KL 2017
International New Year Run
Jarak: 5km
Kategori: Family Fun Run
Tarikh: 1 Januari 2017
Lokasi: Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur
Acara
pembukaan untuk tahun 2017.. dalam usaha aku untuk melibatkan semua ahli
keluarga aku dalam aktiviti larian.. maka sekali lagi aku mendaftarkan semua
ahli keluarga aku, Ana, Miza, Sufi dan Fatih untuk acara ini.. satu aktiviti
kekeluargaan pada tanggal 1 Januari.. Happy New Year..
Untuk acara ini aku telah
menempah sebuah bilik di hotel swiss inn jalan TAR.. seperti biasa, pada hari
sabtu, 31 Desember 2016.. kami sekeluarga telah bertolak ke pusat bandar KL
dengan menaiki LRT dari stesen Gombak.. setelah sampai di KL.. kami check-in
dahulu di hotel.. semasa proses check-in.. penjaga kaunter ada bertanyakan
kepada aku “masuk larian ke esok”..
aku jawab iya.. lagi dia bertanyakan kepada aku.. “ada event apa pada tarikh 21 Mei 2017, saya terima banyak sangat
booking hotel untuk tarikh tu.. satu hari sampai 50 booking masuk sampai dh
penuh hotel”.. aku tersenyum didalam hati.. aikk, mamat ni macam tak biasa
lak plak.. sepatutnya org hotel swiss inn ni kena peka tarikh SCKLM sbb kalau
ikut jarak.. hotel nilah yang paling dekat dengan dataran merdeka.. aku dengan
selamba menjawab “larian standard
cartered.. macam taun ni..”.. untuk SCKLM’17 aku dah tempah 2 bilik besar
dan ajat juga dah tempah 2 bilik.. (semasa aku menaip entry ni.. sebenarnya
SCKLM’17 akan berlangsung lagi 2 minggu jer)..
Lepas check in kami bergerak
pula ke REP collection centre yang terletak di perpustakaan kanak2 KL (kt
belakang dataran merdeka je).. proses REP collection berjalan lancar.. lepas
REP collection, kami pergi makan la pulak.. tempatnya?.. seperti biasa,
restoran INSAF jalan TAR.. lepas makan kami jalan2 pulak kat belakang jalan
TAR.. harinikan hari sabtu.. ada pasar malam la.. kami tak beli apa2 sangat pun
kat pasar malam.. Cuma sedikit kudapan je.. lepas penat berjalan kami pulang ke
Hotel dan berehat..
Sebelah malam kami jangkakan
ada semacam sambutan ambang tahun baru di dataran merdeka.. sangkaan kami jauh
meleset.. tahun ni dataran merdeka tak ajurkan apa2 acara pun sambut tahun
baru.. yang ada Cuma persiapan untuk larian esok dan beberapa food truck.. kami
decide utk mencuba makanan food truck pada malam ni.. TETAPI, pilihan kami pada
malam ni tak berapa menjadi.. rasanya tak berapa kena dengan selera kami.. sedap
lagi sewaktu kami menjamah makanan food truck di Putrajaya.. bagi aku, ni la
masalah dengan food truck.. kadang kala penampilan jer Nampak menarik.. ala2
hipster.. tetapi, kualiti makanan boleh dipersoalkan.. tetapi ni pendapat aku
aje.. mungkin sebab aku ni agak memilih kot..
Selepas makan.. kami
bergerak ke padang dataran merdeka.. ramai gak orang.. mungkin ramai juga macam
kami, beranggapan ada sambutan ambang tahun baru gamaknya.. selepas lepak2 kami
pun bergerak balik ke hotel.. pada ketika ni mat2 motor dah ramai yang berkumpul
kt area dataran merdeka.. aku jangka malam ni pasti gamat dengan deruan enjin
mereka.. pada malam tu kami tido awal.. malas nak tunggu sampai detik 12
malam.. Cuma bila tgh malam.. aku terjaga dan mengjenguk di luar tingkat..
seperti yang telah aku jangkakan.. memang ramai mat2 motor dengan aksi
masing2.. tapi takde apa2 yang menarik.. aku terus sambung tido
Keesokkan paginya aku bangun
awal.. aku bersiap dahulu lepas tu baru aku gerakkan yang lain2 pula.. acara
5km akan bermula lewat sikit.. lepas kami bersiap.. kami pun turun ke dataran
merdeka.. pada masa ni dah ramai yang ada kat dataran merdeka.. kami sekeluarga
tak masuk pun ke dalam starting pen.. sbb acara 5km bukan ada timing cip pon..
kami tunggu je kat tepi jalan depan sikit dari gerbang mula.. bila acara dh
dimulakan, kami tunggu sampai dan ramai melintasi kami baru kami join the
crowd.. ramai juga family yang join.. masing2 dengan anak2 dan stroller
pelbagai jenis dan bentuk.. larian kami diselang selikan dengan berjalan dan
bergambar.. sedar tak sedar dah abispun jarak 5km.. melintasi gerbang penamat,
kami dikalungkan dengan finisher medal.. kami juga ambil kesempatan bergambar
dengan beberapa karekter star wars yang join larian.. sebelum balik ke hotel,
kami bergambar lagi.. kami pergi bersarapan dahulu di gerai makan bersebelahan
Maidin masjid india.. x banyak kedai yang buka pada masa ni sebab masih awal
lagi..
Di hotel selepas rehat dan
mandi.. kami pun check out bila menghampiri jam 12 tgh hari.. makan makan tgh
hari dulu di SOGO sebelum balik.. begitulah cerita flashback kami.. sekian,
harap maklum..
di dataran merdeka.. menuju REP collection centre |
makan2 di food truck |
persiapan untuk larian esok |
saya dapat mainan baru.. |
pagi tahun baru di dataran merdeka |
gigih berlari |
No comments:
Post a Comment