Tahniah…
Tahniah… Tahniah… buat ajat yang menerima skroll ijazah sarjana muda didalam
bidang multimedia sewaktu majlis konvokesyen UniKL yang berlangsung di PICC
putrajaya pada 6 oct 2012 tempoh hari… sebagai meraikan hari gembira tu aku
sefamily pun bersama2 menghadirkan diri ke majlis berkenaan… melihat suasana
majlis konvo ajat terkenang kembali majlis konvo aku yang dah berlalu hampir 12
tahun yang lepas… aku merupakan graduan lepasan Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor… berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal… seperti
ajat juga, majlis konvo aku adalah selepas aku sudah mula bekerja… oleh kerana
waktu tu aku masih baru mula bekerja… terpaksalah aku mengambil cuti tanpa gaji
semata2 untuk menghadiri majlis konvo aku… majlis ni juga merupakan majlis
konvo pertama bagi keluarga aku… pada pendapat aku, majlis konvo ni takde la
penting sangat untuk para graduan… tetapi lebih penting untuk para ibubapa dan
keluarga yang telah banyak berkorban untuk melihat kejayaan anak2 atau keluarga
mereka… ini adalah hari gembira mereka… perasaan bangga dan gembira pasti ada
dalam hati setiap para ibubapa dan keluarga apabila akhirnya anak2 mereka
berjaya mendapat ijazah masing2… mesti harapan mereka untuk anak2 mereka terus
berjaya dan akhirnya dapat berbakti untuk mereka pulak dimasa2 akan datang…
tahniah kat korang |
Mengimbau
kembali majlis konvo aku 12 tahun yang lepas… aku dah tak ingat sangat la… yang
aku ingat adalah sesi konvo aku adalah sebelah pagi… samada hari sabtu atau
ahad aku dah tak ingat… yang pasti sehari sebelum majlis konvo kami sekeluarga
berkonvoi beramai ke UTM skudai JB… turut serta dalam konvoi ni adalah betty
dan maziah yang pada waktu tu masih bergelar aweks kepada aku dan hairy… pada
waktu tu ayah aku guna kereta nissan sunny dan tak muat untuk kami sekeluarga +
betty dan maziah… so kami pinjamla kereta paklang aku, kereta kancil…
berkonvoilah kami 2 bijik kereta ke skudai… awal pagi lagi kami dah bertolak…
singgah sebentar di R&R pagoh untuk makan tengah hari… di JB kami tinggal
Hotel LION di Stulang… sebelah malam aku bawak betty keluar jalan2 naik kancil,
waktu ni aku sebenarnya baru jer lulus lesen kereta… so bawak kereta masing
goyang lagi la… kami dinner di Tmn U… esoknya pagi lagi aku dah bersiap dengan
mak bapak aku… adik beradik aku yang lain masih tido lagi… kami gerak dulu
sebab aku kena masuk dewan sebelum pukul 8… adik beradik aku yang lain akan
datang dengan hairy…
Selepas
lebih kurang 4 jam majlis penyampaian ijazah pun berakhir… habis majlis kami
pun ambil kesempatan untuk bergambar ramai2 dengan kenkawan sepengajian… aku
terima satu jambangan bunga besar dari betty… aku juga bergambar dengan semua
kaum keluarga aku yang datang… pada sebelah petang kami berehat2 di hotel…
masing2 kepenatan… pada sebelah malamnya kami semua keluar makan di pantai
lido… aku la yang belanja… maklumlah dah kerja kan… kami semua balik pada
keesokkan harinya sebab malam tu jugak nak kena pulangkan kereta kancil pak
lang aku… perjalanan balik kami ikut jalan lama sebab banyak tempat nak kena
singgah… antara tempat wajib yang kena singgah adalah air hitam… sebab mak aku
nak carik pasu… muar sebab nak makan mee bandung dan melaka, lepak2 kat A’
Famosa… malam baru kami sampai semula di kl… itu lah kisah perjalanan konvo aku
lebih kurang la…
Berbalik
kepada cerita konvo ajat… aku betty dan miza keluar dari rumah lebih kurang jam
8 pagi… mak, abah ajat dan rini dan gerak dari bukit beruntung jam 4.30pagi…
dia orang nak kena sampai awal sebab ajat nak kena masuk dewan kul 8pagi…
perjalanan lancar ke putrajaya dengan menggunakan lebuhraya MEX… sebab aku dah
selalu pergi putrajaya, maka takde masalah lah nak cari PICC… kami sampai dalam
jam 9pagi… nasib baik kami gerak awal, dapatlah parking kereta dalam PICC…
kalau lewat sikit konfom kena parking kat luar… di PICC kami berjumpa dengan
rini yang tunggu kat luar dewan sensorang… mak, abah dan ajat dah lama masuk
kedewan… rini kata nasib baik kami datang… kalau tak mati kutu la dia tunggu
sensorang kat luar dewan… sebagai tanda cenderamata miza belikan untuk ajat
sebuah anak patung beruang… dia pun beli jugak anak patung beruang yang kecik
berbentuk key chain… sebab miza memang suka kumpul key chain… dekat beg sekolah
dengan beg kumon dia berlambak key chain bergantungan…
Sementara
kami duduk menunggu majlis konvo ajat tamat… kami pergi minum dahulu di
cafetaria PICC… kami duduk di balkoni café berlatar belakangkan pusat
pemerintahan putrajaya sambil minum air the tarik dan makan karipap dan kek…
dari sini sayup2 kelihatan pejabat perdana menteri dan jalan lurus yang
menghubungkan PICC dengan pejabat perdana menteri… jalan ini juga merupakan
route LSD kegemaran aku dan ajat yang mana jarak satu putaran lengkap adalah
melebihi 10km… pemandangan dari balkoni ni memang cantik sebab boleh nampak
hotel Pullman, tasik2 putrajaya dan banggunan2 kerajaan di putrajaya… aku rasa
kedudukan PICC yang terletak atas bukit menyebabkan kita boleh nampak view yang
cantik ini… lama kami lepak di sini sambil berborak sebab walaupun cuaca panas
tapi ada tiupan angin yang sepoi2 bahasa…
Bila
menjelang tengah hari… makin ramai orang yang datang ke café… ini disebabkan
graduan2 diploma dan keluarga2 mereka telah mula sampai untuk sesi konvo mereka
yang akan bermula pada sebelah petang… kami pun dah mula merasa segan sebab
duduk lama sangat kat café ni… walaupun air dah lama habis tapi tak gerak2
lagi… orang ramai dah mula berlegar2 nak carik tempat duduk sambil bawa tray
makanan… kami pun berpindah duduk kat satu kawasan lapang dibawah eskalator
untuk naik ke dewan… kami pun tunggu disini sambil melihat orang lalu lalang…
satu keistimewaan kat PICC ni adalah ada kawasan taman hijau yang terletak
didalam banggunan PICC… ini memberikan gambaran segar kepada persekitaran
dalaman PICC… aku dengan miza berlegar dalam kawasan taman hijau ni…
kebanggaan mak & abah |
senantiasa berlari |
insyaallah |
Setelah
lama menunggu… majlis konvo ajat pun tamat dan para ibubapa dan graduan ijazah
sudah mula keluar dari dewan… yang pertama aku nampak adalah mak dengan abah…
ini merupakan konvo yang ke-3 bagi mereka… yang pertama konvo ijazah aku, yang
kedua konvo diploma ajat dan ini adalah yang ketiga konvo ijazah ajat… setelah
hampir 10minit ajat pun sampai di tempat kami berkumpul dengan kawan dia Una…
miza pun berilah kepada ajat patung beruang yang dia beli awal tadi… kami ambik
kesempatan dengan bergambar dengan ajat… waktu ni kawasan persekitaran dewan
penuh sesak dengan para graduan dan para keluarga masing2… mereka yang terima
ijazah sibuk bergambar dengan keluarga masing2… dan yang nak terima diploma
pulak tengah menunggu masa nak masuk ke dalam dewan… oleh kerana masa pun dah
masuk tengah hari dan memasing pun dah mula lapar… kami decide untuk keluar
makan… nak makan kat café ramai sangat orang… aku keluar dulu sementara ajat
pergi pulangkan jubah dan ambil transkrip ijazahnya… kawasan kat luar dewan
penuh sesak dengan kereta yang parking tepi jalan… biasalah, graduan yang
terima skroll sorang jer… yang menghantar sampai 2-3 biji kereta… kami berpusing2
di presint 9 untuk mencari tempat makan yang sesuai tetapi dah penuh… last2
ajat bawa kami makan di presint yang lain… aku tak ingat presint apa tetapi
kawasan tu macam pekan yang kecil la dalam putrajaya… makan makan di sebuah
restoran yang bernama restoran Bonda… makan kali ni ajat pula yang belanja… selepas
makan kami pun berpecah sebab abah, mak, rini dan ajat nak balik ke bukit beruntung… aku pula nak balik ke Gombak… aku
amik kesempatan untuk carik jalan lain balik ke Gombak… aku keluar ikut pintu 1
putrajaya tembus ke sungai merab… dari sungai merab aku menuju ke Bandar baru
bangi… dari Bandar baru bangi baru aku masuk highway PLUS dan exit di tol
sungai besi… itulah kisah perjalanan aku ke konvo ajat…
No comments:
Post a Comment