Ada angin baru yang bertiup… pada
pertengahan bulan April aku menerima satu panggilan yang tidak disangka2…
seorang lelaki bernama Jason dari Kelly Engineering Servives call aku
menawarkan aku satu peluang pekerjaan… sebuah syarikat OEM (Original Equipment
Manufacturer) untuk ekzos sistem yang berpusat di perancis akan membuka satu
kilang di malaysia yang terletak ditanjung malim (dalam kawasan Proton City)…
aku sebenarnya dah lama malas nak carik keje baru… bila tempoh perkhidmatan aku
kat syarikat sekarang dah menjangkaui 10 tahun… aku fikir aku keje ajela kat
company sekarang sampai pencen…
Jason meminta aku menghantar
kepadanya resume aku yang paling terkini… seminggu selepas selepas panggilan
tu… jason mengaturkan satu telepon interview dengan ketua jurutera Mr. Berkant
dari Shanghai… hampir satu jam aku luangkan masa untuk sesi interview tersebut…
2 minggu selepas itu pula, jason mengaturkan aku untuk face-to-face interview
dengan Mr. Indra juga dari shanghai yang datang ke malaysia untuk tujuan projek
ini… Mr. Indra akan menjadi plant manager di malaysia… pertemuan aku dengan
Indra diadakan di lobi hotel di kawasan subang… hampir 1jam jugalah aku
berborak dengan Indra… dalam masa yang sama ada sorang lagi calon untuk jawatan
ini yang akan ditemuduga oleh Indra… calon yang sorang lagi tu sebenarnya
dahulu bekerja di company aku sebelum berpindah kerja… selepas sesi interview
tersebut, jason memberi tahu kepada aku yang peluang aku untuk mendapat kerja
tersebut adalah besar… 2 minggu selepas itu pula, aku ada sesi interview dengan
Ms Cathy dari pihak HR dan juga Mr. Tom, GM Asia operation…. Semuanya melalui
telefon sahaja… Cuma Indra jer yang aju jumpa face to face…
Setelah selesai semua sesi interview
tersebut… aku ditawarkan jawatan itu… company tu juga menawarkan ganjaran yang
agak baik… aku terpaksa membuat keputusan… terus terang aku katakan aku memang
takut nak buat keputusan… ialah, aku dah keje dengan company sekarang dah masuk
13tahun… lama tu… yang juga membuatkan aku rasa cuak adalah sebab aku tak
pernah pindah kerja… lepas belajar terus dapat kerja kat company sekarang… aku
bimbang kalau pindah kerja aku dapat kerja yang lebih teruk dari sekarang… tapi
aku fikir balik, tak ramai oarang yang kerja satu company jer seumur hudup dia
orang… semua mesti pernah rasa pindah kerja… ajat pun dah pernah pindah kerja…
lagipun kerja ni bukan aku yang carik tapi dia yang datang carik aku… tak
banyak company lain yang sebenarnya boleh beat apa yang company aku sekarang
bagi kat aku…
Apa yang penting adalah support dari
family aku terutama betty dan miza… sebab aku fikir apa yang aku buat semuanya
ni adalah untuk masa depan keluarga aku juga… aku berbincang secara mendalam
dengan betty dan miza… mengambil kira pandangan mereka kerana banyak yang akan
berubah jika aku menerima jawatan ni… termasuk sesi latihan selama 2 bulan di
china, berpindah ke rawang dan lain2 lagi… ini juga bermakna aku tak akan dapat
berlari untuk SCKLM 2013 kerana waktu tu aku berada di china… sedih wooo… lagi
satu aku dah lama tak pergi outstation jauh2 dan lama2 cam ni… last time aku ke
luar negara adalah ke korea atas urusan kerja selama 3 minggu… masa tu aku
dengan betty dah berkhawin tapi miza belum lahir lagi… kali ni 2 bulan, time
bulan puasa dan raya lak tu…. Waaaaaaa….. aku bimbangkan betty dan miza yang
akan aku tinggalkan selama 2 bulan tempoh latihan aku… ikut hati memang nak
bawa mereka sekali… tapi apakan daya…
Aku berserah kepada Allah kerana
semuanya adalah takdir daripanya… aku akan berusaha sebaik mungkin dan berdoa
Allah akan menganugerahkan yang terbaik buat aku dan keluarga aku,
InsyaAllah…BismilahhitawakaltulalaAllah…
No comments:
Post a Comment