Trip memancing kali ni dirancang
atas permintaan miza yang dah lama tak pergi memancing… lokasi pancingan kali
ni adalah di kolam APAK yang terletak di Hulu Tamu, Batang Kali… aku pilih kolam
ni sebab lokasinya yang cantik dan ada pondok untuk pemancing berehat… trip
kali ni juga disertai oleh abah dan rini…
Perjalanan kami mulakan dari rumah
mak mertua aku di taman seroja bukit sentosa… ke taman kesumba bukit beruntung,
rumah abah… untuk pengetahuan korang jarak rumah mak mertua aku dengan rumah
abah aku Cuma 5 minit jer perjalanan naik kereta… dari taman kesumba setelah
jemput abah dan rini kami bertolak ke pekan Rasa ikut jalan belakang… dari
pekan rasa kami belok ke kanan menuju ke Batang Kali… di pekan batang kali,
belok ke kiri menuju ke jalan nak gi genting highland… kat simpang 4 yang ada
stesen shell belok ke kiri masuk kampung… kat sini dah ada signboard Kolam
Apak… ikut jer jalan ni sampai jumpa simpang ke kiri menuju ke Hulu Tamu… kat
sini pun ada signboard kolam apak… jalan depan sikit kita akan jumpa kolam
memancing ikan air tawar D’Kali disebelah kanan… aku tak pernah singgah kolam
ni… mungkin lain kali… jalan terus sampai jumpa simpang ke kanan yang ada
signboard kolam apak dan kolam air panas hulu tamu… depan sikit kita akan jumpa
jambatan kayu… berhati2 kat jalan ni sebab jalannya sempit… terus jer dan ikut
signboard kolam apak… insyaallah boleh sampai…
Kolam Apak berada di seberang
sungai… kita kena parking kereta di seberang sungai sebelum melintasi sungai
melalui jambatan gantung… berhati2 sebab jambatan ni licin bila hujan dan tiada
penghadang sisi… dulu kilang tempat aku bekerja ni pernah buat pertandingan
memancing kat kolam apak ni… tapi masa tu kolam ni dikenali sebagai kolam
memancing hulu tamu… masa tu jambatan gantung belum dibina lagi… so, nak sampai
ke kolam kena lintas sungai… kalau musim hujan air sungai akan naik dan amat2
merbahaya untuk buat crossing…
Buat bayaran memancing di pondok
pendaftaran berdekatan dengan kedai makan… ratenya adalah rm30 untuk 5jam
memancing… minima masa memancing adalah 3jam, jika kita dah rasa cukup
memancing selepas 3jam bolehlah kita berhenti memancing dan akan dipulangkan
semula rm10 masa kita keluar nanti… setelah membuat bayaran maka bolehlah kita
memilih untuk memancing kat mana2 diantara 2 kolam yang ada kat kolam apak ni…
kalau tak salah aku ada sedikit perbezaan antara penghuni dalam 2 biji kolam
nih… kolam disebelah kiri majoriti spesis yang mendiaminya adalah Rohu manakala
kolam belah kanan banyak ikan Patin, Lekoh dan Pacu… di tebing kolam juga ada
dibina bangsal2 untuk pemancing berteduh… kita boleh pilih mana2 bangsal2 yang
kosong… untuk trip kali ni aku memilih kolam sebelah kiri…
Setelah memilih bangsal yang sesuai
untuk kami berempat… aku pun mula membancuh umpan… kali ni aku ingin mencuba
resepi baru untuk bancuhan umpan… sebelum sampai ke kolam aku dah mesin sampai
halus biskut merrie… aku campurkan dedak biskut merrie dengan dedak memancing…
aku juga campurkan jagung dalam tin… setelah siap umpan dibancuh, aku dengan
ayah aku pun mula la memancing… balingan umpan kami tertumpu ke bahagian tengah
kolam… oleh kerana kolam ni mempunyai reputasi tarikan awal ikan yang ganaz…
adalah dicadangkan untuk menggunakan pancang special untuk menenggek joran
korang… gunakan pancang yang mempunyai pemegang hulu joran dan juga penghadang
joran… jangan gunakan pancang ‘Y’ yang biasa tu… pancang jenis ‘Y’ ni kalau
ikan tarik umpan dengan ganas boleh menyebabkan joran terjun masuk ke dalam
kolam… tapi kalau korang takde pancang special ni takpe sebab korang boleh
pinjam daripada kolam… tapi kalau dah pinjam tu jangan lupa pulang balik bila
dah abis memancing nanti…
Tak lama lepas labuhkan umpan… hujan
pun mula turun… sebelum kami bertolak dari bukit beruntung lagi sebenarnya dah
hujan… tapi bila on the way hujan berhenti… baik kami nak memancing, hujan pun
turun semula… nasib baik ada bangsal yang besar yang mana kami berempat boleh
berteduh… masalahnya bila hujan turun ikan akan stop makan umpan… tercongoklah
kami dalam bangsal tu sambil menunggu umpan kami dijamah ikan…
Kemudian setelah hujan lebih kurang
1jam… ada tanda2 hujan nak berhenti… elok jer hujan berhenti pancing milik
brader bangsal sebelah ditarik ikan… setelah pertempuran hebat, brader tu
berjaya mendaratkan seekor rohu yang agak besar… haaa… itu tanda baik tu yang
ikan mula memakan umpan… aku dengan abah pun letak umpan baru dan labuhkan ke
tengah kolam… tapi hari tak selalunya cerah… tak lama selepastu, hujan mula
turun semula… hujan turun tanpa henti sehinggalah masuk jam yang ke -3 kami di
kolam apak… dalam 3 jam tu jugalah TIADA seekor ikan pun yang sudi menjamah
umpan kami ataupun umpan para pemancing lain di kolam ini… membangaulah kami
jawabnya… oleh kerana hari dah semakin gelap dan perut pun dah mula lapar
(terutama miza)… kami ambil keputusan untuk menamatkan trip pada hari ni…
disebabkan kolam apak ni terletak di pinggir hutan, malamnya memang lebih gelap
daripada biasa… kolam apak ni dibuka 24jam oleh itu boleh datang pada bila2
masa… tapi kalau nak datang sini malam2 buta memang agak mengerikan jugak la
terutama jalan hulu tamu menuju ke kolam apak…
Setelah pulangkan balik tiket
memancing dan dapat balik rm20 (2batang joran, 3jam memancing)… Apak (Owner
kolam apak) berbesar hati untuk memberi kami ikan sebab kami balik tangan
kosong… apak ni sementara dia menunggu customer, dia pun memancing jugak… ikan2
yang dia dapat selalunya dia sedekah jer kat pengunjung yang tak dapat ikan…
itupun bukan pada semua dia beri… apak beri pada abah seekor ikan patin dan
seekor ikan pacu… bolehlah abah tunjuk kat kenkawan setaman dia bila balik
nanti… sebelum sampai ke rumah kami singgah untuk makan sebab miza dah bising
kelaparan… kami singgah makan di sebuah gerai makan di batang kali… selepas
makan barulah kami balik ke rumah…
Area batang kali ni memang banyak
port2 memancing… selain kolam apak ada kolam D’kali, kolam Heritage, kolam air
masin happy pond, kolam air masin danau rimba, kolam air masin batu 30 dan banyak
lagi lah… nak kena rajin cari la…
No comments:
Post a Comment