100KM ke Utara
Soalan kepada diri sendiri.. apa yang aku akan jumpa 100km ke
utara dari rumah aku sekarang.. kenapa tiba2 ada soalan2 sebegini.. puncanya
adalah KAWASAKI Z250SL.. haa.. inilah koleksi terbaru motosikal aku.. setelah
sekian lama berangan2 nak memiliki motor berkuasa besar.. akhirnya aku memilih
untuk membeli KAWASAKI Z250SL.. kenapa aku pilih motor ini, mungkin boleh aku
ceritakan pada entry yang lain
Kembali kepada persoalan asal.. 100km ke utara.. aku dari
dulu memang gemar menyusuri jalan2 lama kalau nak ke satu2 destinasi.. sewaktu
aku dengan PERODUA dahulu.. jika aku dihantar untuk pergi outstation.. pasti
aku akan gunakan jalan lama.. KENAPA.. sebab aku mudah mengantuk kalau bawa
kete sorang2 kt highway.. dahulu xde maps GPS seperti sekarang.. dulu kena
bergantung kepada peta manual.. rasa macam pengembara pulak walaupun hanya
pusing2 dalam Malaysia sahaja.. bagi
aku, keseronokkan guna jalan lama ni adalah dapat tengok pekan2 kecil dan
tengok gelagat penduduk setempat..
Setelah memiliki sebuah motosikal baru.. aku bercita2 nak
keluar riding.. tapi aku malu nak kuar riding ramai2.. lebih2 lagi memikirkan
motosikal aku hanya berkuasa 250cc sahaja.. malulah dengan rider2 superbike
yang lain.. tapi kalau aku keluar riding.. kemana arah nak aku tuju..
kebetulan, member aku Don, yang menunggang NAZA Blade telah membuat satu SOLO
Riding.. bermula dari rumahnya di Puchong.. dia menuju ke utara, melintasi highway
grik.. masuk ke Terengganu dan berpatah semula ke puchong melalui Pahang..
jarak perjalanan.. melebihi 1000km.. dasat.. SOLO pulak tu.. maka aku pun
bercita2 nak buat benda yang sama.. dari situlah datang idea 100KM ke Utara..
Setelah mentelaah Google Maps.. menyusuri jalan lama dari
bukit beruntung menuju ke utara.. aku dapati 100km akan membawa aku ke pekan
Bidor.. kenapa aku pilih jalan ni.. yang pertama, jalan ni merupakan jalan yang
aku lalu tiap2 hari ke tempat kerja.. untuk 1st riding trip ni, aku
memilih jalan yang aku biasa sebab aku xde pengalaman lagi untuk keluar riding
jauh2.. rasa selamat la sikit
Perkara pertama yang aku buat adalah menyampaikan hasrat aku
kt isteri aku.. pada mulanya aku agak keberatan sebenarnya sebab kalau aku
keluar riding bermakan dia kena duduk rumah aje.. sian pulak kat dia time2 cuti
duduk rumah aje.. dh la tiap2 hari duduk rumah jaga anak kalau aku keluar
bekerja.. tetapi perasaan nak keluar mengembara tu meluap2 sangat dan aku fikir
aktiviti riding ni takde la kerap sangat aku nak buat.. Alhamdulillah isteri
telah beri kelulusan.. tenang sikit hati
Perkara kedua adalah planning riding gear.. aku mengambil
keputusan untuk pakai full face helmet, bandana kepala, jacket Alpinestar,
seluar tacktical 5.11, kasut kanvas, beg galas Quechua 15L, riding glove dan beg sandang
kecil.. kt motor pulak aku pasang jaring kt seat belakang.. pada mulanya aku
pasang tempat pemegang hphone pada handle bar moto.. tapi sebab keadaannya x
berapa kukuh maka aku buka semula.. dalam beg galas aku bawa baju hujan dgn kit
untuk tampal tayar motor.. beg sandang kecil pula aku guna untuk letak hphone
yang disambungkan dengan earphone ke telinga kiri sahaja.. bahaya pulak rasanya
kalau guna earphone kedua2 belah telinga.. takut x dengar bunyi sekeliling..
keadaan motor insyallah semuanya OK
Trip ni aku buat pada hari ahad.. aku nak buat belah pagi
sebab belah ptg hujan lebat selalu turun.. perancangan awal aku nak gerak dari
rumah pada jam 8pagi.. tapi aku terlewat sebab persiapan aku pada pagi tu
memakan masa lebih dari yang aku jangkakan..
dh bersiap nak golek tayar |
ada gaya tak? |
Setelah mendapat restu isteri, aku pun mula golek tayar dari
rumah aku pada jam 9.30am.. anak aku sufi ada menyatakan hasratnya nak ikut
sekali.. tapi aku terpaksa menolak sebab aku xde pengalaman nak bonceng orang
lain untuk perjalanan jauh.. lagipun aku takut dia mengantuk pulak nanti..
Dari taman kesumba, bukit beruntung.. aku menuju ke kuala
kubu baru melalui jalan rasa.. aku maintain kelajuan 80km/jam (+-10km/jam)..
aku takde rasa nak tergesa2.. aku bawa motor dengan penuh santai sambal menikmati
keadaan sekeliling.. cuaca pagi ni baik.. matahari menyinar terang dengan hanya
sedikit awan di langit.. aku menurunkan dark visor aku pada helmet aku supaya
mata lebih selesa dan tidak silau.. sangat2 berbeza dengan perasaan riding di
sebelah pagi sewaktu menuju ke tempat kerja yang mana fikiran mula berputar
memikirkan kerja2 yang menanti di kilang.. pada saat ini fikiran aku tenang dan
kosong .. mata aku melilau melihat keindahan kehijauan bukit2 dan gunung ganang
yang menghiasi panorama disekitar jalan rasa menuju ke kuala kubu baru..
mungkin kerana terlalu santai sehingga aku tidak sedar yang aku sudah
menunggang ke tengah jalan sehingga menyukarkan kereta nak melintasi aku.. ada
sebuah kereta Honda putih yang mungkin agak bengang dgn aku telah memotong aku
dengan agak aggresif dan terus memecut laju.. selepas tu aku lebih berhati2 dan
selalu menjeling cermin pandang belakang memerhatikan kenderaan di belakang..
Cadangan asalnya nak bersarapan di kuala kubu baru.. tapi
disebabkan aku bertolak lambat maka aku bersarapan secara santai sahaja di
KKB.. aku berhenti berhampiran 7-eleven KKB.. beli roti dan air kotak dan
bersarapan didepan 7-E sahaja.. jarak yang aku dah cover.. lebih kurang 20KM..
bersarapan sambil memerhatikan sekeliling.. aku ternampak sekumpulan rider2
motor besar easy rider bergerak perlahan.. mungkin mahu ke Fraser Hill
agaknya.. selesai bersarapan, aku teruskan perjalanan.. destinasi seterusnya
adalah tanjung malim yang jauhnya 20km..
Pekan Kuala Kubu Baru |
Sampai ke tg malim aku masuk ke dalam kawasan pekan.. aku
berhenti di kawasan paking motor bersebelahan dengan KFC.. saja nak cari tempat
teduh sbb cuaca mula panas terik.. aku lepas sekejap kat sini.. ingat nak
pekena cendol, tapi gerai cendol yang bersebelahan kawasan parking ni tutup la
plak.. tak jauh dari sini aku Nampak The Sarang Hub.. restoran hispsters milik
Mamat Khalid, pengarah tersohor tu.. aku tak pernah la plak makan kat restoran
Sarang Hub ni.. tapi Ana dah banyak kali sebut pasal tempat ni.. insyallah satu
hari nanti aku bawa dia makan kt situ.. dari sini aku bergerak pula ke slim
river..
Pekan Tg Malim.. Cuaca makin panas.. |
Jarak slim river dari tanjung malim lebih kurang 20km jugak
la.. semasa masuk ke pekan slim river aku ternampak sebuah taman tasik.. tapi
sebab dh terlepas, malas aku nk patah balik.. ok gak kalau dapat singgah kt
taman tasik.. aku berhenti tak jauh dari balai polis slim river.. aku tak lama
di slim river.. perjalanan aku teruskan ke destinasi yang seterusnya
Singgah sebentar.. Slim River.. Balai polis dibahagian belakang |
Sungkai adalah destinasi seterusnya.. jarak perjalanan adalah
20km.. sebelum bergerak ke sungkai aku peratikan minyak aku tinggal 2 bar
sahaja.. elok rasanya kt sungkai nanti aku isi minyak semula.. menghampiri
pekan sungkai selepas exit tol sungkai.. ada satu restoran yang amat2 terkenal
di kalangan para2 rider.. Restoran Nasi Bamboo rasanya.. masa aku lintas
restoran ni.. aku perhatikan memang padat la restoran ni.. bersusun motor2 kt
depan restoran ni.. sepengetahuan aku memang ramai rider2 dari lembah klang
suka ride hujung minggu ke restoran ni.. depan sikit dari restoran ni ada stesen
minyak petronas.. aku pun singgahla isi minyak, rm5 sahaja.. keluar dari
petronas terus belok kiri masuk ke pekan sungkai.. kt roundabout depan balai
polis sungkai ada roadblock polis la plak.. aku x kena tahan sebab masa tu
polis baru nak setup .. aku berhenti kt pekan sungkai.. beli air dan lepak
sekejap.. masa ni aku tengok ramai la penunggang2 motor yang tak pakai helmet
berpatah balik sbb roadblock tadi.. lepas minum aku teruskan perjalanan ke
destinasi terakhir.. Bidor.. lalu semula kt roadblock tadi dan sekali lagi aku
x ditahan.. mungkin dia org tgk rider yang berpakaian lengkap macam aku xkan
xde lessen kot.. hehehee..
Pekan Sungkai.. berhenti minum dan usha roadblock |
Menjelang tgh hari aku pun sampai ke pekan bidor.. maka
lengkaplah perjalanan aku sejauh 100km ke utara.. di pekan bidor sebenarnya aku
berhajat nak makan kt kedai nasi kandar Noordin yang terletak di dalam pekan
bidor.. tapi apalah malang nasib aku harini.. rupanya kedai nasi kandar Noordin
ni tutup hari Ahad.. maka aku pusing2 la pekan bidor carik port yang lain.. aku
singgah minum kt kedai ala2 hipster kt dlm pekan bidor.. minum air manga je..
xlalu nak makan sbb xde yg menarik dan panas sangat.. lepas makan aku singgah
kedai buah.. kalau datang bidor mestilah beli buah jambu sebagai ole2.. aku
beli jambu batu dan jambu air madu.. letak dalam beg galas dan ikat kat seat
belakang motor..
Minum air manga di pecan bidor |
gerai buah pekan bidor |
pekan bidor |
Perjalanan balik aku ikut highway je.. aku singgah jap kat
hentian ladang bikam hilangkan penat.. bawa motor atas highway ada cabarannya
yang lain pulak.. semua kenderaan bergerak laju dan kita pun kena laju juga
ikut rentak kenderaan lain.. bagi aku agak memenatkan sebab kena maintain high
speed untuk tempoh masa yang panjang.. atas highway aku ni kira macam ikan
kecil je.. berdesup kenderaan lain laju memintas aku.. baik kereta ataupun
motor.. aku jeling kembali aras minyak motor aku.. dh turun semula ke 2 bar..
aku ambil keputusan untuk exit highway dan cari stesen minyak..
Di hentian ladang bikam.. sudah mula kepenatan |
Aku exit kt tol behrang dan isi minyak di stesen shell
sebelum masuk ke pekan tg malim.. secara keseluruhannya aku isi rm10 (rm5 di petronas
sungkai dan rm5 di shell tg malim).. kira OK la tu untuk perjalanan 200KM
(pergi dan balik).. aku singgah makan di restoran saudagaq sup tg malim.. makan
nasi ayam (my fevered) sebelum terus balik ke bukit beruntung.. aku sampai
semula di rumah kira2 jam 3pm.. agak lewat sbb tunggu lama di kedai saudagaq
sup kerana ramai orang..
Itulah kisah ride solo pertama aku.. 100KM ke Utara.. so,
what’s next.. 100KM ke Selatan?
No comments:
Post a Comment