Kita sebagai hamba ALLAH pasti akan
diduga… 3 perkara yang pasti setiap hambanya akan diduga adalah keluarga, harta
dan kesihatan… dugaan ini samada besar atau kecil adalah ujian dari ALLAH
kepada hamba2nya sebagai menguji tahap keimanan seseorang… kiranya aku bukanlah
orang yang terbaik untuk mengupas dengan terperinci berkenaan hal2 dugaan ALLAH
ni… aku Cuma mampu mencoretkan apa yang aku rasakan dan aku fikirkan…
Persoalan paling utama yang sering
ditanya… mengapa aku diduga… pada pendapat aku, kita diduga kerana ALLAH nak
lihat sekuat mana tahap keimanan kita… sekuat mana keyakinan kita… sebagai
peringatan kepada kita dan juga sebagai balasan atas2 dosa2 lepas yang telah
kita lakukan… yang penting dalam mengharungi dugaan ini adalah untuk banyak2
bersabar dan selalu ingat pada ALLAH… semoga ada hikmahnya berlaku musibah itu
kepada kita… semoga musibah itu adalah penghapus dosa dan kita mendapat pahala
jika kita redha dan bersabar…
Sesungguhnya ALLAH Maha Adil, Maha
Pengasih dan lagi Maha Penyayang… apabila kita diduga… ambillah kesempatan ini
untuk muhasabah diri sendiri dan bertaubat atas semua dosa2 yang telah kita
lakukan… Ya ALLAH ampunkanlah semua
dosa2 aku Ya ALLAH Tuhan yang Maha Pengampun… itulah sifat manusia, apabila
dalam keadaan susah barulah lah kita nak ingat ALLAH… masa senang kita mudah
lupa…
Kenapa coretan aku kali ni lain
macam sikit… sebabnya adalah kerana sekarang Betty tengah sakit… bukan sakit
biasa… kalau sekadar demam, selsema ke, sakit perut ke takdela aku bimbang
sangat… baru2 ni dia diserang STROK… panjang kisahnya dan tak sanggup rasanya
aku nak cerita semuanya disini… punca utamanya adalah masalah kurang darah dan
peningkatan tekanan darah tinggi… ditambah dengan stress bekerja… tetapi Alhamdulillah,
betty hanya diserang Mild Strok sahaja… ini di confom oleh doktor pakar yang
merawat betty (Dr. Ishak) setelah melakukan proses MRI ke bahagian kepala
betty… doktor kata tiada pendarahan yang memerlukan surgery…
Akibat serangan ini betty terpaksa
ditahan di wad Hospital Pakar Al-Islam di kampung baru selama seminggu… aku
bawa betty mendapat rawatan di Al-Islam kerana sebelum ni pun betty pernah
mendapat rawatan kat hospital ni… tapi masa tu hospital ni lebih dikenali
sebagai Kampung Baru Medical Center (KBMC)… miza pun dilahirkan di hospital ni…
selama seminggu betty ditahan diwad, aku berulang alik ke hospital untuk
mengjaga betty… terpaksalah juga aku bercuti selama seminggu… serangan strok tu
telah meninggalkan beberapa kesan kepada betty… antaranya percakapannya tak
lancar… ingatannya juga terganggu menyebabkan dia sering lupa perkara yang
terjadi kepadanya baru2 ni… pergerakkannya juga terbatas sebab kakinya menjadi
lemah…
Seminggu di hospital betty diberikan
rawatan untuk menurunkan tekanan darah tingginya… diberi 2 pek darah untuk
menampung kekurangan darah dalam badan… turut menerima rawatan untuk mengawal
kadar gula dalam badan… betty turut menerima rawatan untuk memulihkan
ingatannya dan fisio untuk mengembalikan kekuatan kaki… semua rawatan ni ditanggung oleh
syarikat insuran PMCare yang menanggung insuran kesihatan untuk syarikat dimana
betty bekerja…
Setelah dibenarkan keluar dari
hospital aku bawa betty balik ke rumah ibunya di bukit beruntung untuk berehat…
sekarang ni betty dalam proses recovery dan aku setiap hari berdoa kepada ALLAH
supaya dia segera sembuh… kepada sesesiapa yang ada membaca entry ni, jika ada
ehsan terhadap apa yang telah berlaku kepada betty, bolehlah tolong doakan agar
dia segera sembuh… Aamiin…
semoga kami terus dianugerahkan kebahagian |
No comments:
Post a Comment