Tempat
Mula/Tamat: Kawasan Parking, Stadium Nasional Bukit Jalil
Kategori: Men’s
21km (BIB A11844)
Race kit: Dry Fit
Running Vest Brooks, BIB, Timing chip
Post-race:
Finisher Cup, Finishet ‘T’
Tarikh & masa
: 3 March 2013, 5.30 am
Up-grade… tahun lepas lari 10k jer…
tahun ni selepas kena racun dengan ajat, aku Up-grade ke 21km… antara faktor
utama kenapa aku boleh termakan racun adalah tahun ni dia orang bagi Finisher
‘T’ untuk sesiapa yang habis HM… tahun ni finisher medalnya pun agak unik
kerana tak macam finisher medal yang konvesional yang ada tali tu… tahun ni
finisher medalnya berbentuk cup/piala dan warnanya berbeza mengikut kategori
yang kita masuk… piala emas untuk HM, piala perak untuk 10k dan piala gangsa
untuk 5k… unik kan, lain dari yang lain… tahun lepas dia orang bagi running
vest yang nipis giler… teknologi baru katenye… tapi ajat kata best lari guna vest
yang nipis tu sebab cepat sejuk… yang join larian kali ni adalah geng2 biasa…
aku, ajat dan una… Cuma una kali ni dia up-grade untuk berlari 10k… tapi tahun
ni tak dapat lagi nak dapat berlari dalam stadium sebab mula dan tamat larian
adalah di luar stadium kat area parking… tapi takpela sebab dah dapat rasa lari
dalam stadium tahun lepas…
REP tahun ni aku yang ambil kat
butik brooks kat D’Curve… kebetulan hari jumaat tu aku cuti sebab bawa betty gi
follow-up check-up… lepas check-up dan tunggu miza balik dari sekolah… kami
terus pergi ke IKEA… sementara betty dengan miza tengah lunch, aku lari jap gi
amik REP… aku ambil 5 REP… untuk aku dan ajat HM, una 10k dan 2 orang member
ajat 5k… nampaknya tahun ni konsepnya OREN…
Disebabkan flag off untuk HM pada
5.30pagi… aku budget untuk sampai ke stadium bukit jalil dalam jam 4.30pagi,
sebab tu nak kena gerak dari rumah dalam jam 3.30pagi… disebabkan nak kena
gerak awal dari rumah… malam sabtu tu ajat dan una bermalam kat rumah aku jer… seperti
biasa aku dah siap2 tape kaki dan tape KT tape sebelum tido…
Bangkit dari tido dalam jam 3pagi…
lepas semua dah bersiap kami keluar dari rumah dalam jam 3.45pagi… perjalanan
lancar dari sri gombak hingga ke stadium nasional… disebabkan kami datang awal,
dapatlah kami parking kat dalam kawasan parking stadium… kalau tak kenalah
parking kat luar stadium macam tahun lepas… lepas parking kereta, kami bertiga
terus berlegar kat area parking kereta stadium ni sambil tengok gerai2 penaja
dan buat senaman memanaskan badan… pihak penaja juga ada mengadakan sesi
senamrobik… tapi masalahnya ia menggunakan video yang dipaparkan kat skrin
besar… dah lah senaman tu juga lagu Oppa Gannam Style, gerakkannya pula terlalu
laju untuk diikut… last2 orang buat dek jer, termasuklah aku… not a very good
move… selepas selesai sesi senamrobik, semua peserta HM diminta berada kat
kawasan pelepasan… maka terpaksa aku dan ajat berpisah seketika dengan una
sebab acara 10k bermula lewat sikit…
Sedang aku dan ajat berleka2 kat
area mula tu… tetiba jer terdengar bunyi tembakan pistol menandakan acara telah
dimulakan… apa lagi, terhegeh2 la aku dan ajat mula berlari… target aku kai ni
nak buat HM dibawah 3jam… memperbaharui rekod buruk aku semasa PNM’12… kalau
boleh memecahkan rekod larian HM aku semasa SCKLM’12… larian aku untuk HM kali
ini adalah lebih baik… aku tak bimbang sangat sebab larian kali ni sebelah
pagi… tak kritikal sangat macam larian malam… tetapi tak disangka2route larian
dibukit jalil ini benar2 mencabar… banyak betul turun naik bukitnya… aku boleh
katakan setaraf dengan route putrajaya… nasib baik lari belah pagi… kalau lari
belah malam mungkin kejadian semasa HM PNM’12 boleh berulang… satu lagi yang
mental pasal route kali ni banyak betul U-Turnnya… tensen aku…
Perjalanan larian berjalan lancar…
takde banyak sangat masalah… masalah cramp kaki pun takde… Cuma letih layan
bukit banyak sangat… water station pun cukup dan ok… aku berjaya kembali ke
stadium nasional dengan masa yang lebih baik dari PNM’12… masa yang aku
catatkan adalah 2jam 59minit… betul2 sub 3hour… ajat sampai seminit awal dari
aku… kami berjumpa balik semasa beratur nak ambil finisher ‘T’ dan ‘piala’…
lepas ambil goodies aku dan ajat terus carik kawasan nak lepak… aku carik
kawasan yang teduh sebab aku nak baring… pancit giler lepas layan bukit… tak
lama kemudian una pun join the group… buat masa ni aku rasa inilah route yang
paling mencabar… masa energizer night race, aku rasa routenya pun mencabar gak
tapi larian Cuma 15k sahaja… seksa tu tak lama sangat la… ni 21k… seksa tu….
Tapi macam manapun aku dapat jugak capai target aku walaupun tinggal seminit
jer lagi… berjaya juga aku kumpul satu lagi finisher ‘T’…
Lepas berehat kejap… tunggu jalan
yang ditutup dibuka semula… kami pun bergerak balik… sebelum bergerak ke kereta
kami singgah dulu makan tembikai free… secara keseluruhannya, satu event yang
telah dianjurkan dengan baik pada pendapat aku dan agak unik… Cuma selepas
event aku ada dengar berita ada runner yang tumbang dan meninggal dunia
disebabkan serangan sakit jantung semasa dalam larian… jangan ingat event
larian ni takde risiko… listen to your body and know your limit… HAPPY RUNNING…
No comments:
Post a Comment