Ahli Baru
Di saat penulisan entry kali ini DIA sudah berumur 12hari.. sudah
hampir 14 tahun aku tidak mengendong di tangan aku anugerah tuhan yang tidak
ternilai.. apa yang mampu aku ucapkan adalah ALHAMDULILLAH..
Saja aku nak kongsikan rentetan-rentetan kejadian kelahiran anak aku
MUHAMAD SUFI ALFATIH.. Ana sudah menjangkau masuk minggu ke 38 mengandung..
bermakna pada tempoh ini pada bila2 masa proses kelahiran boleh berlaku..
secara kebetulan tempoh kehamilan Ana sama dengan isteri ajat Una.. Pada satu
petang rabu aku menerima satu panggilan daripada Ana yang menyatakan dia sakit
perut dan berasa tidak selesa.. aku dengan segera terus balik ke rumah.. tapi
masa aku sampai ke rumah.. mak dan ayah aku dan sampai dulu.. maklumlah dia org
lebih dekat.. by the time aku sampai rumah.. kesakitan Ana sudah mula
berkurangan.. mak menasihatkan kami supaya tunggu dahulu.. kalau sakit tu
berpanjangan baru pergi ke hospital..
Keesokkan harinya aku mengambil cuti sebab kebetulan Ana pun ada
pemeriksaan berkala yang perlu dibuat di klinik ibu dan anak.. semasa di
klinik.. nurse kt klinik pun menasihatkan kami untuk terus pergi ke hospital
jika sakit berpanjangan.. sebelum ini aku dan Ana dan bersetuju kelahiran anak kami
akan dibuat di Hospital Sungai Buloh.. ini adalah disebabkan factor senang nak
sampai.. dari Bukit Beruntung.. naik highway terus boleh sampai ke Hospital
Sungai Buloh.. pada lewat petang hari yang sama .. Ana mengadu kat aku
kesakitan yang dia rasa semakin kerap dan kuat.. maka kami ambil keputusan
untuk pergi ke hospital selepas solat maghrib..
Kami terus ke Dewan Bersalin hospital sungai buloh yang terletak
bersebelahan dengan Unit Kecemasan Dan Trauma.. setelah membuat pendaftaran ..
Ana pun masuk kedalam wad bersalin untuk pemantauan sementara aku dan sufi
tunggu diluar.. lama juga la aku tunggu .. lebih kurang dari jam 8mlm hingga 12mlm..
sufi memang dah mengantuk giler.. aku sudah mula bercadang untuk menghantar
sufi balik ke rumah mak ayah aku dan datang semula untuk tengok keadaan Ana..
tapi dalam jam 12.30mlm ..Ana keluar dari wad pemantauan dan menyatakan dia
belum bersedia untuk bersalin dan doctor meminta untuk pulang dahulu.. jika
kesakitan menjadi semakin kuat dan berpanjangan barulah datang semula..
alkisahnya pada malam itu hampir jam 2pagi baru aku sampai ke rumah..
Seminggu lepas kejadian itu.. pada tanggal 30/03/2016.. dalam jam
3.30ptg.. aku sekali lagi menerima panggilan dari Ana yang menyatakan kesakitan
yg dia rasa semakin kuat dan dia merasa amat2 berasa tidak selesa.. kebetulan
pada hari yg sama pada jam 2.00ptg aku menerima kabar gembira daripada Ajat
yang Una telah selamat bersalin anak lelaki di Hospital Pusrawi KL..
ALHAMDULILLAH.. selepas menerima panggilan daripada Ana.. aku meminta dia
tunggu dalam 1/2jam.. jika sakit itu masih ada dan semakin kuat.. aku meminta
dia untuk terus pergi ke hospital.. kebetulan pada masa ini mak dan ayah mertua
ku ada dirumah bersama adik Ana.. aku meminta Ana kehospital dengan mereka..
Bila aku sampai ke hospital.. Ana sudah pun masuk ke dalam bilik
bersalin.. aku, mak dan ayah Ana, adik Ana tunggu diluar penuh dengan rasa
berdebar.. dalam jam 7mlm.. aku dipanggil oleh doctor untuk masuk kedalam wad
bersalin.. pada waktu ini Ana sudah hampir nak bersalin tapi ada beberapa
komplikasi.. pertama degupan jantung baby berdegup terlalu laju.. kedua suhu
badan Ana secara tiba2 meningkat mendadak.. melebihi 38darjah celcius.. menurut
doctor.. keadaan bayi dalam kandungan pasti lebih panas lagi.. maka dengan itu doctor
mencadangkan kelahiran disambut dengan cara pembedahan kerana terdapat risiko
kepada bayi jika menunggu lebih lama untuk kelahiran normal.. atas nasihat doctor..
aku dan Ana bersetuju untuk proses pembedahan.. dengan pantas Ana ditolak ke
bilik pembedahan.. dan dengan izin ALLAH.. pada jam 7.30mlm, tanggal 30 Mac
2016.. MUHAMAD SUFI ALFATIH pun dilahirkan..
Lebih kurang jam 8mlm aku dipanggil masuk untuk mengazan fatih.. agak
terketar2 jugak la.. maklumlah dah 14 tahun tak buat.. pada masa ini Ana masih
lagi dipantau selepas pembedahan.. pada jam 9.30 aku dimaklumkan yang Ana telah
dipindahkan ke wad ibu bersalin di tingkat 6.. disebabkan masa sudah lewat dan
melepasi tempoh melawat.. hanya aku sahaja yang dibenarkan untuk melawat Ana
dlam wad.. aku naik sekejap untuk mengjenguk Ana dan memberikan beg keperluan
Ana dan Fatih.. pada masa ini Fatih masih lagi di wad pemantauan.. selepas itu
aku pun bergerak balik..
Keesokkan harinya aku datang semula ke hospital.. tapi kali ini aku
bawa bersama sufi dan miza.. kali ini di hospital ada mak dan ayah Ana, adik
Ana.. mak dan ayah aku datang pada sesi melawat belah petang.. harini ini juga
aku mendapat berita yang Fatih mempunyai G6PD deficiency.. seperti abangnya
Sufi.. apa itu G6PD?.. kalau aku nak ulas kat sini panjang ceritanya.. nantilah
lain kali aku cite pasal G6PD.. oleh sbb Fatih ada G6PD dan kelahiran melalui
pembedahan dan juga demam kuning.. dia terpaksa ditahan untuk pemantauan di
hospital selama 5 hari.. bermakna selama 5 hari jugalah aku menghabiskan masa
di hospital.. pada hari ke-5 iaitu ahri Ahad.. Ana dan Fatih dibenarkan balik..
Demam kuning Fatih masih ada lagi.. tapi kali ini pemantauan dan pemeriksaan
dibuat di hospital kuala kubu.. baru semalam Fatih menjalani ujian darah yang
lebih menyeluruh sebab demam kuningnya masih ada walaupun selepas 14 hari..
untuk kanak2 yang ada G6PD ni demam kuningnya agak kritikal sikit dan kena
selalu pantau.. kalau tak pantau besar kemungkinan kena tukar darah..
Alhamdulillah ujian darah terkini Fatih menunjukkan demam kuningnya semakin
berkurangan dan keputusan ujian darahnya adalah OK.. sekarang Cuma perlu tunggu
ujian yang dibuat oleh hospital selayang yang memakan masa 2bulan utk siap..
aku berdoa supaya resultnya kelak semuanya OK..
Itulah kisah terkini aku sekeluarga sekarang.. dah berlima kami
sekarang.. tapi sememangnya keluarga kami unik.. kadang2 susah aku nak
terangkan situasinya..
Muhamad Sufi Alfatih.. umur 1 hari |
Muhamad Sufi Alfatih.. umur 10 hari |
No comments:
Post a Comment