Mari kita berbincang tentang
penetapan Target atau Sasaran… target adalah merupakan set of pencapaian yang
telah ditetapkan supaya dapat mencapai objective yang ingin kita capai… dari
sini jelas menunjukkan bahawa bahawa konsep objektive adalah lebih besar dan lebih
umum dari target… manakala tema pula merangkumi set of objective… secara
hierakinya adalah…
Tema à Objektif à Target
Oleh itu sebelum
set of target ditetapkan kedudukan dan penerangan tema dan objektif mestilah
jelas… jika tidak, target yang ditetapkan tidak akan dapat membantu kita
mencapai objektif dan menyebabkan kita tersasar dari tema keseluruhan…
Berbalik kepada penetapan target… perbagai
rujukan boleh dibuat, tetapi perlulah berkaitan data2 yang ada pada kerja kita…
bagi aku kaedah evaluasi target yang terbaik dan selalu aku gunakan adalah
S.M.A.R.T…. SMART adalah singkatan kepada Specific. Measurable. Achievable.
Realistic. Time frame… BERMAKSUD, setiap target yang hendak di set perlulah
memenuhi Pra-Syarat SMART… mari kita pergi satu persatu pra-syarat SMART ni…
Specific…
Target itu
perlulah spesific, khusus… tidak boleh berbentuk genaral atau am… sebagai
contoh, target untuk berlari dengan laju… ianya terlalu general dan kurang
spesific…
specific |
Measurable…
Banyak berhubung
kait dengan specific… kerana selain target itu perlu specific ia juga perlu
boleh diukur… berbalik kepada target untuk berlari dengan laju… laju sahaja
tidak specific dan tidak boleh diukur… target yang lebih sesuai adalah berlari
dengan laju pada pace 7min/km…
measurable |
Achievable
Sememangnya
perlulah kita meletakkan target yang kita boleh capai… kita sememangnya tahu
kemampuan diri sendiri… jangan letak target diluar kemampuan kita sebab kalau
tak boleh capai, kita jugak yang susah… sebagai contoh kita meletakkan target
untuk berlari pada pace 1min/km… gile apa, usin bolt pun belum tentu dapat lari
laju tu…
achievable |
Realistic
Target yang
ditetapkan perlulah realistic iaitu masuk akal… sebagai contoh kita nak berlari
dari perlis hingga ke johor bahru dalam satu hari… kan tak masuk akal tu…
superman pun fikir 2~3 kali kalau nak buat camtu…
realistic |
Time frame
Target yang kita
tetapkan tu pun mesti lah dicapai dalam satu tempoh masa yang telah ditetapkan…
contohnya kalau satu2 projektu perlu disiapkan dalam masa sebulan… maka target
yang nak kita tetapkan mestilah boleh dicapai dalam masa sebulan… tak guna juga
kalau kita tetapkan satu2 target tetapi untuk mecapainya memerlukan masa sejuta
tahun… sebagai contoh kita nak beli kereta berharga rm50k pada penghujung tahun
ni tapi target yang ditetapkan adalah untuk menyimpan 1sen setiap hari…
agak2nya bila dah hujung tahun ni lepas cukup tak duit nak beli kereta…RM4 nak
buat bayar downpayment pun tak lepas…
time frame |
Semoga panduan
yang aku berikan ni boleh lah korang gunakan dalam menentukan menetapkan target
korang…
Adakah aku juga
menggunakn konsep SMART dalam menentukan target aku?... lebih kurang la… kalau
kita tengok balik kepada target untuk aku berlari… pada awalnya adalah hanya
untuk mengisi masa lapang pada waktu pagi disamping untuk meningkatkan
kesihatan diri… tetapi target ni kalau kita bandingkan dengan konsep SMART
adalah kurang specific dan tidak boleh diukur (measureable)…
Oleh itu aku
mengadjust target aku untuk menyertai sekurang2nya 1 event setiap bulan
(kecuali bulan puasa dan bulan raya)… menjadikan lebih kurang 9 event setahun…
ini menjadikan target aku boleh diukur… aku juga mensasarkan untuk berlari pada
pace yang laju sesuai dengan tahap stamina aku… aku menetapkan untuk menamatkan
larian HM aku dibawah 3jam oleh itu aku perlu pastikan pace larian aku tidak
melebihi 8min/km ataupun lebih kurang 7.7km/j… aku juga menetapkan target
bahawa bila aku dah aktif berlari… secara tidak langsung akan meningkatkan
kesihatan badan dan berada dalam form yang lebih baik… dengan itu aku
mensasarkan peningkatan berat badan dari kondisi underweight masuk kedalam
linkungan BMI yang sesuai dengan susuk tubuh aku… julat normal untuk susuk
tubuh aku bedasarkan BMI adalah dari 56kg ~ 76kg… baru2 ni aku ada timbang
berat badan aku dan berat terkini aku adalah 62kg… alhamdulillah berjaya juga
aku masuk dalam lingkungan BMI yang normal… takdela cikeding sangat…
Aku percaya
dengan berpandukan konsep SMART korang dapat buat target yang lebih baik dan
jelas… takde la melulu2… selamat beramal…. Hehehehee…
No comments:
Post a Comment