Macam2 sebenarnya rasa nak
dicoretkan tapi rasa macam tak boleh nak focus… tapi baru2 nia aku dapat join satu
klinik larian yang dianjurkan oleh SCKLM’13 bertempat di taman metropolitan
kepong… klinik tersebut diajar oleh mark william… topic yang dibincangkan untuk
klinik kali ini adalah training plan… untuk semua jarak larian sebenarnya semua
ada training plan memasing… even larian 5k pun ada training plan… training plan
ni sebenarnya bertujuan untuk menyediakan diri kita fizikal dan mental untuk
event larian yang kita sertai itu… lagi jauh jarak larian kita, lagi lamalah
training plan itu… secara asasnya training plan ini akan menggabungkan perbagai
mode latihan antaranya interval training dan fartlek (lebih kurang la
bunyinya)… training2plan ni banyak kat internet… google jer… mark william pun
ada buat… dia ada upload kat web site SCKLM… kalau nak boleh download dari
sana…
Aku sebenarnya takde ikut mana2
training plan pun… ikut suka hati aku jer… tapi aku ada sistem aku sendiri la…
lebih kurang training plan jugak… tapi masalahnya aku susah nak ikut training
plan yang ada sebab aku Cuma boleh berlari seminggu sekali jer… mengikut mark
william, itu tidak mengcukupi… kalau ikut training plan tu aku kena berlari
sekurang2nya 3 kali seminggu… mana ada masanya bro… tetapi sebab memikirkan
bahawa rejim latihan aku sekarang tidak mencukupi, aku telah selitkan satu sesi
latihan dipertengahan minggu… tetapi aku buat indoor sahaja kat rumah…
Ilmu baru yang aku dapat sewaktu
menyertai klinik larian baru2 ni adalah beberapa teknik baru memanaskan badan…
antaranya, sebelum membuat aktiviti regangan badan pastikan kita dah buat
sedikit slow jog sambil menggerakan tangan untuk memastikan peredaran darah
lancar keseluruh badan… selepas selesai buat slow jog, boleh mulakan dengan
meregangkan otot yang paling besar dahulu, iaitu otot peha… lipat kaki sambil
tarik kaki ke belakang, dalam masa yang sama cuba tendang keluar kaki kerana ia
akan mewujudkan dynamik streaching… kendian lipat kaki kehadapan pula, tarik
lutut ke dada secara perlahan2… jangan lupa buat kedua2 aktiviti ni pada kedua2
belah kaki…
Seterusnya lompat setempat dalam
keadaan menjengket… ini bertujuan untuk menguatkan otot betis dan menguji betis
kita… jika dalam proses melompat ni kita rasa kesakitan pada betis kita, besar
kemungkinan terdapat sedikit koyakkan pada otot betis… jika kesakitan itu tidak
ketara, kawasan yang sakit tu boleh diurut dengan tangan… tetapi jika kesakitan
itu adalah ketara, bermakna koyakkan itu agak ketara dan kita tidak digalakkan
untuk berlari untuk sementara waktu dan beri masa untuk otot kita pulih dari
kecerderaan… kecederaan pada otot kepada pelari adalah perkara yang common
berlaku, kerana setiap kali kita melakukan aktiviti larian pasti akan ada otot
yang tercedera, Cuma serius atau tidak sahaja… sebab itu kita perlu beri masa
untuk recovery dan makan makanan berunsurkan protein untuk membantu proses
recovery dan penjanaan tisu otot…
Lagi yang aku belajar sewaktu
menyertai klinik larian tu adalah… membuat regangan kawasan pinggul… kerana
bahagian ini juga akan banyak bergerak sewaktu larian… julurkan tangan kanan
tegak kehadapan dan cuba tendang tapak tangan kanan dengan kaki kiri… selain
itu sambil berlari2 anak… cuba naikan kaki setinggi mungkin secara selang seli
dengan kaki kanan dan kiri… itulah aktiviti memanaskan badan yang diajar semasa
aku menyertai klinik tempoh hari… selepas selesai klinik tu kami perlu berlari
mengikut kategori… untuk HM peserta klinik diminta untuk berlari selama 70
minit… tapi disebabkan aku sebenarnya tidak bersedia untuk berlari pada hari
tersebut, aku hanya mampu buat 2 pusingan dalam 45minit… pastu aku terus
berhenti dan balik…
Antara ilmu lain yang yang aku kutip
semasa menghadiri klinik tersebut adalah jenis latihan larian yang sesuai… mark
william ada memberi pendapat dia tentang larian LSD yang mana dia berpendapat
kurang memberi impak selain dari membakar kalori dan menguatkan kekuatan minda…
latihan yang dicadangkan adalah latihan interval dan fartlek… latihan interval
melibatkan kita berlari untuk satu tempoh masa atau jarak yang tertentu
kemudian kita berhenti berehat seketika… larian kemudian disambung semula pada
jarak atau tempoh masa yang sama kemudian berhenti lari berehat… ulang kitaran
ini ikut kemampuan masing2… latihan fartlek pula melibatkan latihan berbeza2
pace…. Selang selikan pace larian laju dengan pace larian perlahan… mark
william juga mencadangkan apabila kita berlari perlulah berlari pada pace yang
laju kerana jika kita berlari pada pace yang perlahan kita berkecenderungan
untuk heel strike yang boleh memberikan impak besar kepada lutut… pada pace yang
laju larian lebih kepada midsole strike yang kurang impak…
Aku telah cuba untuk mempraktikan
corak latihan yang baru ini semasa sesi latihan aku bersama2 dengan ajat di
putrajaya baru2 ini… aku mencadangkan untuk tidak lagi berlari pada pace yang
perlahan untuk jarak yang jauh… sewaktu aku ke putrajaya untuk sesi latihan
tempoh hari, kebetulan hujan rintik2… aku mengajak ajat ke bulatan masjid
putrajaya untuk menilai situasi… jika masih hujan maka sesi latihan terpaksa
dibatalkan… bila kami sampai ke bulatan masjid, hujan sudah berhenti… kami
parking kereta di kawasan bulatan… kawasan ni memang menjadi tumpuan untuk
orang melepak… geng2 basikal pun ramai kat sini… setelah warming up kami
merancang untuk berlari lebih kurang 2km dari bulatan hingga ke perkarangan
istana kehakiman dengan pace yang laju… berehat lebih kurang 5minit di istana
kehakiman dan kemudian berlari semula ke bulatan, juga dengan pace yang laju…
untuk sesi ini kami hanya mampu untuk cover lebih kurang 8km sahaja iaitu 2
kali ulang alik dari bulatan ke istana kehakiman… untuk pengetahuan sesiapa
yang nak datang melepak kat area bulatan masjid ni… kawasan ini akan diminta
dikosongkan oleh pengawal dikawasan ini pada pukul 1pagi… maklumlah sebab
bulatan ini juga berhadapan dengan pejabat perdana menteri… tak elok lah kalau
ada orang masih melepak kat area ni sampai subuh…
Okla sampai sini dulu entry pasal
latihan larian ni… entry2 yang akan datang insyaallah aku akan sentuh pasal
MAKNA Founder run 2013 dan HOSPITALIZATION… jeng jeng jeng…
No comments:
Post a Comment