Team
Malaysia FanRun 2015
Jarak: 10km
Kategori: Men’s Open
REP: Running T, BIB (F9523)
Post-race: Goodies Bag, Finisher
Medal,
Tarikh: 31 May 2015
Lokasi: Putrajaya
Acara ni hampir setiap tahun aku daftar.. tapi xpernah lari
pun.. saje je daftar sebab nakkan bajunya.. tapi kali ni aku decide untuk
berlari.. dan kali ni aku libatkan semua ahli keluarga aku.. aku daftarkan
untuk semua.. miza, sufi dan ana sekali.. walaupun ana xboleh berlari aku
daftarkan juga sebab sekurang2nya dia pun akan dapat baju juga.. aku daftarkan
miza dan sufi untuk 5km.. aku dan ajat pula akan berlari dalam acara 10km..
miza dan sufi akan berlari sambil ditemani oleh rini..
Ini
adalah acara sebelah pagi.. kali ni kami pergi dengan pakai baju yang
sedondon.. semua pakai baju FanRun.. untuk dijadikan cite.. baju miza yang aku
tempah agak kecik .. maklumlah miza memang berbadan agak besar.. so, aku
contact HoHaa untuk tukar baju.. HoHaa kata boleh tapi aku kena tukar kat opis
dia org kat Subang Jaya.. maka pergilah aku dengan ana dan sufi ke opis HoHaa
di subang jaya nak tukar saiz baju.. Alhamdulillah settle..
Kesimpulannya larian aku agak OK juga.. aku Berjaya
menamatkan larian dengan masa 1jam 9min.. antara masa terpantas aku untuk
larian 10k.. ajat sampai agak lewat sedikit.. 4min selepas aku sampai.. untuk
miza, sufi dan rini pun ok gak.. semuanya dapat menamatkan larian dengan baik
sekali.. dan ini merupakan acara larian pertama untuk sufi dan dia memang betul
teruja..
Selepas larian kami berkumpul semula.. Pak Teh aku yang
baru berjinak2 dalam sukan larian ni pun join acara ini juga.. dia pun ambil
10k.. Cuma dia sampai lewat 20min dari kami.. kami berkumpul beramai2 untuk
sesi bergambar.. ini adalah acara terakhir sebelum kami bercuti panjang untuk
bulan ramadhan dan hari raya.. makin meriahlah aktiviti larian dalam keluarga
aku ni sebab semua dah mula terlibat..
Ana dan Sufi sebelum larian |
Petak mula 10k |
Masing2 tayang medal |
1st medal FanRun |
Makin meriah.. Boria kami semua harini |
Ajat, Pak Teh, Antupancing |
No comments:
Post a Comment