BERUAS – PANTAI REMIS – MANJUNG – TAIPING
Kalau dahulu nama2 tempat diatas merupakan kawasan2 asing
bagi aku.. tapi tidak lagi untuk masa kini.. sejak kebelakangan ni aku banyak
juga meluangkan masa dikawasan ni.. apa yang istimewa dengan tempat2 ni…
BERUAS
Sekarang ni beruas mungkin bukanlah satu kawasan tumpuan..
sekarang pekan beruas hanyalah sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh
kampung2 melayu tradisi dan ladang2 sawit.. tetapi jika aku x silap, beruas
dahulu merupakan salah satu kawasan yang penting dalam sejarah kerajaan melayu
dahulu kala.. kalau x salah aku dulu dikawasan ini ada kerajaan silam yang
diberi nama Gangga Negara.. oleh sebab itu kat kawasan ini juga banyak kesan2
peninggalan sejarah.. dipekan beruas ada sebuah mizium kecil yang menceritakan
hal2 ini.. walaupun aku dah beberapa kali pergi ke pekan beruas dan lalu depan mizium
ni tapi x pernah singgah pun.. oleh disebabkan pekan beruas nih terletak agak
jauh dari kawasan2 tumpuan dan bukanlah laluan utama, maka proses pembangunannya
Nampak agak terbantut sikit… selalunya aku akan ke pekan beruas ni untuk pergi
ke pasar pagi atau pasar malam.. ataupun semasa nak balik ke KL kalau ikut
jalan Parit.. selalunya aku aku isi minyak kt sini dahulu.. kt pekan beruas ni
ada 2 stesen minyak.. BHP dan Shell.. lebih baik isi minyak kt sini sbb setahu
aku stesen minyak yang terdekat selepas pekan beruas ni adalah kt pekan Parit..
kedudukan pekan beruas ni adalah kira2 62km (1jam 10min) dari gopeng.. 53km
(1jam) dari Taiping dan 47km (50min) dari lumut…
Jalan yang
selalu aku ikut untuk sampai ke pekan beruas ni adalah ikut jalan
Gopeng-Parit-Beruas.. kalau ikut highway utara selatan exit kat tol Gopeng..
pastu belok kanan.. depan sikit dari RTC Gopeng belok kiri ke sri iskandar.. ikut
jalan ke sri iskandar Cuma jangan belok ke sri iskandar.. terus ke Parit.. dari
parit terus ke pekan beruas… jalan ni jalan lama yang agak sempit dan sunyi..
sebab tu kalau aku nak ke beruas tapi belah malam, aku tak akan ikut jalan ni..
tapi aku akan ikut jalan sri iskandar .. dari sri iskandar pegi ke changkat
keruing dan ke pantai remis dan baru ke beruas.. jalannya agak jauh sikit tapi
takdela sunyi dan bengkang bengkok macam jalan Parit-beruas.. lagipun kalau
korang ada tengok cite drama Bercakap Dengan Jin.. episode tu kata yang tamar
membesar di sekitar kawasan beruas… huhuhuuu…
PANTAI REMIS
Pekan yang terdekat dengan Beruas.. lebih kurang 23km
jauhnya.. terletak dalam perjalanan dari beruas nak ke lumut.. aku selalu juga
singgah di pekan pantai remis ni sebab aku rasa ianya jauh lebih besar dari
pekan beruas dan lebih banyak kemudahan yang ditawarkan disini.. misalnya, di
pantai remis ada hotel budjet, pasarraya dan kemudahan bank (Maybank) tetapi di
beruas takde.. satu lagi yg menarik di Pantai Remis adalah jeti2 pendaratan
nelayan tempatan.. kedudukan jeti2 ini agak kedalam sikit.. susah nak Nampak dari
tepi jalan.. jeti2 ni jadi tempat tumpaun untuk mendapatkan bekalan makanan
laut yang segar seperti ikan, udang dan ketam pada harga yg amat2 berpatutan..
jumlah bekalan ini juga bergantung kepada musim dan masa pendaratan nelayan2
ni.. kalau kita sampai sewaktu nelayan baru mendarat lebih banyak pilihan yang
kita ada.. adalah dinasihatkan untuk membawa bersama bekas tahan sejuk untuk
memastikan makanan laut yang dibeli boleh terus segar bila dibawa pulang..
selalunya di jeti2 ni terdapat banyak bekalan ais yang diberi percuma yang
boleh kita gunakan untuk pack bersama2 makanan laut yang dibeli..
MANJUNG
Dari pantai remis.. kita langsung terus ke Manjung.. bagi aku
tempat yang paling popular di manjung ini adalah Lumut.. jaraknya lebih kurang
40km dari pantai remis.. lumut merupakan perlabuhan utama untuk kita pergi ke
pulau pangkor.. antara destinasi percutian pulau yang popular.. aku pernah
pergi bercuti di pulau pangkor ni masa bekerja di tempat lama dulu.. aku pergi
dengan kawan2 tempat kerja.. bawa family masing2 sekali.. antara aktiviti lain
yang boleh dibuat di lumut ini adalah berSHOPPING.. kalau nak cari hasil2 laut
seperti ikan dan sotong kering.. kt area lumut ni agak murahla jugak dan banyak
pilihan.. antara barang yg aku mesti beli setiap kali singgah di lumut adalah
sotong kering (yang siap boleh terus makan).. ikan bilis mata biru (memang
popular kt lumut ni).. udang kering.. ikan kering bulu ayam.. kualiti barangan
yang dijual disini agak bagus.. menurut mak aku la.. sebab udang kering kat
sini cantik2 jika dibandingkan dibeli di KL.. antara aktiviti lain yang boleh
dibuat dilumut adalah melawat kapal perang milik TLDM dan memancing di tepi
pantai.. kalau nak mandi tak sesuai sangat kat lumut ni sebab pantainya x brapa
cantik.. kalau nak mandi laut elok pergi ke teluk batik.. ada satu lagi tempat
mandi yang agak menarik iaitu di teluk senangin.. terletak di antara pantai
remis dengan lumut.. aku pernah pergi bercuti ke sana.. pantainya agak OK gak
dan berpeluang melihat nelayan pantai menjalankan aktiviti mereka..
TAIPING
Sekarang kita ke utara la pulak.. Taiping merupakan Bandar besar
yg dekat dengan beruas selain Ipoh.. seperti biasa Bandar besar ni ada macam2
la kemudahannya.. aku rasa kt taiping semua ada.. hospital, bank, jabatan2
kerajaan dan tempat menarik.. aku selalunya ke taiping ni untuk gi jenjalan la..
antara tempat yang selalu pergi adalah pasar malam kat Simpang Taiping (dekat
dengan exit tol Changkat Jering).. taman tasik taiping.. AEON Jusco yang baru
bukak tu.. taiping mall dan tesco
Panjangnya aku melalut… cukup lah tu.. lain kali cerita pasal
benda lain la plak…
No comments:
Post a Comment