Ini
merupakan trip bercuti jarak jauh untuk tahun ini… percutian ini telah
dirancang sejak akhir 2011 lagi oleh betty dan mak langnya yang tinggal
dikuantan… trip kali ni kami rancang untuk naik kapal terbang jer… kalau tempah
awal mungkin boleh dapat harga tiket murah… ahli trip kali ni secara kasarnya
akan terbahagi kepada 2 kumpulan… kumpulan pertama family mak lang yang terdiri
dariapa mak lang, pak lang, dik da, atuk dan nenek yang akan menaiki kapal
terbang dari kuantan (geng kuantan) dan kumpulan kedua pula terdiri dari aku,
betty, miza, ayong dan angah (geng kl) yang akan naik kapal terbang dari kl…
tarikh yang telah dipilih untuk trip ini adalah pada waktu cuti hari Malaysia
dari 15 sept hingga 17 sept… walaupun aku tidak bercuti terpaksalah minta cuti
jugak untuk menjayakanj trip ini… trip ni juga peluang untuk aku bawa miza naik
kapal terbang… pengalaman baru untuk dia…
angah, miza dan ayong |
Urusan
tempahan penerbangan dibuat sendiri oleh group kuantan dan kl… aku tak tahu la
macam mana boleh terjadi tapi group kuantan dah tertempah tiket kapal terbang
dari 14 sept hingga 16 sept dan group kami pula 15 sept hingga 17 sept…
bermakna group kuantan akan tiba sehari awal dan balik awal sehari dari kami
group kl… sabar je la… urusan tempahan penginapan pula dibuat oleh aku… oleh
kerana nak mendapatkan penginapan yang paling ekonomikal aku membuat 2 tempahan
penginapan… yang pertama sebuah homestay di taman desa kemboja dan yang kedua
bilik motel di Sweet Inns, Pantai Chenang… Homestay di Taman Desa Kemboja
diuruskan oleh Kak Nooraini, ianya adalh sebuah rumah di taman perumahan taman
desa kemboja yang mempunyai 3 bilik tido (2 besar, 1 kecil), 1bilik air, dapur,
tv+astro dan ruang tamu… homestay tersebut terletak tidak jauh dari lapangan
terbang tetapi bukanlah kawasan yang berdekatan dengan pantai… ia terletak kat
tengah sikit… homestay ni boleh menempatkan lebih kurang 10 orang sebab kat
ruang tamu pun boleh tido kerana conforter tambahan juga disediakan… Sweet inns
kat pantai chenang pula lebih berkonsep motel dan aku booking bilik standard
yang boleh 2~3 orang… sweet inns terletak di jalan pantai chenang tetapi masuk
ke dalam sikit dan berdekatan dengan mizium laman padi… sewanya pula adalah
rm150/semalam untuk homestay dan rm100/semalam untuk sweet inns… kalau nak
suasana tenang boleh la duduk kat homestay, tapi kalau nak meriah boleh lepak
kat sweet inns…
Percutian
kami bermula pada hari sabtu 15 sept… flight kami agak lewat sikit… pukul
4.30ptg dari lcct… supaya mudah untuk pergi dan balik dengan benbarang, kami
decide untuk ke lcct dengan menaiki kereta… tinggal kereta lcct… kalau naik
transport lain susah sikit nak bawak barang terutama bila balik nanti… masa
pergi kami Cuma bawa satu beg pakaian dan satu beg galas… baju pun bawak tak
banyak… bertolak dari rumah do sri gombak pukul 2ptg… lalu ikut DUKE pastu
masuk lebuh raya utara selatan kat jalan duta… masuk ke NKVE dan seterusnya
highway ke KLIA… perjalanan memakan masa lebih kurang 1jam dan kami sampai di
lcct dalam kul 3ptg…
Kami
makan kejap di McDonald lcct sebelum check-in… oleh kerana aku tak biasa dengan layout lcct… maka kami jadi
macam kelam kabut sikit… nasib baik kami tiada luggage yang nak kena check-in,
so jimat masa sikit kat situ… Cuma beratur panjang masa nak lepas pemeriksaan
polis sebelum masuk ke boarding area… kat lcct tak macam kat klia… kami kena
berjalan atas tarmac menuju ke pesawat… kalau di klia ada sky brigde terus
masuk ke pesawat… seat kami dalam pesawat berada dalam bahagian depan… ini
adalah kali pertama aku naik pesawat AirAsia… walaupun rasa macam agak sempit
tapi aku tak kisah sangat sebab masa perjalanan pun tak lama… lebih kurang
sejam jer… pesawat berlepas jam 4.30ptg tanpa sebarang masalah… perjalanan pun
lancar ke langkawi dan cuaca pun OK… semasa pesawat turun sebelum tiba di langkawi
aku boleh nampak jambatan pulau pinang… kecik jer macam mainan nampaknyer… kami
selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 5.30ptg…
airportnya takdela besar dan sesak sangat… selepas sampai kami tunggu sebentar
sementara menunggu kereta sewa kami sampai… urusan kereta sewa dibuat oleh mak
lang… kami menyewa sebuah kereta proton waja auto dengan harga rm200 untuk
3hari 2malam… tokeynya bernama en. Zikri… menurut en. Zikri ramai orang datang
ke langkawi pada hujung minggu ni sampai habislah semua kereta sewanya diambil
orang… untuk sesiapa yang ke langkawi tapi tak sempat nak buat arrangement
kereta sewa sebelum bertolak… boleh sewa kereta semasa sampai di airport sebab
kat sini pun banyak egensi kereta sewa yang menawarkan perlbagai jenis kereta
bergantung kepada selera dan budget masing2…
antupancing & betty |
airport langkawi |
Setelah
mengambil kereta sewa kami terus bergerak ke pantai chenang yang jaraknya lebih
kurang 20km dari airport… geng kuantan dah menunggu kami di pantai chenang…
setelah selesai urusan check in hotel sweet inns kami terus bergerak ke pekan
kuah untuk shopping… sepanjang perjalanan atas pulau aku menggunakan
perkhidmatan google maps sebagai panduan perjalanan… google maps selalunya akan
mencadangkan jalan terdekat untuk sampai ke satu2 destinasi… sebab tu kami tak
masuk highway tapi ikut jalan kampung… sebelum sampai ke kuah aku berhenti isi
minyak kereta dahulu, biasalah kereta sewa mana pernah ada minyak… di kuah kami
habiskan masa dengan bershopping di emporium Haji Ismail Group di jln pandak
mayah… item yang paling banyak dibeli adalah cokelat… pelbagai jenis cokelat
yang kami borong seperti kinder bouno, cadbury dan hershey… tak dilupakan
cokelat yang aku rasa paling popular kat langkawi DAIM… aku sahaja beli sampai
4 bungkus… semasa di pekan kuah aku terserempak dengan azizol, kawan masa be
ajar kat UTM dulu… dia dah jadi cikgu sekarang di johor bahru… kedatangan dia
ke langkawi sebab bawa rombongan bebudak sekolahnya ke langkawi… kami berborak
sebentar, bertukar2 cerita dan berita2 terkini tentang diri memasing dan
kengkawan masa belajar dulu… menurut azizol dia datang ke langkawi menaiki
feri… punyalah ramai yang naik feri, katanya tiket pukul 10pg, naik feri pukul
12t/hari… dia kata aku bernasib baik sebab datang naik flight… lepas letih
shopping beli cikelat… kami pergi makan kat Kompleks Pekan Rabu… makan Sea Food
betul2 kat sebelah tambak… lepas kenyang kami pun balik ke penginapan masing2…
geng kuantan balik ke homestay dan geng kl balik ke sweet inns… sebenarnya aku
dan betty tak berapa sihat… batuk dan selsema… lepas sampai sweet inns aku
keluar kejap ke jln pantai chenang cariik ubat batuk dan selsema, jalan kaki
jer… suasana malam kat pantai chenang memang hidup sebab ramai pelancong yang
lepak kat area sini… kat pantai chenang ni banyak penginapan yang murah…
perlbagai kedai ada disepanjang jln pantai chenang ni… kedai duty free, kedai
makan, kedai cenderahati dan termasuk kedai mini market… sementara lepak2 di
sweet inns sebelum tido kami order air dan meggi goreng dari kedai makan sweet
inns…
kedai cekelat |
Hari
kedua percutian… kami bangun awal pagi kerana hari ini kami akan pergi mangrove
tour di Kilim Geopark… tempahan tour telah dibuat oleh mak lang pada en. Zikri…
kami sewa satu bot… di langkawi ada 2 tour yang popular… satu island hopping di
bahagian selatan pulau yang mana pergi melawat pulau dayang bunting, pulau
singa besar dan pantai pasir putih… aku pernah pergi island hopping masa aku
melawat langkawi waktu be ajar dulu… mangrove tour pula dibahagian utara pulau
yang mana lawatan akan merangkumi area Kilim Geopark… tour ni akan memakan masa
lebih kurang 2jam… ada 2 tempat naik bot untuk tour ini… samada di tangjung rhu
atau sungai kilim… kami akan naik bot dari tanjung rhu… pada sebelah pagi
setelah bersarapan di sweet inns kami berkumpul dahulu di homestay tmn desa
kemboja sebab en. Zikri akan menjemput kami di sini untuk ke tanjung rhu…
kebetulan pagi tu hujan lebat tapi en. Zikri kata kat area tanjung rhu tak
hujan…
jeti tanjung rhu |
Dari
tmn desa kemboja kami bergerak ke utara menuju ke tanjung rhu… melintasi
beberapa hotel ekslusif di langkawi seperti Four Session dan Tanjung Rhu
Resort… dari tanjung rhu kami menaiki bot menuju ke rumah terapung untuk
mengambil umpan untuk diberi kepada helang… tempat singgahan pertama kami
adalah tempat beri helang makan… banyak betul helang2 kat kawasan ni… semuanya
terbang rendah untuk menyambar umpan yang diberi… kami beri makan isi ayam
kerana isi ayam terapung atas air memudahkan helang untuk menyambarnya… dari
eagle feeding area kami menyusuri kawasan paya sungai kilim menikmati keindahan
alam… kami singgah sebentar di tepi kawanan kera paya… dari atas bot kami
campakkan biskut sebagai makanan untuk kera2 tersebut… kelihatan juga beberapa
orang pemancing yang mencuba nasib dengan casting di pinggir bakau… pasti ada
siakap putih atau merah yang bersembunyi di celah2 akar bakau tersebut menunggu
mangsa…
sangkar ikan |
Kami
singgah ke gua buaya… tetapi disebabkan air tengah pasang, kami hanya dapat
masuk separuh jalan sahaja ke dalam gua… jika air rendah boleh tembus terus…
bila ditanyakan kepada boatman ada buaya tak kat kawasan ni… katanya dulu ada
tapi sekarang buaya semua dah pindah duduk kat taman buaya…. Hahahahaaaa, buat
lawak la plakkk… perjalanan diteruskan menuju ke gua kelawar… disepanjang
perjalanan boleh kelihatan banyak bot2 yang berlabuh… dan jika dilihat pada
nama yang tertulis pada badan bot tu… kebanyakkan bot adalah dari luar Negara…
ada jugak bot untuk dijual, kalau berminat boleh laaa… bot berlabuh sebentar di
gua kelawar dimana kami turun dan membayar rm1 untuk dewasa dan rm0.50 untuk
kanak2… jangan lupa ambil torch light sebab gelap dalam gua… dalam gua kelawar
dapat lihat kawanan kelawar dan formasi batu yang cantik dan unik… oleh kerana
waktu ni air pasang maka kami takleh nak buat satu pusingan lengkap gua…
terpaksa berpatah balik kerana air pasang telah membanjiri siar kaki yang
disediakan…
gua kelawar |
Dari
gua kelawar bot meluncur laju keluar ke laut lepas… laut Andaman… boleh
kelihatan pulau2 milik Thailand yang berjiranan dengan pulau langkawi…
kelihatan juga bot2 nelayan tidak jauh dari kami… menurut botman, bot2 tu
menangkap ikan bilis… kami melalui tepi tebing tinggi dan air lautnya berwarna
biru terqoise… cantik gile… lokasi terakhir persinggahan kami adalah rumah
rakit yang menempatkan beberapa sangkar ikan… antara ikan2 yang ada adalah ikan
pari yang besar yang boleh disentuh sewaktu diberi makan… ikan jerung… ikan GT…
ikan kerapu… kat rumah rakit ni jugak ada restoran terapung… kami order
beberapa jenis mee goreng dan makan ramai2… kongsi2… selesai makan kami pun
bertolak balik semula ke jeti tanjung rhu dan menamatkan tour ni…
OK... sambung dalam bahagian ke dua
No comments:
Post a Comment