Tuntutan Harta Sepencarian
Artikel kali ini aku tulis sebab .. setelah 2 tahun Betty pergi
meninggalkan aku.. baru aku terpanggil untuk check balik harta2 kami.. kenapa
aku tak buat lebih awal.. aku pun x tahu kenapa.. mungkin aku cuba untuk
meneruskan hidup tanpa terlalu banyak memikirkan tentang perkara2 lepas..
Hajatnya nak letgo salah satu daripada rumah aku untuk buat modal
beli rumah lain kat area aku menyewa sekarang.. taknak lah aku menyewa lama2
sangat.. nanti lama2 harga rumah kt area aku pun akan naik tinggi sangat..
So, aku carikla balik document2 rumah aku.. Alhamdulillah, semua
dokumen2 rumah aku masih tersimpan dengan baiknya.. bila aku check harga
pasaran semasa rumah yang aku nak jual tu memang ada untung la kalau aku boleh
jual.. bila aku baca balik dokumen pinjaman perumahan aku.. aku dapati ada
tertulis pasal insuran GMTA.. selidik punya selidik rupanya rumah yang aku beli
ni ada cover insuran yang dikeluarkan oleh SunLife.. aku pun telefonlah
SunLife.. menurut SunLife rumah yang aku beli tu memang cover insuran untuk aku
dan arwah.. SunLife siap sound aku kenapa sekarang baru nak claim.. SunLife
suruh aku pergi ke CIMB untuk urusan tuntutan.. untuk memudahkan urusan aku dah
siap2 download Death Claim Form dan Imdemty Form (Kalau x salah la) sebab aku
xde copy sijil insuran..
Aku amikla cuti sehari untuk buat urusan claim insuran ni.. aku pergi
ke CIMB setiawangsa sbb kat sini la aku buat perjanjian perumahan aku tu..
menurut pegawai bank kat CIMB setiawangsa tu.. claim ni boleh dibuat kat mana2
cawangan cimb.. pegawai tu bantu aku untuk isi form claim untuk kedua2 biji
rumah aku.. Alhamdulillah semua dokumen lengkap.. submission xde masalah.. pas submit claim aku call
SunLife untuk confirmkan yang dia org dh terima claim aku.. dia org kata OK dan
akan bayar selepas 2 minggu pemprosesan.. Alhamdulillah selesai satu perkara..
Beralih kembali kepada niat aku nak jual rumah.. aku iklan kan je kat
mudah.com.. sekejap aje berlambak ajen2 rumah contact aku bertanyakan rumah yg
nak aku jual tu.. Alhamdulillah, rumah yang nak aku jual tu kt kawasan yang
memang menjadi tumpuan ramai.. tetapi ada satu masalah besar timbul.. bila ejen
rumah tgk bahawa dlm SNP ade nama arwah.. maka aku kena ada Perintah Mahkamah
yang menyatakan aku ada hak untuk jual rumah itu dan semua waris telah
bersetuju.. kita ni org islam kenalah rujuk hukum Faraid.. maka waris kepada
arwah adalah aku, miza, mak mertuaku dan adik perempuan arwah (Seibu dan
sebapa).. ada seorang lagi adik arwah tapi berlainan bapa.. maka terkeluar dari
senarai waris..
Secara jujurnya kalau nak bahagi harta ini secara hokum Faraid memang
Nampak macam kurang adil sebab selama ni aku la yang bayar hutang kedua2 rumah
ni.. aku jugakla yang jaga.. maka aku rasa aku lebih berhak.. MAKA dalam
undang2 islam aku berhak tuntut Harta Sepencarian.. sebenarnya seorang peguam
syarie yang mencadangkan kepada aku untuk buat tuntutan harta sepencarian
sebelum Faraid..
Secara ringkasnya .. proses tuntutan harta sepencarian ini akan
melibatkan org yang menuntut akan mengeluarkan saman kepada semua waris yang
terlibat di mahkamah tinggi syariah.. saman ini bermaksud jika ada waris lain
yang ingin membuat tuntutan atas harta tersebut perlu hadir sewaktu perbicaraan
dan mengemukan bukti kepada hakim mengapa dia mempunyai hak terhadap harta
tersebut.. sebagai contoh, katakana sewaktu nak beli harta tersebut salah
seorang daripada waris bagi duit pendahuluan, maka secara tidak langsung dia
ada hak atas harta tersebut.. maka bolehlah sewaktu perbicaraan nanti waris
tersebut mengemukakan bukti kepada hakim.. keputusan tuntutan harta sepencarian
ini adalah bergantung kepada penilaian hakim atas bukti2 yang telah
dikemukakan..
TAPI.. kalau kita tak nak susah2 nak kena gi mahkamah untuk
perbicaraan.. cara lain adalah dengan cara perbincangan antara semua waris..
jika kita boleh dapat kata sepakat adalah lebih baik.. dalam kes aku.. aku
berniat untuk buat tuntutan sebanyak 2/3 dari harta tersebut sebagai tuntutan
harta sepencarian dan selebihnya 1/3 akan dibahagikan secara faraid dikalangan
semua waris.. aku sudah pun berbincang dengan bekas mak mertua aku serta bekas
adik ipar aku dan kedua2 mereka telah bersetuju.. walaupun sebenarnya aku rasa
aku berhak buat tuntutan 100% tetapi aku nak jaga hubungan baik dengan keluarga
arwah.. maka aku Cuma buat tuntutan 2/3.. dengan cara ini aku rasa mungkin aku
x perlu turun naik mahkamah untuk perbicaraan.. selepas ini peguam akan buat
surat perjanjian yang akan ditandatangani oleh semua waris dan kemukakan ke
mahkamah tinggi syariah untuk kelulusan..
Sebenarnya untuk kes aku ni.. baru sampai dapat persetujuan semua
waris.. sekarang aku kena kumpul semua document diri waris dan semua dokument2
harta dan submit ke peguam.. nanti2 aku cerita lagi apa perkembangannya OK..
No comments:
Post a Comment