Tempat
Mula/Tamat: “Tanjung” Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Kategori: Fun Run
5km
Race kit: Dry Fit
T-Shirt
Post-race:
Goodies Bag, Finisher Medal, Certificate
Tarikh & masa
: 4 November 2012, 7.45pm
Kenkadang best masuk event kecik2
macam ni… if u are lucky, you get more than what you had expected… event2 macam
ni adalah stress free event & run… event larian ni dianjurkan oleh pihak
Institute Jantung Negara… takde apa preparation pun yang aku buat Cuma petang
sabtu aku ada ambil sepeket ORS… race kit yang dapat pun ok gak… dry fit
t-shirt bukan cotton… Cuma lari kali ni takde bib, Cuma diberikan kupon untuk
claim goodies bag lepas larian… aku masuk sorang jer untuk larian kali ni…
malas nak ajak ajat lari sekali… buat susah dia jer nak turun dari putrajaya
semata2 nak lari 5k…
Hujung minggu 3 & 4 nov aku
memang sibuk sikit… pada 3 nov aku ada tournament bowling department aku kat
Perangsang Golf & Country Club kat Templer Park… saja suka2 untuk mengeratkan
silaturrahim antara kawan2 sekerja… aku dapat no 25 dari 32 peserta… ok la tu,
janji bukan aku yang last… masuk event ni dapat goodies bag…
Pagi 4 nov tu aku bangun pabila
berkumandang azan subuh… lepas solat subuh aku pun bersiap… kali ni aku pakai
tight pendek paras lutut dan bawa handphone pouch yang lilit kat lengan… santai
jer… kul 6.30pagi aku gerak keluar dari rumah… singgah jap kat 7-eleven beli
roti dengan air susu… sarapan dulu sikit, kang lari perut kosong kang muntah
pulak… aku sampai taman tasik titiwangsa sebelum kul 7 pagi… ramai jugak yang
dah sampai… semua berlegar2 kat area tanjung sementara menunggu waktu
pelepasan… termasuk la aku… jam 7.15 pagi ada aktiviti memanaskan badan,
senamrobik… siap ada lagu gangnam yang tak boleh blah tu… sebelum 7.45pagi
semua dah mula berkumpul kat kawasan mula… dan pada 7.45pagi semua peserta
dilepaskan…
manari gangnam |
banyaknya belonnnn |
Jalan kat taman tasik titiwangsa ni
kecik… ditambah lagi dengan kereta yang parking kat kiri dan kanan jalan… jadi
memang jem la… aku Cuma dapat berjalan sahaja dalam 100m yang pertama… selepas
tu baru boelh berlari sikit… kali ni aku nak menggunakan teknik yang betul
untuk lang distance run… aku mulakan dengan pace yang perlahan dan sedikit demi
sedikit tambah kelajuan larian aku… kali ni aku perhatikan langkah larian aku…
aku cuba elakkan larian pada langkah yang besar … aku maintain bukaan langkah
yang sederhana tetapi pada transition rate yang laju… dengan teknik ni aku
boleh berlari dengan agak laju tetapi kurang memenatkan… itulah teknik yang
baik semasa larian, bermula dengan perlahan kerana kita perlu meningkatkan
heart rate kita dengan berperingkat… jangan gelojoh dan tergopoh2 terikut2 trend
larian orang lain… everybody run their own race & pace…
Trek larian di taman tasik titiwngsa
ni adalah flat… amat sesuai sebagai kawasan latihan untuk mereka yang baru
berjinak2 dalam dunia larian… kat taman tasik titwangsa ni juga adalah juga
Home Base untuk group larian TiTi Runner… dia orang ni selalu berlari dalam
bulatan trek kuda… kalau nampak orang lari dalam terk kuda tu, tulah geng2 TiTi
runner… aku dulu masa mula2 berlari pun start kat taman tasik titiwangsa jugak…
1 pusingan besar lebih kurang 2.4k…
bestttt |
Setelah hampir satu bulatan
mengelilingi taman tasik kami pun bergerak keluar dari kawasan taman masuk ke
dalam kawasan perumahan bersebelahan dengan taman tasik titiwangsa ni… kami
berlari melintasi rumah2 besar sambil diiringi oleh salakan anjing… separuh
perjalanan ada sebuah water station yang menyediakan air kosong untuk runner…
km yang terakhir memang aku lari pecut sebab nak rekod PB untuk larian 5k… dan
aku berjaya menamatkan larian dalam masa 28min… itu kira pada pace larian 5.6…
Setelah menamatkan larian terus
dikalungkan medal penamat… dan terus pergi claim goodies bag… kali ni aku dapat
2goodies bag, 1 daripada IJN, 1 lagi daripada roti Gardinia… banyak tu,
berbaloi rasanya berbelanja rm30 untuk pendaftaran larian ni… macam2 dapat…
medal pewter, dry fit t-shirt, goodies dari IJN dan gardinia… itulah yang aku
kata kenkadang event2 kecik macam ni pun best gak…
Lepas ambil goodies bag aku terus gi
lepak kat tanjung untuk melepaskan penat… time ni masih tak ramai runner yang
sampai… kira2 aku dalam top 100 runner kot… aku tak lepak lama kat area tanjung
sebab nak kena beli sarapan untuk mereka2 yang kat rumah… kat area tanjung ni
memang agak meriah la sebab banyak aktiviti dan booth2 dari penaja… aku tak
dapatla nak jenguk tiap2 booth… balik la aku membawa hasil tangkapan hari ni…
hasil tangkapan |
medal.... |
cantik talinya |
hasil setakat ini untuk tahun ni |
No comments:
Post a Comment