Kita
sambung balik perbincangan kita mengenai kimpalan… seperti yang aku janjikan
sebelum ni aku akan cuba untuk mengupas hubung kait diantara bunyi kimpalan
dengan proses kimpalan yang stabil… bunyi kimpalan merupakan petanda terbaik
untuk menentukan samada proses kimpalan yang kita lakukan stabil atau tidak…
apa yang kita cari adalah bunyi kimpalan yang gemersik dan berterusan… kebanyakkan jurukimpal yang otai hanya
perlu mendengar sahaja bunyi kimpalan untuk menentukan kimpalan yang stabil…
perlu difahami disini terdapat perbezaan yang jelas antara kimpalan yang baik
dengan kimpalan yang stabil… kimpalan yang baik adalah kimpalan yang memenuhi
spesifikasi kimpala yang telah ditetapkan… manakala kimpalan yang stabil pula
merujuk kepada proses kimpalan itu sendiri… secara ringkasnya… kimpalan yang
stabil TIDAK SEMESTINYA akan dapat menghasilkan kimpalan yang baik akan tetapi
kimpalan yang baik akan datang daripada proses kimpalan yang stabil…
Sekali
lagi kita boleh buat ujian kimpalan dengan menaikkan arus kimpalan secara
sedikit demi sedikit sehingga kita jumpa bunyi yang gemersik… seharusnya
sedikit latihan diperlukan untuk kita menjadi mahir dalam mengenalpasti bunyi
kimpalan yang baik… antara latihan yang boleh kita buat adalah mendengar bunyi
kimpalan sewaktu jurukimpal yang otai sedang melakukan proses kimpalan…
Aku
rasa aku dah cover perkara asas dalam kimpalan… kalau ada yang kurang boleh
bagitau aku… aku akan cuba jelaskan…
Selanjutnya
aku akan kupas proses kimpalan bedasarkan unsur2 4M dan 1E… aku rasa ini adalah
lebih baik untuk mengelakkan aku tertinggal menguraikan faktor penting dalam
proses kimpalan…
Unsur
pertama adalah unsur Man @ Manusia @ Jurukimpal… faktor yang seseorang
jurukimpal perlu betul2 faham adalah faktor keselamatan dalam proses kimpalan…
sebelum seseorang jurukimpal mengambil langkah2 yang patut untuk memastikan
keselamatannya semasa proses kimpalan dia perlulah terlebih dahulu faham
daripada mana bahayanya satu2 proses kimpalan tersebut… bahaya proses kimpalan
itu boleh berpunca dari jurukimpal… mesin kimpalan… bahan2 yang digunakan
semasa kimpalan… kaedah kimpalan dan persekitaran kawasan kimpalan itu sendiri…
Semasa
proses kimpalan… jurukimpal terdedah kepada beberapa jenis punca kritikal yang
boleh mendatangkan bahaya… pertamanya proses kimpalan arka menggunakan arus
elektrik yang besar… mesin kimpalan selalunya menggunakan punca kuasa 3 fasa
yang mempunyai beza kuasa @ voltan setinggi 415V… hampir 2 kali ganda dari
voltan yang disalurkan pada punca kuasa biasa yang ada kat rumah kita… punca
kuasa 3 fasa menggunakan plug 4 pin berbanding plug 3pin untuk punca kuasa
214V… beza upaya @ voltan ini amat2 merbahaya kerana ia boleh membunuh jika
terkena renjatan elektrik… sebab itu jika kita lihat dipencawang2 elektrik
pasti ada tertulis “AWAS, VOLTAN TINGGI”… dia tak tulis “AWAS, ARUS TINGGI”…
adalah perlu diingatkan bahawa badan kita adalah pengalir elektrik… walaupun
bukan pengalir elektrik yang baik akan tetapi jika terdapat aliran elektrik
dengan voltan yang cukup tinggi, pasti elektrik akan dapat mengalir melalui
badan kita… dan ini boleh membunuh… kata kuncinya bila kita menggunakan
peralatan elektrik… elakkan dari mengjadikan diri kita sebahagian dari
pelengkap litar… dengan itu kita perlu selalu ingat untuk tidak memegang mana2
wayar elektrik yang terdedah tanpa penebat… memakai kasut dengan tapak getah
bila mengimpal… tidak melakukan kimpalan dalam keadaan basah… beri perhatian
lebih kepada sambungan2 wayar dan connecter cable… pastikan semuanya disambung
dengan kemas… cara kerja yang kemas ini sebenarnya melambangkan yang kita
adalah jurukimpal yang profesional… bukan sekadar jurukimpal biasa di kedai2
besi grill kat tepi jalan tu yang selalu buat kimpalan tangkap muat… aku bukan
bermaksud untuk memperkecilkan jurukimpal kat kedai2 grill tu tapi aamalan
kimpalan dia sendiri yang meletakkan dirinya dalam bahaya… tak salah kalau kita
menitik beratkan aspek keselamatan setiap kali kita melakukan kimpalan kerana
kita perlu ingat… mesin kimpal rosak boleh ganti, kerja kimpalan yang rosak boleh
re-work… hilang nyawa atau tercedera semasa melakukan kimpalan sapa nak
tanggung… diri sendiri la… tokey kedai senang jer, dia carik jurukimpal yang
lain…
Proses
kimpalan juga adalah HOT WORK… ia melibatkan haba yang tinggi untuk meleburkan
logam yang ingin dikimpal… besi yang paling lembut pun paling kurang memerlukan
lebih kurang 1500 darjah celcius untuk melebur… bila kita bekerja dengan suhu
yang tinggi seperti ini bahaya yang paling utama yang boleh terjadi adalah
bahaya kebakaran… pastikan kawasan kerja kita bebas dari pada bahan yang mudah
terbakar… jurukimpal juga mesti mengambil kira pakaian yang dipakai semasa
melakukan proses kimpalan kerana sewaktu proses kimpalan pasti akan wujud
SPATTER yang berterbangan… pakaian yang sesuai adalah pakaian yang tidak mudah
terbakar seperti kulit… jika anda bercita2 untuk menjadi seorang jurukimpal
yang profesional cariklah jaket kulit yang sesuai untuk buat welding…
Aku
rasa cukup samapi disini sahaja untuk bahagian yang ke-3… entry yang akan
datang aku akan membincangkan hazard2 lain yang ada semasa proses kimpalan…
No comments:
Post a Comment