Sekarang ni musim mengundi kan…
komen sikitla pasal proses pilihanraya ni… sebenar aku pada mulanya tak nak
tulis entry ni… tapi aku fikir masing2 ada pendirian masing dan aku juga rasa
yang aku berhak untuk menyatakan
pendirian aku… aku adalah ahli UMNO, lebih tepat lagi Pemuda UMNO… oleh itu
seharusnya undi aku adalah untuk BN… walaupun rata2 ni sekarang BN bukanlah
pilihan yang popular, tetapi seperti mana yang telah aku nyatakan terdahulu…
ini adalah pendirian aku…
Apa yang menyokong pendirian aku ni…
aku memilih sebuah parti yang kukuh dan stabil yang dapat membawa malaysia ke
arah yang lebih baik mengikut acuan malaysia yang tersendiri dan unik… pasal
parti2 politik yang lain aku tak nak komen sebab walau apapun aku masih percaya
semua parti2 politik didalam malaysia ni masing2 mempunyai niat yang baik untuk
membawa melaysia ke arah yang lebih baik untuk semua…
POST PRU 13
Bahagian diatas aku tulis beberapa
hari sebelum PRU13… sekarang proses pengundian telah selesai dan keputusannya
pun telah kita ketahui… secara kasarnya BN masih lagi parti pemerintah di
peringkat kerajaan pusat dengan pegangan 133 kerusi… ini adalah majoriti mudah…
minimun untuk menubuhkan kerajaan adalah 112 kerusi… jumlah ini adalah lebih
sedikit jika dibandingkan dengan PRU12… aku takde semua fakta2 PRU ni… BN
berjaya merampas kembali kedah dan mengekalkan pemerintahan kerajaan negeri di
perak… kan perak sebelum ni agak kontravesi sikit sebab peralihan kuasa dari PR
ke BN selepas PRU12 kerana ada ADUN yang melompat parti… PR pula mengekalkan
kekuasaan di pulau pinang, kelantan dan selangor… untuk wangsa maju, tempat aku
mengundi… BN kalah kepada PKR… manakala di parlimen hulu selangor dan DUN
batang kali, kawasan ayah aku… kedua2 kerusi tersebut dikekalkan oleh BN… untuk
kawasan wilayah persekutuan pula BN berjaya merampas semula Titiwangsa daripada
PAS… itulah serba ringkas keputusan PRU13… nak keputusan penuh, sila rujuk SPR
yea…
Akan tetapi, secara keseluruhannya…
prestasi BN boleh dikatakan mengalami sedikit kejatuhan… BN banyak juga
kehilangan kerusi parlimen dan DUN kepada pihak PR… mungkin tidak sebegitu
memberangsangkan seperti yang diharapkan oleh DS Najib… BN hilang beberapa nama
besar dalam PRU kali ni… antaranya Ghani Osman di Gelang Patah dan Ali Rustam
di Bukit Katil… kedudukan BN yang sebelum ni nampak kukuh di selangor menjadi
semakin goyang… beberapa kubu kuat BN telah berjaya dirampas oleh PR
terutamanya parti DAP… bagi aku DAP adalah parti yang paling cemerlang dalam
PRU13… mereka menang di hampir kesemua tempat majoriti kaum cina… ini adalah
sebab mengapa ramai yang mengatakan PRU13 adalah stunami pengundi cina… bagi
aku hasil pengundian kali ni adalah pilihan rakyat malaysia… tetapi corak
kemenangan pihak PR boleh dikatakan datang dari undi majoriti kaum cina yang
nampaknya bersungguh2 nak menukar kerajaan kali ni… anyway the rakyat of
malaysia dah decided… dan bagi aku semua pihak perlu menghormati keputusan ini…
Seperti biasa… selepas tamat PRU…
masih ada isu2 lagi yang masih di canang2 oleh puak2 yang tidak berpuas hati…
antaranya cerita pasal pengundi hantu, tipu kertas undi, dakwat kekal yang tak
berapa nak kekal… macam2lah seribu satu kekurangannya… yang secara
keseluruhannya menggambarkan bahawa pilihanraya kali ni tidak telus dan
keputusannya boleh diragui… menurut pemerhatian aku la, aku rasa proses
pilihanraya yang dijalankan oleh pihak SPR ni kira dah cukup telus… kalau kita
teliti prosedurnya, semua proses pilihanraya mesti melibatkan wakil dari semua
calon yang bertanding yang memerhatikan dan memperakui setiap gerak langkah
dalam proses pilihanraya… dan selalunya yang kuat komplen ni adalah mereka2
yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pilihanraya termasuklah calon2
yang bertanding… tak pernah pula aku dengar wakil calon yang buat komplen kata
ada kertas undi tambahan la… pengundi hantu la… penyokong2 la yang selalunya
lebih kuah dari sudu… kat internet pun ada klip2 video menunjukkan ada pengundi
hantu ditangkap… tapi kebanyakkannya kes salah faham… rakyat malaysia
disangkakan bangla… kalau kita betul2 konfident yang datang mengundi tu bangla…
cekup jer, pastu heret ke balai polis dan buat laporan rasmi… baru polis kena
siasat… yang pentingnya kalau bangla tu ada IC… macam mana dia boleh dapat IC,
dalang yang bagi IC tu yang nak kena kejar dan tangkap… bagi aku kesalahan
besar tu keluarkan IC palsu… boleh menggugat keamanan negara tu…
Yang buat aku rasa sedikit tidak
berpuas hati adalah puak pembangkang yang tidak berjaya menawan putrajaya tidak
dapat menerima keputusan PRU13 kerana didakwa berlaku banyak kecurangan dan
penipuan dari pihak BN… cara mereka nak meluahkan rasa tidak puas hati adalah
dengan mengadakan demonstrasi dan bantahan jalanan… kenapa tak nak bawa perkara
ni ke mahkamah… korang ingat senang2 jer kerajaan nak bertukar tangan dengan
cara tu… macamlah negara ni takde undang2… tolong beri aku contoh negara yang
akhirnya aman damai dan dapat berkembang dengan baiknya apabila berlaku
perubahan kerajaan cara pintu belakang ni… takde beb…
Kalau ikutkan hati memang macam2
lagi nak tulis… tapi aku sebenarnya tak berapa selesa nak ulas tentang politik
ni… cukuplah sampai disini… aku Cuma harapkan kekalutan politik ni tak
mengheret malaysia ke arah yang lebih buruk… itu sahaja…
No comments:
Post a Comment