SCKLM Dan BSNPNM 2015
Beginilah nasib runner.. org lain punya hal kami yang terkena..
Secara summarynya kedua2 acara ini terpaksa dibatalkan disaat2 akhir
kerana JEREBU.. yang berpunca dari kebakaran hutan melampau di Negara jiran
Indonesia.. aku tak nak ulas berpunca dari siapa tapi kami RUNNER yang
menanggung akibatnya
Aku mulakan dengan SCKLM dulu yea.. hari sabtu semua kecuali aku
bergerak ke kl dari rumah ajat.. aku hari tu kena kerja.. jaga booth kat
pameran Alami Proton dari pagi sampai kul 12tgh/hari.. Ajat, Una, Ana, Miza,
Sufi dan Rini semua dh grk dulu.. gi ambik baju dan check in hotel.. aku dalam
kul 3 baru sampai ke hotel..
Pas sampai hotel aku ajak dia orang semua gi tengok expo REP
collection kat dewan bawah dataran merdeka.. sebenarnya dia org dh pegi dah
tadi ambil baju.. aku ajak sekali lagi sebab aku pun nak tengok expo.. sebelum
tu kami pergi makan dulu.. seperti biasa kami makan kat restoran INSAF di jalan
TAR.. nasi beriyani kat sini antara yang terbaik la.. lepas makan barulah kami
bergerak ke expo.. masa bergerak ke expo aku tgk cuaca dh agak kelam.. jerebu
menjadi semakin teruk.. selepas pusing2 kat expo kamipun bergerak balik ke
hotel..
Semasa dihotel kami terima msg dari penganjur KL marathon.. oleh
kerana keadaan jerebu menjadi semakin teruk maka larian KL Marathon pada
keesokkan paginya terpaksa DIBATALKAN..KECIWA sunggoh kami semua.. pada sebelah
petangnya kami bermalas-malasan di dalam bilik hotel.. pada sebelah malam kami
pergi makan kat McDonald.. pas makan kami pergi lepak2 kat dataran merdeka
hingga lewat malam.. persiapan semua dah buat.. khemah dah siap.. tapi apakan
daya..
Lepas lepak2 kt dataran.. kami pun balik ke bilik hotel dan TIDO..
Keesokkan paginya kami dapat msg yang medal boleh mula diambil di
dataran merdeka.. walaupun larian dibatalkan.. semua runner entitlement masih
diberikan.. maklumlah, kan dah bayar.. mula2 kami plan nak buat short run pagi
tu dari dataran merdeka hingga ke lake garden.. tapi tetiba rasa malas la
plak.. suasana pagi tu kat dataran merdeka memang meriah.. ramai juga runner
yang hadir.. ade juga runner yang buat short run sebab route 10k dibuka oleh
pihak penganjur.. Cuma larian atas tanggungan risiko masing2.. keadaan jerebu
pun agak kuat juga pagi tu.. kami turun beramai2 untuk gi collect medal dan
bersiar2 di kawasan dataran merdeka.. pagi tu pihak penganjur juga ada
menyediakan sarapan untuk semua runner yang hadir.. tapi kami malas nak
beratur..
Kami balik ke bilik dan bersiap utk check-out.. lepas check-out kami
pergi sarapan dulu kt deretan kedai makan bersebelahan dengan MAIDIN jalan
masjid india.. masa ni kami lihat ramai dh pakai finisher T FM.. tapi kami
semua tahu tak membawa sebarang makna pun..Alhamdulillah aku dan ajat dh buat
FM pada 2014.. sekurang2nya finisher T kami ada makna.. We Came.. We Run.. We
Complete.. pas makan kami pun bergerak balik naik LRT
Kisah KECIWA No.2.. BSNPNM 2105.. selepas pembatalan acara SCKLM..
keadaan jerebu masih lagi menghantui .. kawasan Putrajaya tidak terlepas.. pada
tahun 2015.. SCKLM dan BSNPNM dijadualkan pada bulan yang sama.. Cuma
pembatalan BSNPNM lebih awal dari hari event.. walau bagaimanapun.. kami tetap
pergi juga sebab nak collect medal dan finisher T 21k.. aku plan nak buat light
run dengan anak2 aku..
Lewat petang aku, ana, miza, sufi dan rini bergerak dari bukit
beruntung ke putrajaya .. ajat dan una dh ada kat sana dh sbb dia org bergerak
dari rumah una di sepang.. aku sje je pakai running T BSNPNM 2011.. iaitu PNM
pertama yang aku sertai.. yang lain dh siap2 pakai running T BSNPNM2015 sbb REP
melalui pos..
Setibanya di Dataran Perbadanan Putrajaya kami regroup dengan ajat..
ajat x tunggu lama sebab dia ada plan yg lain.. ramai juga runner yang datang
untuk collect medal dan finisher T.. pada malam itu juga route 5k dibuka untuk pelari
.. tetapi larian atas risiko masing2 sbb keadaan masih lagi berjerebu
Disebabkan kami dh datang dari jauh dan dh siap pakai baju larian..
maka aku, rini, miza dan sufi buatlah short run.. x sampai 5k pun.. saje nak
buat lepas geram.. lepas berlari kami bergerak ke Ayer8.. tempat makan baru di
putrajaya.. kami mkn kebab je malam tu.. pas makan kami bergambar dan berjalan2
di sisiran tasik sampai penat.. pastu kami pun balik la
Itulah cite kami pasal SCKLM dan BSNPNM 2015.. penuh trajedi dan
kisah sedih suka duka.. Alhamdulillah SCKLM 2016 berjalan dengan baik dan lancer..
Cuma pada 2016 BSN dah tarik diri dari jadi title sponsor untuk PNM.. maka
tinggallah PNM2016 sahaja..
Lunch kt INSAF |
REPC |
Nampak tak jerebu kat belakang |
Geng Keciwa melepak di dataran merdeka |
PNMBSN.. Kami hadir |
PNMBSN.. Kami hadir |
Ayer8.. Putrajaya |
No comments:
Post a Comment