Jarak: 16km
Kategori:
Men’s open (Bib A0946)
REP: Mizuno
Running T-shirt, BIB
Post-race:
e-cert
Acara ni setahu aku sebelum2 ni
dianjurkan di kawasan Universiti Putra Malaysia… tapi tahun ni berubah lokasi
ke putrajaya la plak… aku sertai larian ni sebab nak mencari kelainan sikit
dalam acara larian aku… aku masuk larian ni dengan ajat… macam biasala… larian
ni dianjurkan oleh World of Sport… salah satu kedainya terletak kat SOGO… aku
kalau gi SOGO mesti singgah kedai ni… tengok barang sukan… kat sini memang
banyak kasut2 Mizuno… aku dulu ade gak terdetik nak beli kasut Mizuno tapi
kasut Mizuno ni pada pendapat aku kurang menarik sikit… tapi tu bergantung pada
citarasa masing2kan… kalau korang minat nak cuba kasut Mizuno boleh gi usha kat
World Of Sport…
Larian kali ni adalah larian belah
pagi… aku larian belah pagi kat area putrajaya ni takdela risau sangat… larian
belah malam yang risau sikit… Cuma jarak larian ni pelik sikit iaitu 16km… tambah
lagi 5km dah dapat HM… tempat mula adalah tempat standard… depan Palace of
Justice… route yang dilalui adalah standard putrajaya… Cuma yang aku pelik,
bila larian siang aku selamba jer boleh abiskan larian tanpa sebarang masalah…
aku siap boleh tunggu sekejap supaya ajat dapat catch up balik dengan aku dan
kami menamatkan larian bersama2… cuaca pun agak ok gak Cuma berjerebu sikit…
takdela panas sangat…
Aku Berjaya menamatkan larian dengan
masa 1jam 55min… ok la tu sebab siap berhenti tunggu ajat lagi… bedasarkan
rekod larian aku dari endomondo… aku pecah 2 rekod… yang pertama jarak larian
untuk 1jam… aku dapat cover 8.78km dan yang kedua adalah PB untuk 10km iaitu
1jam 9min… pace aku untuk larian kali ni adalah 7.2…
Lepas tamat larian beratur ambil air
kosong dan juga medal… lepas tu aku terserempak dengan member seopis yang juga
masuk acara ni… lepas berborak kejap lepas tu aku dan ajat pun bergerak balik…
secara keseluruhannya satu acara yang baik Cuma perlu berebut sikit lepas abis
larian nak amik air dan medal… tahun depan boleh join lagi…
No comments:
Post a Comment