Great
Eastern Color My Heart Run 2015
Jarak: 12km
Kategori: Men’s Open
REP: Running T, BIB
Post-race: Goodies Bag, Finisher
Medal,
Tarikh: 24 May 2015
Lokasi: Dataran Merdeka
Pada 2015 akhirnya aku Berjaya mendaftar untuk larian Great
Eastern.. Cuma pada tahun ini perbezaannya adalah pada lokasi larian.. pada
tahun2 lepas larian ni dianjurkan kat Banggunan Matrade di jalan Duta.. pada
tahun 2015 lokasi larian berubah ke Dataran Merdeka.. pada tahun 2015 juga
larian ini bertukar konsep dari larian berhalangan kepada Color run.. ini
adalah kali pertama aku untuk menyertai color run.. secara kasarnya larian ini
terbahagi kepada 2 kategori.. 12km dan Fun Run 5km.. route larian 12km akan
bermula dari dataran merdeka dan mengelilingi kawasan bukit tungku.. manakala
fun run adalah lebih kepada color run dimana para peserta akan disimbahkan
dengan serbuk warna sepanjang checkpoint larian..
Sudah lama rasanya aku taka da event yang bermula dari
dataran merdeka.. selalunya aku akan ke dataran merdeka untuk SCKLM sahaja..
untuk larian kali ini Cuma aku dan ana sahaja yang bergerak ke dataran
merdeka.. aku pinjam moto ajat.. pada masa ni ajat xde kat rumah sebab dia ada
urusan lain.. sufi dan miza pulak malas nak ikut sebab kena gerak awal pagi..
tinggallah sufi dengan miza kat rumah ajat.. bertemankan rini yang ikut
sekali..
Hehe.. bergeraklah aku dengan ana ke dataran merdeka naik
moto.. macam org bercinta aje.. aku memang jarang sekali dapat bermoto dengan
ana.. selalunya naik kete aje.. setibanya di dataran merdeka aku terus carik
tempat nak parking moto.. aku parking dekat dengan air terjun berbentuk pokok
periuk kera (sekarang dah xde dah.. dh kena robot dan digantikan dengan arca
yang lain plak).. aku minta ana tunggu aku kat area kolam air pancut sementara
aku bergerak ke tempat permulaan.. sejujurnya aku dh tak ingat detail pasal
larian tu (maklumlah dh lepas setahun baru gatal tangan nak tulis race
report).. tapi aku nak komen sikit pasal color run.. selepas menyertai acara
color run ni.. aku rasa aku tak minat untuk sertai color run lagi.. aku kira bernasib
baik sebab untuk route 12k takde org datang simbah serbuk color pada aku.. tapi
di km yang terakhir peserta 12k akan bergabung semula dengan peserta fun run
5k.. aku tengok habis satu badan dia org kena simbah dengan serbuk berwarna..
bayangkan tight dengan kasut brooks aku kotor dengan serbuk berwarna tu.. ini
boleh mendatangkan rasa marah.. camne nak bersihkan tu nanti.. mungkin jiwa aku
tak sesuai untuk sertai color run..
Setelah tamat larian aku dengan ana pergi menjengah booth
penaja.. aku belikan untuk ana sepasang tight larian brooks dan juga sepasang stokin
brooks (hehe.. seperti biasa).. lepas tu aku bawa ana pusing2 KL naik moto
pulak sebelum balik semula ke rumah ajat..
Kami berdua aje kali ni |
di kawasan air pancut, dataran merdeka |
belakang tu pokok periuk kera gergasi |
Starting Point |
Semasa aku menaip entry ni.. esok adalah tarikh buka pendaftran
SCKLM 2016.. disebabkan SCKLM 2015 terpaksa dibatalkan sebab jerebu maka para
peserta SCKLM 2015 diberi kelebihan untuk mendaftar awal dengan sedikit diskaun
untuk yuran pendaftaran.. insyallah, seperti biasa akan mendaftar untuk acara
HM sahaja.. so, esok standby depan laptop untuk daftar SCKLM 2016..
Ana pulak sekarang ni sedang menunggu hari untuk bersalin..
aku doakan semoga semuanya berjalan lancar untuk ibu dan baby insyallah..
AMIN..
No comments:
Post a Comment