Ini bukan membincangkan tentang
Running Man… alah gane show korea yang famous tu… ini adalah coretan@pendapat
aku tentang event larian, terutama Road Race… setelah menyertai lebih kurang 22
acara sepanjang penglibatan aku dalam dunia larian ni, aku kira pendapat aku ni
kira valid jugak la… walaupun sememangnya aku mengakui aku bukanlah otai dalam
acara larian…
Apa itu acara larian@running
event?... satu acara melibatkan aktiviti larian… terbahagi kepada sekurang2nya
e jenis iaitu Road Race dan Trail Run… Road Race selalunya melibatkan larian
atas jalan raya dan Trail Run pula atas denai atau jalan2 yang tidak
konvensional… jaraknya pula dari 3km (fun run) hingga 100km (ultra)… jarak2 ini
ada istilah yang tersendiri… untuk jarak dibawah 5km, larian ini selalunya
dipanggil fun run… competition running yang menawarkan hadiah selalunya bermula
dari jarak 7km… jarak larian yang popular sekarang adalah 10km, seperti yang
kita boleh tengok semasa scklm acara 10km mengundang begitu ramai pelari
sehingga terpaksa dipecahkan kepada 3 kategori… terdapat juga beberapa event
yang menawarkan jarak diantara 10km hingga ke 20km… HM @ Half Marathon pula
merujuk kepada jarak 21km, jarak terjauh larian aku buat masa ni… pada jarak
42km, larian sudah masuk ke kategori Full Marathon @ FM… jarak lebih tinggi
daripada itu semua dipanggil Ultra Marathon yang mampu pergi sehingga 100km…
bayangkan berlari sejauh 100km, kalau larian pada pace 6 pun akan memakan masa
selama 10jam untuk menghabiskan larian… pergghhh, damn few…
Untuk pemilihan event pula
bergantung kepada citarasa pelari masing2… kebanyakkan pelari bermula dari
jarak yang pendek sebelum beralih ke jarak yang lebih jauh dan acara yang lebih
extrim… untuk aku, antara krateria yang aku pertimbangkan sebelum menyertai
mana2 larian adalah jenis acara, yuran penyertaan, lokasi larian dan goodies
yang ditawarkan ataupun runner entitlement…
Secara amnya… apa yang setiap pelari
mahukan daripada setiap kejohanan larian adalah event ysng lancar dan teratur…
kebajikan pelari dijaga sebelum, semasa dan selepas larian… apa yang
dimaksudkan dengan kebajikan disini adalah water station, kawalan trafik,
medical personel dll… juga runner entitlement yang bersesuaian dengan yuran acara
yang dibayar… pada pendapat aku, jika yuran penyertaan melebihi rm40…
seharusnya sekurang2nya runner mesti mendapat finisher medal dan juga sijil
penyertaan… kalau ada goodies bag tu kira bonus la untuk runner…
Kenapa nak kena ada medal… finisher
‘T’… ini semua adalah momento kepada pelari atas pencapaian peribadi masing2… mungkin
ada yang berkata, apa nilainya medal tu… bukannya dapat kedudukan 1 ,2 atau 3
ke… tapi bagi aku setiap medal yang aku dapat menandakan tanda kesungguhan aku
sendiri dalam mengharungi setipa cabaran untuk setiap event yang aku sertai…
aku tahu, kemungkinan untuk aku mendapat podium position adalah amat2 sukar…
oleh itu finisher medal sudah memadai untuk aku simpan sebagai tanda kenang2an…
dan aku rasa bukan aku sahaja yang berpendapat seperti ini, kebanyakkan runner
jug adalah seperti ini…
Dengan peningkatan kepopularan
aktiviti larian juga membawa kepada penambahan penganjuran event2 larian… penganjuran
event2 larian ada pelbagai tujuan, antaranya adalah sebagai salah satu program
promosi, menyempurnakan tanggungjawab sosial syarikat dan salah satu cara untuk
mengumpul dana… event2 ni selalunya ada penaja2nya yang turut menyumbang
kedalam penganjuran event2 ini… pada pendapat aku, hasil tajaan yang diterima
oleh penganjur sepatutnya disalurkan sepenuhnya kepada pelari2… tak kiralah
dalam bentuk goodies kepada semua pelari atau sebagai hadiah utama
pertandingan… adalah elok untuk diperingatkan kepada para penganjur bahawa
majoriti runner tidak mentargetkan kedudukan podium… oleh itu adalah amat2
wajar untuk pihak penganjur memastikan bukan sahaja pemenang podium mendapat
ganjaran tetapi keseluruhan peserta larian juga wajar diberikan ganjaran…
ganjaran itu tidak semestinya sama seperti pemenang podium tetapi sekurang2nya
mampu menjadi cerderahati kepada pelari yang menyertai acara larian tersebut…
contoh yang paling mudah adalah finisher medal dan finisher ‘T’… TAPI untuk
pemberian finisher ‘T’ perlulah berpada2 kerana finisher ‘T’ ni ada nilai yang
agak tinggi dikalangan pelari… pada pendapat aku, finisher ‘T’ sepatutnya
diberikan untuk jarak larian HM dan keatas sahaja… untuk jarak2 pendek ni tak
perlulah beri, memadai medal sudah mencukupi…
Bagi aku finisher ‘T’ amat2
istimewa… sebab utama adalah kerana ianya boleh dipakai pada bila2 masa (takkan
nak kuar berjalan pakai medal kot)… aku rasa puas bila pakai finisher ‘T’ sebab
aku tahu aku berusaha keras untuk
mendapatkanya… lagipun finisher ‘T’ tidak boleh dibeli… pernah ke korang tengok
42km finisher ‘T’ SCKLM dijual kat pasar malam ke… takde kan… oleh itu aku mengulangi
pendirian aku bahawa finisher ‘T’ hanya patut diberikan kepada pelari jarak
jauh sahaja… baru special… semua orang boleh memiliki running ‘T’ @ running
vest walaupun tidak pernah berlari tetapi tak semua boleh memiliki finisher ‘T’
kerana yang habis lari sahaja berhak… setuju atau tidak…
Berbalik kepada perbincangan kita
mengenai event larian… apa yang aku harapkan tiada pihak yang menangguk di air
keruh dengan mengambil kesempatan dengan peningkatan minat orang ramai dalam
aktiviti larian dengan menganjurkan event larian semata2 untuk mengaut
keuntungan mudah… jangan duit yuran kutip dengan harga yang tinggi, tapi
kebajikan pelari diketepikan… perihatin la sikit, pelari pun manusia jugak yang
ada kehendak dan keperluan… kalau tak ada pengalaman jangan nak anjurkan
larian, buat kumpul dosa jer kena maki dengan orang (aku ingatkan sekali lagi
bahawa pelari ni termasuk dalam golongan orang yang amat2 manja)… oleh itu aku
nasihatkan kepada korang yang nak menyertai satu2 event larian… tengok juga
kenapa event itu dianjurkan dan siapa penganjurnya… kalau penganjur tu sebelum
ni dah ada rekod buruk, maka berhati2lah… sakit hati wo kalau dah bayar mahal2
sekali event macam s**l…
2 comments:
Tshirt mmg sgt penting,memori tu..
Tak sangka atlet manja..
Sabar bro, sy stuju sngat
Post a Comment