Tempat
Mula/Tamat: International School, Desa ParkCity Kuala Lumpur
Kategori: Men
Open 10km, (BIB A574)
Race kit: Dry Fit
Vest, Goodies bag, BIB, Timing Chip
Post-race:
Finisher Medal, E-Certificate
Tarikh & masa
: 25 November 2012, 7.10 am
Walaupun routine harian aku agak
sedikit terganggu kerana mengjaga betty namun perjuangan perlu diteruskan… ini
merupakan acara ulangan untuk aku dan ajat… seperti tahun lepas acara ini
dibuat pada bulan november 2012 bertempat di Sekolah Antarabangsa ParkCity… seperti
tahun lepas juga, REP diambil oleh ajat di sekolah antarabangsa ParkCity…
goodies bag telah disertakan sekali semasa REP collection… vest larian tahun ni
berbeza dari tahun lepas… designya pelik sikit terutama kat bahagian belakang… ramai
runner yang berpendapat design vest
tahun ni tak cantik… tapi BIB tahun ni ada improvement berbanding tahun lepas…
tahun ni guna material yang lebih baik berbanding stiker pada tahun lepas…
Persiapan aku untuk larian kali ni
hampir tiada… aku Cuma dapat buat larian satu pusingan di taman tasik
metropolitan seminggu sebelum acara ini… ORS pun aku hampir2 lupa untuk
mengambilnya… aku Cuma mula mengambil ORS pada hari jumaat… ajat ambil REP pada
pagi sabtu… pada hari yang sama aku kena bawa betty pergi berurut di batu
caves… selepas selesai berurut aku hantar betty semula ke bukit beruntung… aku
Cuma balik semula ke sri gombak pada sebelah malamnya… pada malam itu juga ajat
datang bermalam di rumah aku… sebelum tido kami keluar makan… buat carbo-loading
sikit, pergi makan spaggetti kat rodeo steakhouse sri gombak… sebelum tido aku
dah pasang siap2 BIB pada vest dan tape kaki aku bahagian2 yang mudah nak
melecet…
Sebelah paginya kami bangun pada jam
4.30pagi… setelah bersiap kami keluar rumah jam 5.00pagi menaiki kereta aku…
untuk larian kali ni aku memakai baju dalam cotton berwarna hitam… baju ni
sebenarnya betty yang suruh pakai sebab dia kata seksi sangat bila aku lari
pakai running vest sahaja… kami sampai di ParkCity dalam jam 5.30pg… plan asal
nak parking kat taman tasik ParkCity tapi kawasan parking kat area ni ditutup
pula… kami diarahkan bergerak ke kawasan sekolah antarabangsa untuk parking
kereta… last2 kami dapat parking didalam banggunan sekolah antarabangsa… nasib
baik kami keluar awal…
Lepas parking, kami berkumpul kat
kawasan kantin sekolah… kami ambil kesempatan untuk melihat2 barang yang dijual
di booth penaja… sekali lagi aku membelek2 kasut BROOKS yang dipamerkan… kasut
larian aku sekarang ni memang nak kena ganti dah sebab dah banyak wear &
tear dan tak berapa sesuai untuk larian jarak jauh terutama 15k ke atas… selepas
tu aku dan ajat mula membuat regangan badan… pada jam 6.45pg ada acara senamrobik…
tapi takleh nak join sangat sebab kawasan sempit dan ramai sangat orang… aku
dan ajat perasan peserta tahun ni lebih ramai berbanding tahun lepas…
before run... |
Selepas selesai senamrobik… semua
peserta mula bergerak ke kawasan mula… group pertama yang akan dilepaskan
adalah daripada kategori 5km… pelik jugak sebab selalunya jarak yang lebih jauh
dilepaskan dahulu… pelari 5km dilepaskan pada jam 7pg… 10 minit kemudian
peserta 10km pula dilepaskan… untuk tidak mengulangi kesilapan sewaktu
BSNPNM’12 yang lepas… aku tidak terburu2 dalam pace larian aku… aku mengekalkan
langkah yang pendek tetapi cepat… ajat pula berlari disisi aku… apabila keadaan
jalan menurun bukit aku panjangkan langkah kaki aku… teknik yang aku amalkan ni
nampaknya berkesan kerana sewaktu menghampiri bukit tertinggi di parkcity
(rigwell hill kalau tak salah aku)… tak tak rasa kepenatan… malah aku dapat
berlari menaiki rigwell hill hampir ke puncak sebelum berhenti untuk powerwalk
kira2 100m menghampiri puncak… ajat pula lebih gagah kerana dapat meneruskan
larian sehingga puncak bukit…
Dipuncak bukit terdapat check point
untuk running cip dan juga water station… aku berhenti di water station ini
untuk mengambil power gel yang aku bawa sekali… larian aku teruskan dengan
larian menuruni bukit yang agak curam ini… aku mengambil kesempatan keadaan
yang curam ini untuk membuka langkah yang panjang… aku seperti melayang ke
bawah bukit… keadaan ini sebenarnya agak merbahaya kerana jika aku tersalah
langkah atau terpijat kawasan yang licin atau berpasir… confom aku akan
tergolek hingga ke kaki bukit… sewaktu munuruni bukit ini juga aku memintas
ajat… dikaki bukit aku kembali berlari secara normal… aku berjaya untuk
maintain pace aku untuk 3km terakhir larian… di km yang terakhir, ajat berjaya
kejar aku balik… sewaktu membuat pusingan U untuk kembali ke garisan penamat,
ajat telah berlari lebih jauh kehadapan… dia mengdahului aku lebih kurang 1min…
timing dia 1j12m dan aku 1j13m… kira2 masa yang agak baik untuk aku sebab tiada
persediaan yang khusus aku buat untuk larian ini…
Sebaik sahaja melintasi garisan
penamat, terus diserahkan medal penamat… tiada sijil diberikan kerana sijil
untuk larian ini adalah dalam bentuk e-cert… setelah berjalan2 dikawasan
penamat untuk menghilangkan lelah kami bergerak ke kawasan kantin untuk
mendapatkan sarapan… kami terus beratur untuk mendapatkan cereal dan air milo…
100+ tak perlu lah sebab dalam botol yang aku bawak masih banyak lagi 100+…
setelah bersarapan dan sesi bergambar… kami pergi pula ke booth penaja untuk
windows shopping… nak balik awal takut jalan masih ditutup… kami bergerak balik
apabila acara untuk kanak2 bermula… sebelum sampai ke rumah kami singgah untuk
bersarapan dahulu…
bersama 400 pelari awal yang baru selesai... |
rakan kongsi |
payah tu nak dapat gambar ni... |
Itulah laporan larian terakhir aku
untuk 2012… bulan dec mungkin aku tak masuk mana2 larian sebab nak bagi tumpuan
nak jaga betty… tapi tak boleh nak janji jugak… manalah tahu tetiba ada edisi
gatal kaki lak ker… larian yang dah konfom daftar bermula tahun depan… bulan
jan’13 ada MPIB run dan bulan mac’13 ada BROOKS HM yang aku daftar kategori HM
setelah diracun oleh ajat… ok jumpa lagi di entry yang akan datang…
assalammualaikum…
3 comments:
bro biasa lari di tmn metropolitan?
ingat nak cari geng pacing. Kebetulan saya pun dah register untuk mpib run dan kebetulan pace bro pun lebih kurang sama (cari runner yg laju sgt pun payah nk ikut!),klu wife dah ok blh lari sekali kot.
ingatkan suka berenang..tak per lah pelampung bocor pun, dah bukan dalam air...hehehehe..U make me smile pagi2 gini.tq kerana follow.
selalu gak lari kat taman metropolitan bro suhaimi... kalau nampak saya tegurlah... boleh pacing sama2...
Post a Comment