Aku kira sekarang adalah masa yang
paling sesuai untuk buat wrap-up aktiviti sepanjang 2012… tahun 2012 melihat
aku dah mula stabil dalam aktiviti larian aku… aku berjaya aku punya maiden run
untuk Half Marathon dalam 2012… bukan sekali malah 2kali… semasa SCKLM’12
(Honda HM) dan semasa BSN PNM’12…
Overview aktiviti larian aku
sepanjang 2012… sepanjang 2012 aku telah menyertai 9 running event dan 1
climbing event… 1 climbing event tu KL Tower Towerthon’12… 9 event yang aku
sertai tu terdiri dari 2 event fun run(10k<), 5 event medium run (10k ~ 20k)
dan 2 HM… dengan total 113.6km… jika nak dibandingkan dengan 2011… jumlah event
yang aku sertai adalah 8 runnign event dan 1 climb event… Cuma pada 2011 aku Cuma dapat cover jarak
75.9km sahaja… pertambahan 37.7km untuk tahun 2012…
Kalau kira dari bulan ke bulan…
Januari – Multi
Purpose Insurance Berhad Run 2012
Mac - Brooks
Half Marathon 2012
April - Energizer
Night Race 2012
May - KL
Tower Towerthon 2012
Jun - Standard
Chartered Kuala Lumpur Marathon 2012
July - NTV7
Feel Good Run 2012
Men’s
Health Shape Night Run 2012
Oktober - Bank
Simpanan Nasional Putrajaya Night
Marathon 2012
November - Institut
Jantung Negara Run For Your Heart 2012
ParkCity
Run 2012
5 daripada 9 acara tersebut adalah
acara ulangan daripada tahun 2011… acara2 ulangan tersebut adalah SCKLM’12,
Feel Good Run’12, Men’s Health’12, PNM’12 dan ParkCity Run’12… salah satu acara
yang aku masuk tahun ni dah confom tahun depan dah ditamatkan iaitu Energizer
Night Race… patutlah ENR’12 dianjurkan agak grand, siap ada finisher T… ada
juga acara2 ulangan yang aku rasa tahun depan dah tak nak masuk lagi… seperti
feel good run dan kl tower towerthon… ini adalah sebab jika dibandingkan
kualiti penganjurannya semakin berkurangan dari tahun 2011 ke 2012… mungkin aku
akan ganti dengan event2 lain pulak… tahun ni juga aku mula buat latihan LSD di
putrajaya bersama2 dengan ajat dengan jarak antara 10k ke 13k…
Event yang dah confom aku akan masuk pada 2013 adalab MPIB’13 dan
Brooks HM’13… SCKLM’13 pun confom masuk gak, Cuma nak tunggu pendaftaran yang
akan dibuka dalam masa lebih kurang sebulan lagi… untuk brooks hm’13 aku
upgrade ke HM dari 10k semasa brooks hm’12… dan event2 yang insyaallah tidak
akan dilepaskan pada 2013 adalah Men’s Health’13, PNM’13 dan ParkCity’13… untuk
tahun 2013 juga aku plan untuk buat 3 HM… iaitu pada Brooks HM (dah daftar),
SCKLM’13 dan PNM’13… insyaallah… untuk berlari FM masih belum lagi kot…
Untuk gear @ hardware pulak… tahun ni aku beli tight baru jenama
Mizuno… so aku dah ada 2 running tight sekarang… tight Breath tu aku akan pakai
semasa latihan dan juga aktiviti2 lain… tight mizuno khas untuk running sahaja…
mulai 2013 juga aku akan berlari dengan memakai basic cotton T kat dalam dan
running vest kat luar… ni semua atas permintaan betty yang tak nak aku seksi
sangat masa berlari… arm strap pouch pun aku dah ada so boleh elakkan dari
membawa pouch beg semasa berlari… gajet aku yang terkini adalah kasut larian
terkini aku… biasalah hujung2 tahun banyak sales… so, pada suatu hari ajat ada
call aku… masa tu ajat ada di 1utama dengan una nak gi tengok wayang… sementara
menunggu masa tayangan di gi la jenjalan kat area 1utama dan terserempak dengan
butik N Concept (butik kasut New Balance) ada buat sales… dia call bagitau kat
aku… aku memang tgh berkira nak sambar kasut baru… aku bagitau kat dia lepas
dia tengok wayang jumpa aku kat butik new balance… setelah mencuba2 beberapa
jenis model dan mencari saiz yang sesuai (model yang berkenan ada, tapi saiz
lak takde) last2 aku angkat NB790V2 warna putih merah… harga asal rm299, tapi
lepas diskaun aku Cuma bayar rm200… ajat pada mulanya nak angkat kasut jenis
minimalist tapi bila dia tanya pendapat aku… aku kurang confident sebab tapak
nipis sangat… aku memang tak selesa kasut tapak nipis ni… kurang cushion dan
support… akhirnya dia pun sambar model yang sama dan warna yang sama… boria lah
kami lepas ni… aku dah try dah kasut ni masa gi buat LSD kat putrajaya dengan
ajat… memang best dan jauh berbeza dengan kasut2 larian aku yag lain… untuk
2013 MUNGKIN la aku tak beli apa2 gear baru kot sebab semua dah ada… tapi tu
MUNGKIN ajerrr… secara totalnya sejak aku mula berlari pada tahun 2010 sehingga
hujung tahun 2012 ni dah dah sertai 20 running event dengan 2 event towerthon…
jarak keseluruhan yang aku cover sepanjang penglibatan aku dalam event larian
adalah 195km… itu tak termasuk jarak yang aku cover dalam latihan mingguan… aku
ingat capai dalam 400km ke 500km kot… alhamdulillah… tahun ni juga aku
kehilangan sesuatu yang amat bererti bagi aku… suzuki fx110 ku yang dirembat
oleh malaun manatah semasa dalam simpanan ayah aku dan tahun 2012 juga
melihatkan kelahiran suzuki baru aku shogun azelo s…
NB790V2 |
Bab jalan2 lak… awal tahun itu hari aku gi bercuti kat Hotel Berjaya
Times Square selama 3hari 2malam… itupun sebab betty dapat hadiah dari opis
dia… pengalaman bercuti di berjaya times square memang best sebab swimming pool
dia memang besar dan dekat sangat dengan shopping mall… senang nak beli barang…
antara yang aku tak boleh lupa adalah makan kat restoren kat hotel berjaya…
lamb racknya memang marvelous… pada bulan september pulak aku gi jenjalan ke
langkawi… itu pun best jugak sebab dah lama giler aku tak ke langkawi… tahun
2013, insyaallah aku akan ke langkawi lagi sebab tiket kapal terbang awal2
betty dah tempah… kali ni kami akan pergi dengan family aku pulak… jangan
dilupakan trip julung2 kalinya aku ke tasik kenyir untuk trip tengas 2012… satu
trip memancing yang memang aku takkan lupakan… one of a kind… dan kenyir
seperti memanggil2 aku supaya kembali menduga penghuninya… pada bulan mac lepas
betty pergi ke kelantan, trip dengan kenkawan opisnya…
Dalam personal life pulak… macam2 yang berlaku dalam tahun 2012 ni… insiden
yang paling penting adalah apa yang berlaku kepada betty… insiden ni secara
langsung dan tidak secara langsung memberi impak yang besar kepada kehidupan
aku untuk masa sekarang dan masa hadapan… untuk apa yang mungkin berlaku pada
masa hadapan susah sikitlah aku nak cite pasal aku takde ilmu tilik… tapi buat
masa ni aku nak betty betul2 berehat dan insyallah pulih sepenuhnya daripada
apa sahaja penyakit yang dia sedang alami sekarang… apa2yang berlaku nanti aku
akan up-date kemudian insyaallah… tentang kerjaya aku pula… aku masih di kilang
lama… nampak gaya macam takde orang lain yang nak amik kerja mungkin sebab aku
suka demand gaji tinggi… biasalah, bila kita pindah kerja mestilah aku nak
ganjaran yang lebih baik dari tempat kerja lama… Cuma mungkin kerja aku akan
bertambah sebab ada officemate yang nak berhenti dah besar kemungkinan aku la
yang nak kena tapau kerja yang di tinggalkan… apa2 pun itu semua rezeki yang
telah ditetapkan oleh Allah… yang penting semuanya halal dan berkat… dalam
tahun 2012 ni juga ada beberapa ahli keluarga aku dijemput oleh Allah swt
kembali ke rahmahtullah… pada bulan mac, pak long aku yang tinggal di batu
pahat meninggal dunia kerana sakit tua… pada bulan may pula, tanpa disangka2
sepupu aku abang zizi meninggal dunia kerana sakit jantung ketika menjalani
aktiviti berbasikal… dan pada bulan september, arwan Wan aku sebelah ibu yang
aku kasihi meninggal dunia setelah sakit tua yang berpanjangan… Al-Fatihah buat
semua ahli2 keluarga aku yang telah pergi dulu menyahut panggilan Illahi… tahun
ni kami terima berita gembira kerana ajat telah menamatkan pengajian ijazah
sarjana mudanya di UNIKL dan telah menerima skroll ijazahnya semasa majlis
konvokesyen tempoh hari…
Secara ringkasnya itulah highlight aktiviti aku sepanjang 2012…
sebenarnya ada banyak lagi perkara yang terjadi , TAPI takkan nak cerita
semuanya kannnn……
sebagai kenang-kenangan |
No comments:
Post a Comment