tukar lokasi ke kawasan tanjung dan menukar
teknik pancingan dari pelampung ke teknik dasar dan casting… baru aku duduk
lebih kurang ½ jam kat lokasi baru… tiba2 hujan turun renyai2… dan disebabkan
kat area tanjung nih takde atap, terpaksalah akuk ubah lokasi ke kawasan yang
beratap tak jauh dari tanjung… sementara menunggu umpan aku dijamah ikan aku
pun duduk mengalamun… ini catatan celahan aku… minggu lepas hari sabtu 28hb ada
perhimpunan BERSIH 3.0 kat area kl… perhimpunan yang pada mulanya dijanjikan
dalam keadaan aman oleh pihak penganjur telah bertukar menjadi ganas hingga
menyebabkan kerosakkan harta benda dan kecederaan kepada peserta perhimpunan
dan pihak polis yang membuat kawalan… macam2 la spekulasi yang dibuat… ada yang
kata polis buat provokasi… ada yang kata peserta yang mula dulu… aku sebenarnya
tak minat pada perhimpunan bersih…. Sebab aku fikir ada jalan yang lebih baik
dari berhimpun macam tu… jalan yang paling sesuai adalah ketika pilihanraya
yang akan datang nanti… pilihlah wakil masing2 yang dapat membentuk kerajaan
yang baik… kan itu lebih baik… dari perhimpunan ganas yang banyak menyusahkan
dari membawa kemudahan atau perubahan…aku ada turun ke kl pada hari ahad lepas
peerhimpunan bersih… macam takde apa pun berlaku hari sebelumnya… orang ramai
macam biasa jer berjalan2 dan bershopping di jln TAR walaupun hari sebelumnya
kawasan tu macam medan perang… itulah orang MALAYSIA di dalam negara MALAYSIA
ku yang tercinta….
Kembali
ke trip memancing ku… jam yang ke-2 dan ke-3 berlalu begitu sahaja tanpa
sebarang jamahan ikan terhadap umpan yang aku labuhkan… naik letih tangan aku
casting umpan… baling udang tarik udang… BORING… memang malam ni bukan rezeki
aku nak layan tarikan ikan… orang2 yang ada tak berapa jauh di kiri dan kanan
aku dapat je ikan… aku balik melopong… itulah rezeki pemancing…
Jam
menunjukkan waktu 2.30pg… aku pun melangkah balik meninggalkan kolam pancing…
hilang dah GATAL TANGAN aku… dengan yuran memancing yang dah meningkat naik
jawabnya makin kuranglah aku akan pergi memancing selepas ni… tumpukan
perhatian terhadap larian aku lagi bagus…event yang menanti aku pada bulan May
ni adalah KL TOWER TOWERTHON yang mana akan aku sertai dengan ajat dan una…
inilah kali kedua aku sertai acara unik ini dan aku pasti penganjuran tahun ini
akan lebih menarik dari tahun lepas… sorry la entry ni takde gambar… sebab aku
lupa nak amik ambar sepanjang membangau kat kolam tu… lagipun tak dapat ikan
nak ambik gambar ape… takkan nak amik gambar ikan orang lain kot…
gambar sekadar hiasan... suasana opis aku |
No comments:
Post a Comment