Tempat
Mula/Tamat: Teluk Cempedak (TC), Kuantan, Pahang
Kategori: Men’s 13km
(BIB A1126)
Race kit: Dry Fit
Running Vest , BIB,
Post-race: Medal
& Cert
Tarikh & masa
: 12 May 2013, 6.30 am (lebih kurang)
Race yang ke-25 aku… aku masuk race
ni sebab nak amik peluang untuk bawa betty balik ke kuantan… bolehlah dia jumpa
datuk nenek dan mak sedara dia… lagipun dah lama kami tak balik ke kuantan…
kuantan run ni satu event yang kecik sahaja… participantnya pun tak ramai… aku
ajak ajat masuk sekali, tapi dia baru pindah kerja… jadi tak bolehlah nak amik
cuti… aku memang ada amik cuti tambahan… kami balik ke kuantan hari sabtu dan
balik semula ke gombak pada hari isnin… miza ponteng la sehari… mungkin sebelum
ni aku takde cite yang sebenarnya ajat dah tukar kerja… dia dapat kerja kat
tempat sama aku bekerja… Cuma dia dibahagian jualan dan aku kat bahagian pengeluaran…
Larian kuantan ni dianjurkan oleh
Dusty Monkey… aku daftar online dan pilih option supaya race pack aku
dihantar ke rumah… sebelum pilihanraya
aku ada hantar email ke organizer tanya bila nak hantar race pack… dia orang
kata lepas pilihanraya… tapi lepas pilihanraya masih tak sampai2 lagi race
pack… aku dah start risau… baju tu aku tak heran sangat, running shirt aku pun
banyak… masalahnya BIB, kalau takde BIB nak lari cam mana… race pack aku sampai
pada hari jumaat… poslaju yang hantar, tapi takde sapa receive kat rumah…
terpaksa aku collect kat pejabat poslaju batu caves keesokkan harinya… ini
pertama kali aku dapat BIB yang di print atas material yang selalu dia orang
guna untuk banner… kami sekeluarga bertolak ke kuantan lebih kurang jam 11pagi…
Sampai di jaya gading rumah mak
sedara betty dalam jam 2ptg… aku saje jer tak nak bawak laju2 sangat… nak
rilek2 sikit… lepas sampai aku tido kejap sebab rasa keletihan… betty dan miza
dah bantai tido masa atas highway tadi… lepas bangun tido aku dan miza keluar
ke pekan jaya gading… isi minyak kete dan beli air isotonik untuk larian nanti…
sebelah malam pulak betty, miza dan sedara betty semua keluar ke kuantan
jalan2… aku duduk kat rumah jer, sambil buat preparation untuk larian awal pagi
besok… kalau aku ikut dia orang tah pukul brapa baru balik… aku plan kul 5pg
dah nak gerak dari rumah… preparation aku seperti biasa… tape jari kaki dengan
surgical tape dan pasang KT tape kat betis… pastu aku terus masuk tido…
pelepasan yang sempoi |
Panas betul cuaca kat kuantan
sekrang… takde ujan langsung… bahangnya bawak sampai ke malam… aku pun dapat
tido2 ayam jer sebab kepanasan… kipas memang konfom sampai speed 5… dalam jam
4.30pg aku pun bangkit untuk bersiap… dalam jam 5pg aku pun bergerak keluar
dari jaya gading menuju ke TC… perjalanan dijangkakan dalam 30min… suasana pagi
ahad bandar kuantan memang lengang… aku takde masalah untuk sampai ke TC…
sampai di TC aku terus tukar ke pakaian larian aku… dan lepak kat tepi pantai
sambil buat aktiviti regangan badan… pelari dah mula berkumpul kat dataran
sebelah McDonald… organizer pun ada bukak kemah kat sini… dalam jam 6pg,
organizer minta semua pelari berkumpul di kawasan mula yang terletak tak jauh
dari dataran tadi… bila semua pelari dah berkumpul, organizer ada buat sedikit
aktiviti regangan badan… aku tak ambil port sangat sebab duduk kat belakang…
secara tiba2 semua pelari dilepaskan serentak… larian dimulakan dengan dakian
bukit yang agak curam menuju jalan keluar dari TC…
Setelah turun dari bukit… larian
terus dibelokkan ke kanan menuju ke ayer putih… larian difasa ini melalui
kawasan berbukit tetapi tak terlalu tinggi… 4km yang pertama ni pace larian aku
adalah pada kadar purata 6.3… tapi dah masuk km ke 4 dah, tak nampak lagi water
stationnya… walaupun aku ada bawak air sendiri, tapi water station ni selalunya
penanda tempat untuk berhenti seketika dan juga dapat minum air kosong… minum
air isotonik bebanyak pun sebenarnya tak bagus juga… tak hilang dahaga… masuk
km ke 5 baru jumpa water station…
Fasa kedua larian pula dah masuk ke
kawasan yang agak rata… pace aku dah mula jatuh… pada masa ni pace aku adalah
lebih kurang pada 7.5… pada km ke 10 ada satu lagi water station… fasa terakhir
larian, kami sudah mula berpatah balik menuju ke TC… jalan ke TC ni sebenarnya
agak sempit, jadi terpaksa berhati2 sewaktu berlari… tak boleh berlari
seiringan, takut kena libas dengan kereta… sepanjang larian ada seorang budak
sekolah yang berlari dengan aku… tak tahu lah samada dia yang pacing aku atau
aku yang sebenarnya pacing dia hahahahaaaa… dalam 3 km yang terakhir ni, budak
sekolah tu dah dapat kejar aku balik dan sewaktu km yang terakhir dia dengan
tenaga orang mudanya terus meninggalkan aku… aku kantoi semasa bukit yang
terakhir sebelum sampai ke TC… terpaksa berjalan separuh dari bukit tersebut…
di puncak bukit, aku kembali berlari dan menamatkan larian dengan gagahnya
hahahaaaa… fasa yang terakhir ni aku berlari dengan pace 8.4… masa yang aku
catatkan adalah 1jam 37min…
Kawasan tamat larian Cuma ditandakan
dengan barisan kon sahaja… selepas larian terus diberi air kosong sebotol… aku
terpinga2 sebab takde medal yang diberikan… kata ada finisher medal… rupanya2
medal kena pergi collect kat khemah urusetia… lepas collect medal aku ronda2
area pantai TC sambil tunggu aktiviti cabutan bertuah… seperti biasa aku memang
tak pernah nak bertuah… sebelum balik aku belikan gelang manik yang ada nama
sekali untuk aku, betty dan miza… samapai dirumah makcik betty aku terus
bersihkan diri dan tido…
Sebelah petang betty ajak aku keluar
ke kuantan untuk carik hadiah semperna hari ibu untuk makciknya dan mak betty…
kami pergi shopping ke East Coast Mall… aku jalan2 kat kuantan ni takde la
mahir sangat tapi dengan berbantuan goolge map yang ada dalah h/phone aku ni…
sampai jugakla kami… miza lak ada aktiviti yang tersendiri… bila aku keluar
berlari… pakciknya bawa dia mandi2 kat Wet World Gambang… ni memang tempat
kesukaan miza kalau balik ke kuantan… lewat petang baru miza balik… sebelah
malamnya takde aktiviti sangat… semua melepak dan rehat dirumah sahaja…
Keesokkan harinya baru kami balik
semula ke kl… miza ponteng satu hari ke sekolah… balik bertolak ke kl lepas
makan t/hari sebab makcik betty bersungguh tahan kami suruh makan t/hari baru
balik… perjalanan balik ke kl waqktu t/hari memang mencabar sebab cuaca panas
dan mudah mengantuk… alhamdulillah kami selamat sampai ke rumah lewat petang…
Kesimpulan yang boleh aku buat
tentang Kuantan Run 2013 ni adalah… satu event yang kecil dan sempoi…
penganjuran yang yang ala kadar tapi cukup untuk memenuhi keperluan kumpulan
runner yang kecil… adios….
No comments:
Post a Comment