KKB Glow
Night Run 2017
Jarak: 10km
Kategori: Men’s Veteren
Tarikh: 25 Mac 2017
Lokasi: Kuala Kubu Bharu
Larian ini aku sertai sebab dah dekat sangat dengan rumah
aku.. tahun lepas pun aku join jugak.. larian ni memang unik sebab larian malam
dan akan melalui kawasan2 kampung di sekitar pekan KKB ni termasuklah kampong
orang asli..
Larian ini bermula dari
tengah2 pekan kuala kubu baru.. tahun lepas ianya bermula dari dalam stadium
KKB.. tetapi pada tahun ini tempat mula telah diubah ke kawasan jalanraya
bersebelahan dengan pejabat majlis daerah.. penganjuran acara ni secara tidak
langsungnya menggamatkan suasana pekan KKB yang sering sahaja kelihatan
tenang.. aku minat gak lepak kat KKB ni sebab suasana kat KKB ni selalunya
santai sahaja.. aku kira pekan KKB ni dahulunya amat2 penting sebab banyak juga
pejabat2 kerajaan dan kemudahan2 utama ada di pekan KKB ni.. antaranya adalah
Hospital, Pejabat Emegresen, Pejabat Pendidikan dan beberapa buah bank..
mungkin dahulu KKB ni antara pekan singgahan penting untuk mereka yang ingin ke
Pahang iaitu melalui jalan bukit frazer ke raub.. tetapi jalannya amat
berliku.. itu mungkin antara sebab kenapa pekan KKB ni sudah tidak popular
sekarang bila dah ada jalinan jalan yang lebih baik untuk ke Pahang seperti
lebuhraya karak dan lebuhraya pantai timur.. itu agakkan aku ajer.. aku kalau
nak renew passport aku.. aku gi kat KKB je.. tak ramai sangat orang..
Kembali kepada acara larian
KKB night glow run.. pada edisi 2017 ni.. aku ditemani oleh ajat sahaja.. pada
masa ni Ana pulang ke kampong bersama2 Fatih dan Sufi kerana cuti sekolah dan
Ana ada beberapa urusan berkenaan tanah arwah ayahnya di kampong.. mungkin aku
tak pernah beritahu sebelum ni yang ayah Ana telah meninggal dunia pada bulan
febuari lepas kerana sakit asthma dan jantung..
Kami tak tergesa2 sangat
sbab KKB dekat je dengan rumah aku.. aku parking di tepi jalan dekat dengan
Dewan Merdeka KKB.. pada mulanya, aku dengan ajat agak konfius juga dengan
tempat mula larian.. kami berjalan menuju kea rah stadium KKB tetapi macam xde
apa2 pun.. kami lihat banyak orang berjalan kea rah pejabat majlis.. maka kami
pun pergi ikut arah yang sama.. rupa2nya kat sini larian akan bermula..
Kami pun mula buat aktiviti
regangan.. di samping itu pihak penganjur juga ada membuat sedikit senamrobik
sebagai aktiviti pemanas badan.. tak lama selepas itu pelari mula berkumpul di
gerbang mula.. pada pandangan aku pelari 10k sikit sahaja.. majority adalah
pelari 5k.. mungkin ramai casual runner pada harini..oleh kerana ramai pelari
5k yang berkumpul di kawasan gerbang mula, maka keadaan menjadi agak kelam
kabut.. agak lama jugalah tunggu kat kawasan ni sbb nak tunggu VIP datang dan lepaskan
pelari..
Selepas pelari 10k
dilepaskan.. aku pun berlari dengan pace yang santai.. selepas kejadian buruk
menimpa ketika PNM’16.. aku bertekad untuk berlari dengan labih baik dan
teratur.. pace aku amat2 santai dan tidak tergesa2 untuk mengejar mereka yang
dihadapan.. dengan cara ini aku boleh mengekalkan paten larian dan juga stamina
aku sepanjang larian.. Nampak gayanya strategi aku ni Berjaya sebab akan dapat
kekalkan pace sepanjang 10k larian tanpa perlu berhenti.. pada km yang terakhir
aku dapati keadaan stamina aku masih baik dan tidak mengalami sebarang
kesakitan ataupun cramp.. aku terus memecut laju dengan meningkatkan pace
larian aku sambil memotong pelari2 yang lain, terutama pelari 5k yang pada masa
ini dh mula memenuhi route larian..
Apabila sampai di gerbang
penamat.. keadaan menjadi kembali kelam kabut kerana terlalu ramai pelari 5k
yang telah menamatkan larian berkumpul di sini.. sehinggakan aku terlepas
stesen untuk mengambil medal.. Alhamdulillah ajat ada (ajat dh sampai lebih
dahulu), untuk memberitahu aku supaya berpatah semula untuk mengambil finisher
medal.. aku kira pada masa akan datang, pihak penganjur perlulah lebih peka
dengan keadaan ini.. crowd control hancuss..
Aku dan ajat tak tunggu lama
lepas larian.. lepas buat warming down sikit, kami pun bergerak balik.. seperti
biasa, singgah kedai mamak Salam Sentosa dulu.. isi perut sebelum sampai
rumah.. untuk sesiapa yang berminat nak join larian ni.. aku peringatkan untuk
membawa headlight sekali sebab ada beberapa kawasan yang agak gelap.. bukan
apa, takut jalan ada lubang.. boleh terpeleot dibuatnya.. hehehee.. but anyway,
a very good run.. insyallah tahun depan join lagi..
Antupancing & Ajat.. sebelum larian |
Kami selepas larian.. masing2 bawak headlight |
Route KKB Glow Night Run |
No comments:
Post a Comment