Larian 2016
Oleh kerana aku teramat2 jarang untuk upload entry terkini ..
maka aku akan lumsumkan activity larian aku untuk sepanjang tahun 2016..
Secara kasarnya untuk tahun 2016.. aku join semua acara utama
larian pada tahun tersebut.. terutama SCKLM 2016 dan PNM BSN 2016.. akan
tetapi.. secara keseluruhannya prestasi larian aku untuk tahun 2016 adalah
tidak memberansangkan.. ini adalah mungkin disebabkan aku agak kurang membuat
latihan larian sepanjang 2016.. kalau ada pun jarak yang aku cover adalah amat2
sedikit.. ini secara tidak langsung memberi kesan besar kepada stamina aku..
Efek yang paling ketara aku rasa adalah semasa PNM BSN 2016..
jarak 21k yang selalunya aku boleh cover bawah 3jam aku buat lebih dari 3 jam..
bukan aku sahaja tetapi ajat juga.. boleh dikatakan.. 5km yang terakhir semasa
PNM2017 aku Cuma boleh berjalan sahaja.. ini merupakan satu petanda buruk
kejatuhan prestasi dan stamina aku.. aku perlu bangkit semula!!!
Oleh itu dalam tahun 2017 ini aku berazam untuk menaikkan
semula prestasi aku.. aku tahu yang sememangnya untuk kembali kepada prestasi
dahulu adalah hamper mustahil atas factor usia.. akan tetapi aku tak akan
membiarkan perkara ini berlanjutan
selanjutnya adalah berita bergambar..
cantik gambar ni.. terima kasih RUNNING MALAYSIA.. SCKLM 2016 |
SCKLM2016.. menghampiri garisan penamat |
sedondon.. di LRT Putra Gombak.. sehari sebelum SCKLM2016 |
tradisi.. mkn tgh hari di restoran INSAF jln TAR.. tahun ni Pak Teh ada sekali (cap merah) |
SCKLM2016.. starting pen |
SCKLM2016.. starting pen |
SCKLM2016.. Pak Teh, Ajat dan Antupancing.. 21k |
SCKLM2016.. memasuki highway AKLEH |
SCKLM2016.. half way |
SCKLM2016.. tamat sudah |
SCKLM2016.. suasana di dataran merdeka |
Orkid Run 2016.. awal pagi di KLCC |
Ana dan Fatih.. awal pagi.. perkarangan suria KLCC |
KLCC dari bawah |
Orkid Run 2016.. TAMAT |
HSN 21k 2016.. sebelum larian.. dataran merdeka |
HSN 21k 2016.. selepas larian |
PNM2016.. aku perlu bangkit dari sini |
PNM2016.. tahun ni fairus join 10k.. Antupancing dan Ajat 21k |
No comments:
Post a Comment