Tempat
Mula/Tamat: Tempat Letak Kereta, Padang Merbok, Kuala Lumpur
Kategori: Men
Open 12km, (BIB A0255)
Race kit: Dry Fit
T-Shirt New Balance, Goodies bag, BIB, Timing Chip B Tag
Post-race:
Finisher Medal, E-Certificate, Goodies bag
Tarikh & masa
: 6 Januari 2013, 7.10 am
Tahun ni aku buka acara larian aku
dengan MPIB’13 seperti tahun lepas juga… Cuma kali ni aku akan berlari bersama2
dengan ajat dan una… Cuma una amik larian 5k sahaja… setelah hampir 20 kali
menyertai pertandingan larian… sekarang aku lebih tenang dalam menghadapi event
larian terutama jarak2 sederhana seperti ni…
Aku kena kerja pada hari sabtu… tapi
aku kerja separuh hari je la… sabtu malam ajat datang bermalam kat rumah aku…
seperti biasa sebelum masuk tido aku dah tape siap2 kaki aku untuk mengelakkan
masalah melecet… aku baru beli surgical tape yang baru… saiz 1inci… mudah sikit
nak apply… tape sebelum ni kecik sangat… jenuh aku nak apply satu kaki… aku
suka pakai surgical tape sebab ianya nipis dan ia membenarkan kulit untuk
bernafas… so takde la kaki aku panas sangat… ianya juga mudah untuk
ditanggalkan… aku dengan ajat juga ada kongsi beli KT tape dari internet… KT
tape ni kita letak pada otot untuk mengawal pergerakkan otot dan dapat membantu
mengurangkan kemungkinan berlakunya cramp… pada asalnya KT tape ini untuk
merawat kecederaan otot… tetapi ada orang yang jumpa bahawa KT tape pun dapat
membantu meningkatkan prestasi semasa berlari… untuk larian ini, aku dan ajat
pakai KT tape pada betis… ajat dah try guna KT tape ni semasa larian Newton…
dia kata ok… macam mana nak guna/apply boleh rujuk kat YouTube… tapi orang tak
nampak la aku pakai KT tape sebab selindung dalam tight larian aku… kalau ok
mungkin aku akan apply kat otot2 lain seperti otot peha…
Aku bangun pukul 4.15pagi… lepas
bersiap kami tunggu una sampai… aku sebenarnya tak sabar nak test prestasi
kasut NB baru aku semasa event larian…
bila una dah sampai… kami bergerak ke padang merbuk pakai kereta aku… kami sampai
ke area padang merbuk dalam jam 5.30pagi… mulanya nak parking kat area bank
rakyat tapi dah penuh… terpaksa kami bergerak ke bukit aman… nasib baik kami
cepat sedikit sebab parking kat area bukit aman agak limited sebab ada
construction untuk naik taraf kawasan parking bukit aman… dari bukit aman kami
bergerak berjalan kaki ke padang merbuk… di padang merbuk kami carik port untuk
buat regangan badan…
kasut baru... NB... |
Apabila jam menghampiri jam 7 pagi
kami mula menghampiri kawasan mula… kategori pertama yang akan dilepaskan
adalah women 12k iaitu pada jam 7 pagi… kami menunggu dibelakang sedikit
sementara menunggu peserta women 12k dilepaskan… setelah peserta women 12k
dilepaskan kami pun mula bergerak kehadapan… dalam masa yang sama masih ada
peserta wanita yang lewat berlepas terpaksa menyelit2 untuk bergerak kehadapan
untuk berlepas… selepas 10minit peserta women 12k dilepaskan… peserta men’s 12k
pula dilepaskan… aku bermula pada kelajuan yang perlahan sebab sebaik sahaja
lepas pelepasan terus jumpa bukit… route pada tahun ni nampak macam berbeza
sikit dari tahun lepas tapi lagi sekitar bukit tunku… ajat berlari seiringan
dengan aku sehingga water station yang pertama… aku berjalan seketika untuk
mengelap peluh manakala ajat teruskan larian…
Aku kira larian aku kali ini untuk
MPIB adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tahun 2012… aku tak banyak
berjalan walaupun berada dikawasan berbukit… boleh dikatakan aku berlari hampir
pada kesemua bukit… ini prestasi yang baik… nampak gayanya latihan WOD yang aku
amalkan sudah menunjukkan hasil… WOD adalah singkatan kepada Work Out Daily…
WOD ini merujuk kepada satu set senaman ringkas yang memberikan tumpuan kepada
membina kekuatan otot… WOD yang aku amalkan memberi tumpuan kepada kekuatan
upper body dan lower body… contoh senaman untuk upper body adalah Pumping dan
contoh untuk lower body pula adalah mencangkung dan berdiri… senaman2 ini
adalah set yang ringkas dan tidak memerlukan peralatan khas dan Cuma memerlukan
masa yang pendek sahaja… sebagai contoh aku akan melakukan pumping sebanyak
10set dan mencangkung dan berdiri sebanyak 10set… aku menggunakan berat badan
aku sebagai rintangan dalam senaman ini… apa yang penting adalah untuk
melakukan WOD setiap hari… ini adalah tambahan kepada latihan larian yang kita
lakukan…
abiss suda... |
Di penghujung larian aku dapat kejar
balik ajat… ajat dah mula berjalan sebab kepenatan… mana tak penat tiap2 minggu
ada masuk event larian… minggu lepas Newton 12k… minggu ni MPIB 12k lagi…
larian aku masih mantap lagi… aku berjaya menamatkan larian dengan masa yang
agak baik juga… 1jam 23 minit… 5 minit lebih laju berbanding tahun lepas… aku
budget kalau aku dapat mengekalkan prestasi larian seperti ni… insyaallah HM
masa SCKLM’13 nanti aku boleh memperbaharui PB aku untuk HM… aku target tahun
ni pun nak balas dendam untuk HM PNM… tahun lepas masa aku teruk sangat… lebih
dari 3jam… tahun ni aku target untuk dapatkan bawah 3 jam… malaut ke sini pulak
aku… kembali kita ke MPIB… ajat sampai ke garisan penamat 2~3minit selepas aku…
kami re-group kat kawasan padang merbuk dengan una sekali… aku malas nak
beratur untuk ambil goodies sebab ramai sangat orang yang beratur dan kawasan
parking padang merbuk dah la sempit… rimas aku… aku ajak ajat dan una balik,
sarapan kat tempat lain…
yang pertama untuk 2013 |
kami adik beradik.... |
Plan asal nak sarapan makan nasi
lemak kat rumah kuning kat dang wangi… tapi susah sangat nak dapat parking… so
aku tapau je la untuk betty dan miza… aku, ajat dan una bersarapan di Old Town
White Coffee di sri gombak… secara keseluruhannya MPIB’13 adalah event yang
sangat2 baik penganjurannya… insyaallah untuk tahun 2014 aku akan join lagi…
4 comments:
bestnya. kat jb kurang event la. kena g kl baru leh join.
saya pun nak rasa lari ka luar kl
amacam kasut NB baru tu?
Terbaik 😊
Post a Comment