Sakit Gigi
Korang pernah tak mengalami masalah sakit gigi.. tahun lepas 2015..
aku mengalami masalah sakit gigi yang agak kronik.. gigi tu sebenarnya dh lama
sakit .. aku cuba elakkan dari makan kat gigi tu.. tapi ada sekali tu aku gi
kenduri kat pulau pinang.. tuan rumah buat kambing bakar.. bersemangatlah aku
nak makan.. sampai lupa pasal gigi aku yang sakit tu.. sekali aku tergigit kat
area gigi yang sakit tu.. dia punya sakit rasa macam nak menangis..
Lepas balik dari pulau pinang.. aku terus nekad pergi jumpa doctor
gigi.. aku dah nekad suruh doctor gigi
cabut gigi yang sakit tu.. sakit gigi bukan boleh buat main2..lepas cabut gigi
terus rasa lega.. aku gi buat rawatan kt klinik swasta je.. kenalah dalam lebih
kurang rm100.. disebabkan gigi yang kena cabut tu gigi geraham.. maka aku kena
tukar gigi yang aku guna untuk kunyah makanan..
Baru2 ni gigi aku buat hal lagi.. gigi yang aku guna buat kunyah tu
plak yang sakit.. mula2 sakit sikit jer.. tapi pada satu hari.. masa aku makan
nasi ayam kat sri Gombak.. camne aku tak perasan ada tulang ayam dalam nasi
tu.. sekali aku tergigit tulang ayam kat gigi yang sakit tu.. bunyi kuat,
sampai ana yang duduk kat sebelah aku pun boleh dengar.. bila aku rasa2 dengan
lidah aku aku boleh rasa gigi aku yang sakit tu dh retak.. Nampak gaya nak kena
jumpa doctor gigi lagi la..
Aku gi la jumpa doctor gigi.. doctor kata gigi tu memang nak kena
cabut.. tapi masa proses cabut tu.. gigi tu boleh patah, tertinggal akarnya kt
dalam gusi aku.. masa tu doctor cuba gak la nak keluarkan akar yang tertinggal
tu.. tapi tak boleh.. daktor kata nak kena buat surgery.. dalam bahasa
perubatan pergigian dia org panggil M.O.S.. Minor Oral Surgery.. disebabkan
gusi aku dah bengkak masa cabutan awal tu maka doctor tak boleh nak terus buat
MOS.. nak kena tunggu gusi yang bengkak tu susut dulu.. doctor cadangkan
keesokkan harinya untuk buat MOS.. tapi aku pulak dalam masa yang sama ada
meeting besar pada hujung minggunya di pulau pangkor.. kalau aku buat MOS
bermakna susahlah aku nak hadiri mesyuarat tu nanti.. maka aku terpaksa tunda
MOS tu seminggu selepas aku balik dari pulau pangkor..
Sebelum aku nak buat MOS doctor dah bagitau siap2 berapa kosnya..
kosnya adalah RM500.. perrgghh.. mahal giler.. kalau korang nak murah boleh lah
gi buat rawatan kat klinik pergigian kerajaan.. kosnya amat2 murah.. tapi nak
kena buat appointment la.. tu yang tak sanggup tunggu tu.. gigi dah la
berdenyut2 sakit..
Selepas balik dari pangkor aku pun set appointment utk MOS dengan
klinik gigi.. aku nak buat MOS hari jumaat, supaya aku boleh berehat recovery
pada hari sabtu dan ahad.. appointment aku pukul 9.00am.. aku nak buat awal2
supaya boleh berrehat awal.. cuak takyah cite la.. tapi aku buat2 control macho
jer.. bila aku sampai ke klinik dah ada sorang customer tunggu.. tapi customer tu
xlama.. dalam lebih kurang jam 9.30 aku pun dipanggil masuk ke dalam bilik doctor..
Sebelum pembedahan dimulakan.. doctor akan terlebih dahulu
menerangkan risiko2 yang mungkin akan muncul.. tapi aku percaya pada kebolehan doctor
dan aku redha je la.. seperti biasa doctor akan suntik bius.. lepas suntikan
bius tunggu jap dalam 10min untuk memastikan bius bertindak.. pastu doctor akan
mula operation.. basicly kita tak rasa apa2 pun masa proses pembedahan tu sebab
dah kena bius.. Cuma rasa sakit sikit je masa nak kena cucuk bius.. sepanjang
operasi aku tutup je mata.. takut aku nak tengok peralatan2 yang doctor tu
guna..
Operation makan masa sejam lebih.. aku tak berapa tahu apa yang doctor
buat tapi aku perasan dia ada buat sedikit belahan pada gusi dan gerudi pada
tulang rahang.. ini aku rasa untuk membebaskan akar gigi yang tertinggal tu..
selepas selesai operation doctor akan jahit semula tempat belahan.. doctor pun
tunjuk kat aku semua akar gigi dah Berjaya dikeluarkan.. Alhamdulillah selesai
juga..
Selepas itu doctor beri ubat tahan sakit dan antibiotic.. dia juga
nasihatkan aku untuk berehat .. untuk hari pertama selepas operation kita tak
digalakkan untuk berkumur2 dengan kuat .. Cuma sekadar untuk buang lebihan
darah dari operation.. kena makan makanan yang lembut dan sejuk.. jangan gatal2
lidah nak sentuh tempat operation dan benang yang digunakan untuk jahit belahan
bedahan.. pastu kena kumur2 air suam yang dicampurkan dengan sedikit garam..
seminggu lepas operation kena datang semula untuk doctor buka benang jahitan..
Alhamdulillah operation aku takde sebarang complikasi dan sekarang
pun dah pulih sepenuhnya... ingatan aku buat rakan2 pembaca sekalian.. jagalah
kesihatan gigi korang kalau tak nak kena macam aku.. K Bye..
No comments:
Post a Comment