Dah lama rasanya aku tak tulis apa2 entry pasal masakan..
selain berlari kenkadang aku minat jugak untuk memasak.. tapi bukanlah masakan
yang susah2.. tapi yang mudah2 je la.. kali ni mari kita buat kek la plak..
Aku mulanya dapat resepi kek ni dari facebook.. aku Nampak
macam senang je tu yang aku nak cuba tu.. tapi antara requirement untuk resepi
ini adalah kena buat meringue.. haha.. apa plak benda allah meringue ni..
meringue ni sebenarnya putih telur .. aku ulangi sekali lagi putih telur sahaja
yang dipukul secara laju hingga gebu keputihan.. putih telur kan warnanya
seakan2 lutsinar.. bila kita pukul dengan laju.. dia akan kembang dan bertukar
jadi putih.. orang kata, meringue yang bagus adalah apabila siap dipukul dan diterbalikkan
bowl tu.. meringue tersebut tidak akan tumpah jatuh.. meringue ni sebenarnya
agak susah juga nak buat sebab ada pantang larangnya.. antaranya dalam putih
telur tu takleh ada langsung kuning telur.. bermakna korang nak kena berhati2
sewaktu nak asingkan putih dangan kuning telur tu.. juga dalam bekas untuk
pukul putih telur tu xleh ada air, kalau ada air putih telur x akan gebu.. kata
mak aku la.. pernah sekali tu aku nak buat meringue tapi tak tau la salah kat
mana.. rugi 6 biji putih telur aku sebab tak kembang.. yang kuning tu boleh
goreng.. makan dengan nasi..
Resepi asal aku agak leceh sikit sebab ada satu process yang
mana susu nak kena dipanaskan dan dicampur dengan cream cheese sehingga cream
cheese cair ke dalam susu.. process ni agak leceh sikit sebab nak kena buat
teknik double boil untuk mengelakkan susu hangit.. dan lagipun proses ni
memakan masa yang agak lama..
Kemudian aku terjumpa satu lagi resepi baru dalam internet
yang mana aku fikir lebih mudah langkah kerjanya berbanding resepi asal aku..
inilah resepinya..
Bahan2 yang diperlukan:
6 biji telur ayam gred A (diasingkan putih dan kuning..
BERHATI2!!!..)
Secubit garam
150g gula halus
120ml susu (Full Cream Milk)
225g cream cheese (suhu bilik)
56g butter (Suhu bilik gak)
1 sudu kecik fresh lemon juice
1 sudu kecik vanilla extract
60g tepung kek
2 sudu kecik tepung jagung
Langkah kerjanya (Work Instruction):
Mula2 sekali kita buat dia punya meringue .. masukkan 6 biji
putih telur tu dalam mixer.. pastu pukul dengan kelajuan tinggi sampai putih
telur menjadi sedikit gebu.. bermakna warna kejernihan putih telur sudah
bertukar menjadi keputihan… pastu masukkan gula dan garam sedikit demi sedikit
sambil putih telur tu dipukul dengan kelajuan tinggi.. pastikan telur terus
menerus dipukul pada kelajuan yang tinggi ya.. ini salah satu resepi kejayaan
nak buat meringue.. OK, bila meringue dah siap boleh simpan kat tepi..
Kendian, panaskan pulak susu tu.. tapi jangan sampai
mengelegak.. Cuma sampai berasap dah cukup dah.. kalau lama sangat nanti hangus
la plak..
Ambil mixing bowl yang lain.. masukkan cream cheese dan
butter dan pukul sehingga sebati.. sebab tu kena sediakan bahan ini dalam suhu
bilik.. senang sikit nak pukul.. pastikan takde ketulan2 cheese ataupun
butter.. xsedap nk makan nanti.. selepas dah sebati masukkan susu panas tadi
dan terus memukul.. bila dah sebati dan jadi agak creamy boleh lah masukkan
sebijik demi sebijik kuning telur tadi dan juga lemon jus dan vanilla extract..
pasni boleh masukkan plak tepung kek dengan tepung jagung.. dipukul perlahan2
sehingga sebati..
Langkah seterusnya adalah untuk mencampurkan meringue dengan
sebatian yang telah dicampur sebentar tadi.. tapi kali ni xleh nak guna mesin
tapi guna spatula je.. kedua2 sebatian ni nak kena FOLD kan secara perlahan2
sampai sebati.. bila dah sebati dh boleh start masak dah..
Masukkan kek ke dalam Loyang yang dah sapu dengan butter
ataupun shortening.. kek keju ni xleh terus dibakar ke dalam oven.. Loyang
berisi adunan kek nak kena masukkan ke dalam bekas lain berisi air panas
barulah dimasukkan ke dalam oven.. pre-heat oven pada suhu 160darjah celcius
kemudian bakar selama 60min.. selepas itu rendah kan suhu ke 150darjah celcius
dan bakar lagi selama 10min dengan menggunakan kepanasan dari arah atas supaya
permukaan kek jadi browning..
Bila kek dah masak boleh keluarkan kek untuk disejukkan.. sebagai
hiasan selalunya aku akan hias permukaan atas kek dengan bluberry spread dan
buah bluberry yang aku beli kat Tesco..
OK.. kek dah siap untuk dimakan.. selamat manjamu selera..
No comments:
Post a Comment