Jarak: 12km
Kategori: Men’s open
REP: Running T, BIB,
Post-race: Goodies Bag, Finisher
Medal,
Tarikh: 21 March 2015
Lokasi: Putrajaya
Event pertama untuk tahun 2015.. aku pun sudah memulakan
chapter baru dalam hidup aku.. semoga perkhawinan kali kedua aku ini akan
mendapat keberkatan dari ALLAH sehingga hujung nyawa.. AMIN..
Larian akku pada malam ini ditemani oleh ajat, rini dan
ANA.. ajat, rini dan miza akan berlari sekali Cuma dalam ketegori yang
berbeza.. aku dan ajat dalam kategori 12km dan rini dan miza 5km..
Pada tahun ni Men’s Health dah tak bergabung dengan Shape
yg mana larian2 sebelum ini diajurkan secara bersama2.. ini adalah kerana
kedua2 majalah ini telah berpisah production house.. kalau xsalah aku la..
Shape juga ada menganjurkan larian malam tidak lama selepas MHWH night run..
semasa event ini juga majalah baru Women’s Health juga dilancarkan.. perbezaan
yang lain dalam penganjuran kali ini adalah semua pelari akan menerima Finisher
Medal dan juga goodies bag..
Ini adalah kali pertama aku membawa ana ke event larian..
aku harap dia dapat merasai pengalaman event larian.. kami bertolak pada belah
petang dari bukit beruntung menuju ke putrajaya.. satu kereta aje.. setibanya
di putrajaya aku parking berhampiran dengan masjid besi.. kali ini kami Cuma
pergi satu kereta sahaja dari bukit beruntung kerana una yang sepatutnya masuk
acara 5km terpaksa menarik diri kerana ada kursus.. maka tempat dia diganti
oleh miza..
Selepas itu kami mencari kawasan untuk membuat persiapan..
kami memilih satu sudut berhampiran banggunan perbadanan putrajaya.. tanpa kami
sedari berdekatan dengan kami adalah penulis dan pelukis komik lawak kampus yg
juga sedang membuat persiapan untuk berlari.. tak sangka sungguh sebab sebelum
bertolak ke putrajaya miza baru sahaja membeli senaskah Lawak Kampus yang ada
cerita pasal larian marathon.. sebenarnya aku x perasan langsung.. ana yg
perasan tapi masa tu di x cakap apa2.. Cuma masa nk balik je baru dia bagitau...
kalau tau awal2 boleh mintak autograph..
Seperi biasa.. aku dan ajat dilepaskan dahulu untuk
kategori 12km dan kemudian barulah miza dan rini untuk kategori 5km.. larian
aku pada malam ini tidak ada banyak sangat masalah walaupun dah rehat selama
lebih 2 bulan.. Cuma aku sampai lewat sedikit berbanding dengan ajat..
setibanya aku di garisan penamat aku terus collect medal dan goodies bag dan
terus ke tempat berkumpul berhampiran dengan banggunan perbadanan putrajaya
dimana ana sedang menunggu..
Selepas habis sesi bergambar dan berehat2.. kami pun
bergerak balik terus ke bukit beruntung.. kali ni kami x singgah di PapaRich
tapi singgah di McDonald rawang on the way balik..
Selesai sudah event pertama aku 2015 dan event pertama yang
ditemani oleh ana.. OK lah.. pasni nak cite pasal apa plak yea.. tunggu..
Aku dan Ana |
Ana, Aku dan Miza |
Ni Caranya nk ikat tali kasut.. |
Ajat.. harini akak plan nk lari cam kena kejar dengan hantu kak limah.. |
Aku, Ajat, Miza dan Rini |
No comments:
Post a Comment