Tempat
Mula/Tamat: Kawasan Parking, Padang Merbok, KL
Kategori: Men’s 12km
(BIB A1524)
Race kit: Dry Fit
Running Vest ASICS, BIB, Timing chip
Post-race:
Finishet ‘T’
Tarikh & masa
: 31 March 2013, 7.00 am
Event terakhir bulan 3 sebelum aku
berehat panjang dalam bulan 4… event ini menawarkan 3 kategori utama… 12km, 7km
dan 5km… aku seperti biasa masuk jarak 12k la… ajat dan una pun masuk gak event
ni Cuma dia orang masuk jarak 7k jer sebab nak lari togeder2 la katakan… route
padang merbok ~ bukit tungku ni dah kira agak familiar buat aku… dan banyak
jugak event yang aku masuk lari kat area ni…
REP kali ni ajat yang tolong amikkan kat opis The Marathon Shop… aku
tak dapat nak gi amik REP sebab aku kena bawak betty untuk follow-up checkup…
hari jumaat malam ajat datang tido kat rumah aku… esoknya pagi2 ajat dah keluar
sebab dia ada urusan dengan una… dia pergi ambil REP skali… sementara tu aku
bawak betty untuk follow-up checkup…
First time aku dapat running vest ASICS… kualitinya boleh tahan juga…
untuk pengetahuan korang…. Kasut jenama ASICS adalah antara kasut larian yang
termahal dipasaran yang mana setiap kasut dilengkapi dengan teknologi GEL… aku
rasa teknologi GEL ni lebih kurang teknologi DNA dalam kasut BROOKS yang mana
tapaknya akan menyesuaikan keadaannya ikut bentuk dan gaya larian seseorang….
Seperti biasa lepas tape jari kaki dan dan tanpal KT Tape… terus masuk
tido…. Keesokkan paginya kul 4.30pg aku dah bangun dan bersiap… setelah ajat
bersiap dan una pun sampai ke rumah aku…. Kami bergerak ke padang merbok dalam
pukul 5.30pg… disebabkan masih awal lagi kami dapat parking kat area banggunan
bank rakyat… dari sini kami berjalan kaki ke kawasan parking padang merbok… setibanya
di kawasan parking masih tak ramai runner yang dah sampai… aku ambil kesempatan
untuk pergi ketandas dahulu sebelum kena beratur panjang… lepas buang hajat,
kami carik tempat lapang sikit sebab nak buat stretching… kali ni aku buat
stretching ikut pertua yang telah diberikan oleh Mark William…. Tengah2 buat
stretching tu ajat bertembung dengan member dia, azri… kalau azri ada, besar
kemungkinan Abg Din pun mesti ada (Abg Din adalah celebrity runner untuk event
ni)… setelah abis buat stretching kami pun bergerak ke kawasan mula…
sebelum lari |
Aku akan dilepaskan dahulu sebab aku amik kategori 12k… ajat dan una
dijadualkan akan dilepaskan 10minit kemudian setelah aku dilepaskan… seperti
yang telah dijadualkan, tepat jam 7pagi, peserta 12k pun dilepaskan… aku
bermula dengan baik… route larian area bukit tungku bermula dengan pendakian
yang agak panjang… nasib baik bukit ni berada dalam awal larian jadi aku takde
masalah sangat untuk berlari disepanjang pendakian bukit ini…
Oleh kerana dah banyak juga masuk event larian kat area bukit tungku
ni…. Jadi aku agak familiar dengan routenya dan turun naik bukitnya… sepanjang
larian aku tak mengalami sebarang masalah… jumlah water station pun cukup dan
keadaannya pun terkawal… aku berjaya menamatkan larian sejauh 12km dengan masa
1jam 23minit…. Masa standard aku untuk jarak 12km di route bukit tungku ni…
lepas lari |
Lepas sahaja melintasi garisan penamat… terus diberikan sebotol air
mineral dan beratur untuk mengambil finisher ‘T’… Cuma kecewa sikit dengan
material finisher ‘T’ sebab guna kain cotton biasa sahaja… tapi apa2pun
valuenya masih tinggi…. Tertera dihadapannya finisher ‘T’ tersebut… “FINISHER
12KM”…
Lepas collect finisher ‘T’ aku terus gi beratur untuk amik sarapan
cereal… malas aku nak beratur amik air milo sebab line beratur panjang sangat… lepas
amik sarapan aku gi la amik jus epal… pastu carik tempak lepak sambil
bersarapan… ajat dengan una re-group balik dengan aku tak lama kemudian… ajat
dan una yang lari dalam ketegori 7km dah lama dah sampai sebelum aku… kami tak
tunggu lama lepas tu, kami ambil keputusan untuk terus balik…. Secara
keseluruhannya saya event yang baik dan lancar… tahniah kepada pihak penganjur…
Seperti biasa, sebelum sampai rumah singgah dulu bersarapan… tempat favorite
kami untuk bersarapan selepas event larian adalah di kedai PapaRich Sri Gombak…
dan menu wajib yang kena order adalah telur separuh masak 2biji satu!!!!!....
No comments:
Post a Comment