Persona Baru, Persona Aku dan Radiator dan Ignition Coil
Proton Persona Elegance yang aku beli pada tahun 2000 bagi
mengantikan kelisa ku sudahpun berumur 6 tahun.. persona aku ni kira 2nd
generation persona la.. dgn sedikit perubahan pada lampu belakang dan air
intake system yang telah diperbaiki.. kalau tak salah aku 1st
generation persona banyak masalah dengan air intake systemnya..
Sebab utama aku ambil persona ganti kelisa aku adalah space dan value
for money.. masa aku nak ambil persona ni kira tawakal juga la.. sbb kan kereta
proton terkenal dengan pelbagai masalahnya.. Alhamdulillah .. kereta persona
aku ni xde major problem.. Cuma ada beberapa insiden yang tak diingini berlaku..
Yang pertama.. dalam masa sebulan kereta aku ni keluar dan mengalami
kemalangan kecil.. bukan aku yang bawa tapi sepupu arwah isteri aku.. aku masa
tu pergi keje naik moto je.. sepupu arwah isteri menumpang kat rumah aku
sementara waktu nak cari rumah masa buat praktikal.. disebabkan aku balik
lewat.. dial ah yang bawa kereta gi jemput isteri aku balik keje.. tup.. tup
berlanggar dengan moto yang nak lintas jalan dekat kawasan perindustrian batu
cave.. petang2 kawasan tu memang sesak dan org2 yang bawak moto pun x ingat
dunia.. so, adela rosak sikit grill depan tu.. tapi x Nampak sangat sbb kena
pun x teruk..
Eksiden kali kedua agak teruk sikit.. tapi tak melibatkan sesiapa
sebab masa tu kereta aku parking kat tepi jalan depan rumah.. dalam pukul 4
pagi aku terjaga sebab terdengar bunyi yang kuat macam lori langgar bumper
jalan.. dalam keadaan mamai tu aku terfikir dari mana boleh datang bunyi tu
sebab depan rumah aku mana ada bumper jalan.. dengan serta merta aku terus
bangkit dan intai kereta aku dari tingkap bilik tidur.. Ya Allah.. rupanya ada
malaun mana tah dah langgar belakang kereta aku sebelah kiri.. habis bertabur
atas jalan lampu signal sebelah kiri aku.. aku terus keluar rumah dan check
kereta aku.. memang agak teruk la sebab body sebelah belakang kiri pun kemek
teruk.. orang yang langgar tu dah x kelihatan langsung.. aku suspect lori yang
langgar sebab point of impak agak tinggi.. kalau kereta mesti kena bumper bawah
sahaja.. setelah duduk termenung kejap sambil merenung kerosakkan kereta aku..
aku decide esok sahajalah aku settlekan hal ni.. dok termenung pagi2 buta kat
tepi jalan tu pun bukan boleh buat apa.. dipendekkan cerita terpaksalah aku
keluar duit utk repair kereta aku.. aku buat jugalah report polis tapi x mau
claim insuran.. aku repair kat kedai cina tua kat taman Bolton.. dlm masa 2
minggu cantik balik dah kereta aku.. aku ketuk dan simen balik panel yang
kemek, ganti lampu belakang dan bumper.. siap cat.. kos dalam rm2000.. yang
kelakarnya bila aku hantar kereta aku kat bengkel pakcik tua tu dia kata dia
boleh buat.. tapi kena bagi masa.. dia siap cakap kat aku “U jangan hari2 call
sama saya Tanya bila boleh siap aaa”
Tapi baru2 ni aku tengok balik kt tempat repair tu.. dh Nampak ada
sikit2 rekahan halus.. haii.. jatuhlah harga kete aku bila nak jual nanti
Maintenance yang terkini aku buat untuk kereta persona aku ni adalah
menggantikan radiator.. radiator ni amat2 penting untuk memastikan kereta kita
beroperasi dalam julat suhu yang optimum.. jika kereta kita beroperasi pada
suhu yang teramat tinggi amat2lah merbahaya.. suhu yang terlampau panas boleh
menyebabkan kerosakkan enjin terutama pada connecting rod pada omboh yang boleh
membengkok.. bila connecting rod dah bengkok.. omboh boleh mencalarkan lubang
silinder dan seterusnya enjin boleh jem.. paling dasat sekali kalau enjin dah
terlalu overheat .. kereta boleh terbakar.. tapi untuk pengetahuan korang,
bukan radiator sahaja yang bertugas untuk kawal suhu enjin.. tahap minyak enjin
@ minyak hitam juga menyumbang kepada kawalan suhu enjin..
Masalah ni bermula bila aku sedar setiap kali aku off enjin aku aku
masih boleh mendengar bunyi fan radiator aku masih berpusing.. pada mulanya aku
ingat ini perkara normal sebab persona aku memang dia punya radiator fan off
lambat sikit lepas off enjin.. dalam 2~3 saat camtu la.. tapi satu hari tu aku
terdengar radiator fan aku masih terus berpusing walaupun dah lepas 10 saat aku
matikan enjin.. sebab ni bukan perkara normal maka aku check la condition
radiator aku.. level air OK je.. tak kurang pun dalam radiator.. tapi masa aku
jenguk2 dalam enjin room aku ternampak cecair warna hijau menitik dari radiator
aku.. cecair hijau ni adalah air coolant dari radiator.. maknanya mesti ada
kebocoran dari kat radiator aku.. pada mulanya aku suspek kebocoran tu berpunca
dari drain plug kat radiator.. so aku tukarlah drain plug baru (beli kat kedai
spare part kete) .. lepas tukar drain plug dan isi air baru dalam radiator..
aku terperasan pulak ada pancutan kecil air dari radiator fin .. SAH.. radiator
aku dah bocor.. MAKNAnya, kena bawak gi bengkel la..
Bila aku bawa ke bengkel.. mekanik tu bagitau aku persona tahun 2000
memang ada masalah ni.. masalahnya berpunca dari radiator fan yang bergesel
dengan radiator.. lama kelamaan akan haus dan bocor.. bila dan bocor ada 2
option la.. pertama tampal kawasan yang bocor tu dan option kedua ganti je yang
baru..
Kalau tampal.. kosnya dalam RM100.. tapi kena tunggu la sebab
radiator kena hantar ke bengkel khas yang servis radiator.. tak tahu la berapa
lama nak kena tunggu pulak.. kalau x siap dalam sehari, kete kena tinggal kt
bengkel la plak.. abis tu nak balik camne.. kalau beli yang baru.. harganya
dalam RM250.. tapi kelebihannya boleh terus pasang.. setelah berfikir sejenak..
aku decide utk tukar yang baru aje sbb aku tak boleh nak tunggu lama2..
Mekanik pun bukalah aku punya radiator dan order radiator baru dari
kedai spare part.. bila radiator baru sampai.. salah hantar la plak.. kedai
spare part tersilap hantar yang manual punya.. untuk pengetahuan korang
terdapat sedikit perbezaan antara radiator kereta manual dengan kereta auto..
untuk kereta auto radiatornya ada inlet dan outlet untuk penyejukkan cecair
auto kat bahagian bawahnya.. lepas radiator baru sampai.. mekanik pun terus
pasang yang baru..
Waktu testing radiator baru.. mekanik jumpa pulak masalah baru..
thermostat pulak rosak.. mekanik tu cite kat aku, kereta proton ni memang macam
ni.. senang rosak thermostat.. kalau kita buka radiator atau keringkan air
radiator.. thermostat mudah rosak.. dia pun tak tahu kenapa.. bila dh rosak tu,
kenalah ganti yang baru.. berikut adalah kegunaan thermostat yang aku kutip
dari mekanikkereta.blogspot
Thermostat
adalah alat yang bergelung dan mempunyai gentian berwarna kuning ditengah
gegelung yang berbentuk seperti penutup radiator.Penggunaan thermostat adalah
sebagai penyekat air pada satu tahap maksima kepanasan supaya kipas radiator
sebagai alat pembuang haba automatik berfungsi dan seterusnya mengawal sistem sejuk
air dalam enjin kereta.
Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.
Thermostat juga boleh berfungsi sebagai penyekat sedikit kotoran dalam sistem air kereta seperti habuk halus dari coolant.Kotoran tersebut akan melekat disekeliling gegelung berbentuk spring pada thermostat dan lama kelamaan membentuk seperti sarang.
Lepas
ganti thermostat barulah OK.. mekanik tu jugak pasang spacer/shimm antara
radiator baru dan radiator fan untuk mengelakkan barlakunya lagi geseran.. lagi
mekanik pesan kat aku jangan bubuh coolant dulu dalam masa sebulan nih sbb
kalau radiator rosak dalam masa sebulan ni dan kedai spare part dapati ada
coolant dalam radiator maka dia tak akan bagi warranty.. lepas sebulan baru aku
tambah coolant sikit.. jangan bubuh coolant banyak sangat sbb coolant ni
walaupun membantu mengekalkan suhu rendah pada enjin .. ia juga bersifat
menghakis..
Selain tu
aku juga ada belajar cara nak cuci air dalam radiator tanpa flushing.. iaitu
dengan menggunakan sebotol air mineral dan tangkupkan pada lubang penutup
radiator.. biarkan enjin berjalan dan kita akan lihat kotoran akan mula masuk
ke dalam botol air mineral tersebut.. kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut
boleh tengok kat YouTube okeh.. proses cuci radiator ni aku buat 2 minggu
sekali.. dengan cara ini kita boleh pastikan air radiator kita cukup dan bersih
dan juga circulation system penyejukkan berjalan dengan baik.. jika kita dapati
ada air membuak2 keluar dari lubang penutup radiator.. bermakna system radiator
kita ada masalah.. kemungkinan besar thermostat rosak..
Oklah..
sampai sini saja tips untuk hari ni..
Radiator aku sebelum dibuka |
2 comments:
Terima kasih. Dulu jenuh nak figure out kenapa kipas dok pusing walau dah 5 minit mati enjin. Baru ni nampak air radiator membuak2. Esok aku jumpa pomen. Tq
Terbaik! Terima kasih bebanyak. Blog mcm ni meredakan hati org ramai.. (Ingatkan tukar radiator cost 1000)
=D
Post a Comment