Salah satu fasa hitam dalam liku2
perjalanan hidup aku sebagai seorang insan biasa… bermula dari hari jumaat, 5
April 2013… sbelah siangnya berjalan seperti biasa… aku bekerja seperti rutin2
biasa… setelah balik dari kerja, aku plan untuk bawa betty dan miza keluar
makan… plan asalnya nak dinner di Jusco wangsa maju… tetapi separuh jalan on
the way ke Jusco wangsa maju… aku terima satu panggilan dari abah… berita
terkejut dan sdih dari abah yang memaklumkan arwah atuk aku sebelah mak baru
sahaja meninggal dunia lewat petang jumaat… dalam keadaan terkejut itu aku tak
boleh nak buat keputusan samada nak terus balik kampung ke malam ni atau besok
pagi2 baru balik kampung… plan nak dinner kat Jusco terpaksa dibatalkan, kami
berpatah balik ke sri gombak dan dinner di sri gombak sahaja… aku masih belum
buat keputusan samada nak balik kampung atau tidak malam ini… ketika ini abah
dah on the way balik ke kampung… abah kena balik malam itu jugak sebab mak ada
kat kampung sekarang… kebetulan waktu tu adalah giliran mak untuk jaga atuk di
kampung… setelah konsider kedudukan aku sekeluarga… aku ambil keputusan untuk
pulang ke kampung esok pagi sahaja… malam tu setelah makan malam, selepas
sembahyang isyak… aku ambil masa untuk membaca surah yasin dan sedekahkan untuk
arwah atok aku… lepas baca yasin aku terus masuk tido…
Keesokkan paginya lebih kurang jam
7.30pagi kami bergerak dari sri gombak… bersarapan dalam kereta sahaja lepas
beli makanan semasa mengisi minyak di stesen petronas MRR2… perjalanan sebelah
pagi adalah lancar, kami selamat tiba di kampung tanjung, kota, negeri sembilan
lebih kurang jam 9pagi… setelah bersalaman dengan mak aku, barulah aku dapat
gambaran jelas saat akhir pemergian arwah atuk… menurut mak, atuk tak
menunjukkan tanda2 sakit yang luar biasa… arwah atuk aku memang dah tua benar…
umur lebih dari 90 tahun… atuk tiba2 koma… dengan bantuan pak teh aku yang
duduk kat seremban… mak bawa atuk untuk rawatan kecemasan di hospital tampin…
tetapi malangnya ajal atuk sudah sampai… lebih kurang jam 7.30ptg, atuk
diistiharkan telah meninggal dunia kerana sakit tua… Al-Fatihah buat arwah
atuk, Hj. Musa B Mohd… ini bermakna semua atuk dan wan aku dikedua2 belah ibu
dan abah sudah kembali ke rahmahtullah… aku sedekahkan Al-fatihah buat mereka
semua, semoga roh2 mereka dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orangn2
yang beriman… juga didoakan agar roh2 mereka dijauhkan dari segala azab kubur
dan agar semua dosa2 mereka diampunkan… InsyaAllah, Amiinn… lepas ni dah kurang
la nak balik kampung… nampak gayanya rumah kampung tu pun takde sapa nak tunggu
lagi… itulah senarionya kampung di pendalaman sekarang… banyak rumah2 tinggal
setelah generasi tua meninggal dunia… anak2 kebanyakkannya sudah bermestautin dibandar2…
abah dulu pun ada plan nak buat rumah kat kampung… tapi memandangkan jiran2
banyak dah takde, yang tinggal Cuma rumah kosong sahaja… maka abah cancel hajat
nak bina rumah, last2 beli dan tinggal di bukit beruntung…
Sebelum arwah atuk dimandikan sempat
aku bacakan sekali lagi surah yasin untuk arwah atuk… jenazah atuk dimandikan,
dikapankan dan dikuburkan dengan bantuan orang2 kampung… jenazah atuk
dikebumikan sebelum solat zohor di tanah perkuburan islam kg ulu gadong… … … …
… … … … selepas selesai urusan perkebumian, aku betty dan miza keluar ke pekan
rembau untuk mencari tempat penginapan untuk malam ni… rumah kat kampung tu dah
mula dipenuhi oleh sedara mara yang balik… walaupun mak aku ada sebuah bilik
kat rumah tu tapi dah padat dengan adik beradik aku yang lain… aku ambil
keputusan untuk ambil sebuah bilik hotel… lebih selesa untuk berehat pada
sebelah malamnya… kami menyewa sebuah bilik hotel yang berada kat simpang nak
menuju ke highway utara selatan exit pedas dengan bayaran rm90 semalam… setelah
berehat dan mandi, kami balik semula ke kampung kerana ada majlis tahlil pada
sebelah malamnya…
al-fatihah buat arwah atuk |
Sementara menunggu majlis tahlil
yang akan dibuat setelah solat isyak… aku mula berasa kurang sihat… badan aku
mula terasa panas dan pernafasan aku macam agak sesak… aku sebenarnya dah
selsema yang agak teruk sudah hampir 2 minggu pada ketika ini… aku tak dapat
nak join persiapan untuk tahlil kerana berehat didalam bilik… aku mula rasa
kesukaran untuk bernafas… ini berkemungkinan kerana aku terdedah kepada habuk
yang melampau ketika membantu membersihkan bahagian atas rumah, sebagai
persiapan untuk majlis tahlil dan menerima tetamu yang datang menziarah…
setelah majlis tahlil tamat… aku sekeluarga terus pulang ke hotel dan berehat…
Sepanjang malam aku tak boleh nak
tido sangat… sebab rasa tak selesa dan rasa sesak untuk bernafas… walaupun
telah memakan panadol dan ais krim sebelum tido tidak dapat meredakan demam
aku… keadaan kesihatan aku semakin teeruk kerana aku mula batuk berkahak…
memandangkan situasi ini aku mengambil keputusan untuk terus pulang ke kl
keesokkan paginya… plan asal nak balik ke kampung dulu, tolong mana yang patut
baru balik ke kl…
Ahad pagi, kami sekelurga terus
pulang ke kl… berhenti makan di hentian seremban sebelum meneruskan perjalanan
ke kl… setibanya di rumah, aku mengambil keputusan untuk rehat seketika dan
pada sebelah petang aku pergi ke klinik… doktor mengatakan aku demam dengan
alahan yang menyebabkan aku sesak nafas… aku diberi MC untuk keesokkan harinya
(isnin)… pagi isnin aku ada rasa kebah sikit dan mengambil keputusan untuk
pergi berlari… tetapi aku hanya mampu untuk membuat satu pusingan di taman
tasik titiwangsa sbelum terpaksa berhenti kerana terasa sesak nafas… larian aku
tamatkan dan terus pulang ke rumah…
Pada sebelah petang membawa hingga
ke malam, kesihatan aku menjadi kembali teruk… aku masih demam, batuk, selsema
dan sesak nafas… oleh kerana tidak dapat tido sepanjang malam aku pergi semula
ke klinik untuk rawatan susulan pada keesokkan paginya (selasa)… setelah
membuat pemeriksaan lanjut, doktor klinik telah merujuk aku ke hospital kerana
kondisi aku menunjukkan siptom2 jangkitan influenzua… aku balik ke rumah
dahulu, inform kepada betty yang aku dirujuk ke hospital dan besar kemungkinan
akan di tahan di wad… betty agak bimbang, dia minta kalau boleh jangan sampai
ditahan di wad… kalau boleh berehat dirumah sahaja… tetapi kalau kes influenzua
bukan katakan kena tahan di wad mungkin kena kuarantin… aku pesan kepada betty
supaya jangan bimbang dan aku akan inform kepada dia keadaan semasa aku…
Aku telah memilih untuk mendapat
rawatan di Hospital Pakar Al-Islam kampung baru… ini adalah kerana aku dah
biasa dengan hospital ni… last time betty pun mendapat rawatan di sini…
setibanya aku di Alislam, aku terus berjumpa dengan doktor biasa… untuk
memastikan adakah benar aku telah dijangkiti dengan virus influenzua, doktor
terpaksa menahan aku diwad sebab ada beberapa uijan yang terpaksa dilakukan…
ini adalah juga sebagai langkah berjaga2 kerana jika positif jangkitan
influenzua, aku harus dikuarantin… sebagai persiapan untuk memasuki wad, tangan
kiri aku telah dimasukkan tiub supaya mudah untuk proses memberi ubat… terus
terang aku akui yang sebenarnya aku ni takut yang amat pada jarum suntikan… aku
boleh jadi pitam… oleh sebab itu aku amat2 takut pada proses menerima injection dan juga mengambil darah…
selepas dimasukkan tiub aku terus diberi ubat melalui tiub dan ubat sedut guna mask
muka… sampel darah dan mukus dalam hidung aku juga telah diambil untuk diuji…
Setelah itu aku ditempatkan di wad
tingkat 2… bilik share 4 orang… aku dapat katil tepi tingkat mengadap masjid
kampung baru… selepas itu aku maklumkan betty, ayah aku dan yang paling last
sekali boss aku… aku mula2 plan nak balik jap, amik baju… tetapi disebabkan
tangan aku dah masuk tiub, aku rasa lemah betul… lebih2 lagi setelah diberi
ubat, aku rasa betul2 lega dan barulah dapat bernafas dengan lancar… ayah aku
akan datang lewat petang nanti dan dia akan singgah kat rumah aku untuk jemput
betty sekali membawa bersama baju2 aku… bila dah masuk wad aku terus tido…
itulah tido yang paling nyenyak aku rasa dalam 3~4 hari ni…
adusss... sakitnya... |
bekalan dari miza.... |
It Will Be Extremely Painful.... For You... |
Setelah berjaya melelapkan mata
lebih kurang sejam lebih aku pun terjaga… kebetulan pada masa yang sama abah,
mak, betty dan miza pun sampai… membawa bersama baju2 aku, keperluan pengjagaan
diri dan bekalan makanan… lepas makan dan berborak… doktor ishak pun datang
melawat aku… alhamdulillah, doktor ishak membawa berita gembira kerana ujian
yang telah dilakukan aku negatif influenzua dan juga demam denggi… oleh kerana
pernafasan aku belum lancar, doktor suspek aku mungkin ada mengalami masalah
lelah… aku akan ditahan diwad buat sementara waktu untuk melengkapkan kitaran
ubat dan doktor juga telah menjadualkan untuk aku menjalani proses x-ray dan
ultrasound…
Ubat yang diberikan untuk aku selama
berada didalam wad adalah antibiotik, ubat lelah, ubat untuk menguatkan paru2, ubat
demam, ubat untuk melapangkan saluran pernafasan dan ubat kristal menthol untuk
membersihkan ruang nasal aku… tapi yang paling aku takut adalah ubat yang
disuntik melalui tiub ditangan aku… masa first time tak rasa sakit, tetiba jer
tangan rasa sejuk bila ubat tu meresap ke dalam pembuluh darah… untuk 2nd
time dah mula rasa sakit sebab menurut nurse katanya bila dah ada darah beku
akan jadi sakit sikit la… kalau sakit sangat nak kena ubah tempat cucuk tiub…
lagi aku taknak… terpaksalah aku tahan sikit… bukannya sakit sangat pun, mengada2
jer yang lebih… aku akan diberi ubat setiap 6 jam… kul 6ptg, 12 tgh mlm, 6
pagi, 12 tgh hari…
Lewat petang baru abah balik… hujan
dah mula turun… abah nak balik cepat sebab hujan2 ni jalan jem teruk… tinggal
aku sensorang kat wad… lepas dia orang balik aku keluar jap pergi farmasi
gurdian di kg. baru, beli shampoo badan dan beberapa peralatan lain… aku
semayang magrib dan isyak di masjid jamek kg baru (depan hospital jer)… lepas
semayang aku pergi alihkan kereta masuk ke dalam kawasan parking hospital… baru
rasa konfiden sikit… 12 tgh mlm nurse datang untuk beri ubat… lepas abis amik
ubat barulah aku tido… pengalaman pertama aku tido dalam wad… sejuk giler…
nasib baik betty bawak jacket tebal aku… aku tido agak nyenyak la sehingga
waktu subuh… subuh aku semayang kat sebelah katil jer… lepas semayang, nurse
datang untuk beri ubat lagi…
Hari kedua dalam wad… Lepas makan
ubat belah pagi… aku lepak jer atas katil sambil membaca buku sirah nabi
muhammad yang aku pinjam dari rak buku wad… pagi ni aku ada appointment x-ray…
dada dan kepala aku di x-ray untuk lihat kondisi paru2 dan ruangan nasal…
selepas sarapan pagi, doktor datang buat lawatan… x-ray paru2 aku dan ruang
nasal menunjukkan tiada masalah… belah petang nanti aku ada appointment untuk
buat ultrasound… pukul 12 tgh hari, makanan tgh hari dihidangkan… lepas makan
aku diberi ubat lagi… aku ingat boleh balik hari ni, tapi doktor tak kasi sebab
dia nak pastikan saluran pernafasan aku betul clear dan nak abiskan beri ubat
antibiotik…
Dalam jam 3 ptg member dari opis
datang melawat… kak linda, wak man dan babah… kak linda kata sekarang ni memang
musim orang masuk wad… selain aku katanya cahaya pun masuk wad dan ada seorang
trainer lagi nak kena gi jumpa doktor pakar… kak linda adalah AA aku yang
tolong uruskan GL aku untuk rawatan… Alhamdulillah, company aku ada cover untuk
rawatan cam ni… ini adalah faktor penting bila kita nak carik kerja… company tu
mesti ada medical benefit yang bagus… sedang beborak dengan dia orang, nurse
panggil aku untuk appointment ultrasound… aku tinggalkan dia orang kejap untuk
pergi buat ultrasound di klinik… result ultrasound OK… buah pinggang OK,
hempedu OK, hati OK, paru2 OK… alhamdulillah… lepas ultrasound aku kembali ke
katil… sambung borak dengan bebudak opis… lepas lebih kurang sejam kenkawan aku
pun balik…
Tak lama lepas tu, semasa kat luar
tengah hujan… abah dengan rini pun sampai… kali ni mak tak ikut sebab kena jaga
jaga budak asuhan kat rumah… betty dengan miza pun tak dapat nak datang sebab
hari ni miza ada lawatan ke zoo negara dan juga aquaria klcc yang dianjurkan
oleh pihak sekolahnya… lewat petang baru boleh balik… abah dan rini lepak
sampai pukul 6 lebih… sedang kami duduk berborak kat katil aku, datang sorang
doktor ni kata nak pasang satu mesin kat kaki aku untuk memastikan kaki aku
terus bergerak selama 2 jam… aku naik pelik kenapa lak tetiba nak pasang mesin
kat kaki aku… sejak bila lak kaki aku sakit… doktor lagi pelik sebab aku dah
boleh lipat kaki aku… rupanya2 salah katil daaa… dalam wad aku ni ada sorang
pesakit baru menjalani pembedahan lutut… buat jadi bahan ketawa aku, abah dan
rini jer petang2 ni… jam 6 ptg nurse pun datang untuk beri ubat… abah dan rini
pun balik…
Petang ni hujan lebat… wad aku yang
kongsi 4 orang dah mula penuh… katil depan aku eksiden moto kat klcc… sebelah
dia mamat yang operate lutut tu… sebelah aku lak seorang Dato’ yang sakit
tulang belakang… malam ni aku plan nak tido awal, sepanjang hari aku tak dapat
nak tido sebab melayan tetamu dan juga appointment klinik… lepas solat isyak
aku pun dah bersiap nak tido… dalam kul 12 tgh mlm nurse kejut aku dari tido
sebab nak bagi ubat… selepas selesai beri ubat aku sambung tido sampai
5.30pagi…
Hari yang ke-3… bangkit 5.30pg,
mandi, semayang subuh kat tepi katil dan lepas tu tunggu nurse datang bagi ubat
kul 6.00pagi… hari ni aku budget dah boleh balik… kondisi kesihatan aku,
alhamdulillah dah hampir pulih sepenuhnya… lepas sarapan, tunggu doktor datang
untuk buat pemeriksaan… doktor ishak datang dan beri aku green light untuk
balik… dia juga bekalkan ubat untuk dimakan kat rumah dengan mc hingga hujung
minggu ni (sehari jer)… dia juga tetapkan follow-up appointment minggu depan
untuk check progress aku… sementara tunggu urusan check out selesai aku tunggu
kat katil… semua barang2 aku dah kemas… tiub yang tertanam kat tangan aku pun
dah dikeluarkan… tak lama dalam 11.30pagi nurse datang beri dokumen hospital
dan ubat yang nak dibawa balik… pastu tu dia kata aku dah boleh balik dah…
Macam keluar dari penjara jer
rasanya… legaaaa… sebelum balik aku nak beli ole2 untuk dibawa balik untuk
betty dan miza… aku simpan barang2 dalam kereta dan berjalan kaki ke kedai nasi
kandar kudu yang terletak di jalan tungku abdul rahman… kedai ni famous giler…
memanjang jer ada orang beratur sebab nasi kandar dia memang sedap… pada
pendapat aku rasa nasi kandar dia memang original menyamai rasa nasi kandar
kegemaran aku nasi kandar line clear di pulau pinang… lepas beratur aku beli 3
bungkus nasi kandar dan berjalan kaki balik ke Alislam di kampung baru… aku
sengaja jalan kaki sebab nak bagi eksesais sikit sebab 2~3 hari ni asyik lepak
jer atas katil wad… lagipun kalau bawak kereta leceh sebab jalan jem dan payah
nak parking…
Post hospitalazation… keadaan
kesihatan aku dah semakin baik… malah sekarang aku rasa pernafasan lebih lapang
dan lega dari dahulu… sekarang aku amalkan bersihkan hidung aku dengan nasal
sanitizer, minum madu dengan air suam, makan habatul sauda dan hidu kristal
menthol seminggu sekali… seminggu lepas keluar dari wad aku ada pergi buat
latihan larian dengan ajat di putrajaya… aku dapat pecah rekod larian aku untuk
5km malam tu… okla tu… maka itulah pengalaman aku ditahan didalam wad…
alkisahnya…
No comments:
Post a Comment