Dah lama kan tak cite pasal kisah memancing.. walaupun
aktiviti larian dah menjadi aktiviti utama aku buat masa ni.. tapi dari masa ke
semasa aku masih lagi berminat nak pergi memancing.. peralatan memancing aku
pun masih lagi dalam keadaan yang baik .. kalau aku ada kesempatan memang aku
belek2 balik peralatan2 memancing aku.. buat masa ni aku pairingkan rod
Browning aku dengan kili Daiwa aku yang dah lama x guna.. kili Abu Garcia aku
simpan dulu.. kang kalau lama tak pakai takut rosak pulak.. untuk kili daiwa tu
aku pakai tali halus 18pound.. saje je nak rasa trill lawan ikan pakai tali
kecik.. buat masa ni tak mengecewakan lagi la.. aku pun baru beli tool box
baru.. besar sikit dari tool box yang lama.. kalau dulu kalau aku pegi
mancing.. mesti bawa 1 beg galas, 1 tool box dan fishing rod la.. sekarang ni
aku Cuma bawa 1 tool box dengan fishing rod je.. dalam tool box baru ni semua
muat..
Lokasi
memancing pulak..buat masa ni aku suka pegi kolam mancing dekat ampang pecah..
kolam ni ada 2 kolam.. satu kolam air tawar dan satu lagi kolam air masin.. 2-2
kolam aku dah try dah .. ok jer..
Baru2 ni ada
la kesempatan aku untuk pergi memancing setelah sekian lama menggantung joran..
satu petang masa aku bercuti dan kat rumah ada Ana dan Fatih sahaja.. aku saja
melontarkan idea untuk pergi memancing dan Ana setuju.. sebelum ni pun aku
pernah bawa Ana pergi memancing di kolam ampang pecah ni dan juga kolam
heritage di hulu yam.. dalam jam 4 ptg aku, Ana dan Fatih bergerak dari rumah
menuju ke ampang pecah.. masa perjalanan dari rumah aku ke kolam ampang pecah
Cuma mengambil masa 15min ikut pekan Rasa.. dalam jam 4.30ptg kami sudah pun
mula memancing..
Kali ni aku
Cuma pakai umpan potongan ikan sardine yang aku beli kt kedai acheh masa on the
way nak datang kolam.. malas nak casting sbb memikirkan ada Ana dan Fatih
sekali.. kalau aku casting udang, aku xde masa nak berborak dan melayan karenah
Fatih.. dalam 1/2jam selepas melabuhkan umpan.. aku mendapat sentapan pertama
dan Berjaya menaikkan seekor siakap bersaiz sedang..
Labuhan umpan
sardine potong yang seterusnya juga disambar ikan dalam masa 30min selepas
itu.. maknanya pada hari itu umpan sardine memang amat2 berkesan sekali.. ikan
yang kedua juga bersaiz sedang.. ikan yang ketiga aku dapat daratkan dengan
umpan sardine potong juga bersaiz sedang.. semuanya dalam selang masa 30min..
disebelah kanan aku ada brader juga memancing menggunakan umpan ikan potong..
dia juga kerap menaikkan ikan siakap.. disebelah kiri aku aku memancing
menggunakan casting udang hidup.. sepanjang masa aku memancing dia belum
berezeki lagi untuk menaikkan ikan.. tapi semasa memancing tu dia ada cakap kat
aku yang cuaca yang agak panas ni sesuai juga umpan ikan potong sebab lebih
BERBAU.. tapi bila aku offer umpan ikan sardi aku kt dia xnak cuba guna pulak..
Trip pada hari
itu aku tamatkan setelah 2jam masa memancing.. aku terpaksa gerak balik sebab
dalam jam 6.50ptg sufi akan balik dari sekolah.. jumlah tangkapan pada kali ini
ada 3 ekor siakap bersaiz sedang.. sebelum balik aku upah pekerja kolam untuk
menyiang ikan terlebih dahulu.. senang sikit supaya balik nanti tak payahlah
aku nak kena siang.. seekor ikan aku beri pada Mak dan Abah..
Hari Ahad
lepas aku berpeluang sekali lagi untuk pergi memancing.. kali ni aku pergi
dengan Abah pula.. Ana x dapat nak ikut sebab menjaga ibunya yang sedang pulih
dari pembedahan jantung yang berehat di rumah aku.. trip kali ni pun belah
petang juga.. kami mula memancing dalam jam 4.30ptg dan juga menggunakan umpan
sardine potong..
Kali ni umpan
sardine potong aku tak mengecewakan.. selepas 30min melabuhkan umpan tali
pancing aku dilarikan ikan.. daya tarikannya agak kuat juga.. bimbang pula tali
18pound aku terputus.. akhirnya aku Berjaya menaikkan seekor siakap seberat
2.1kg.. kira saiz besar la tu.. selang
30min selepas tu giliran pancing Abah pula ditarik ikan.. kali ini
perlawanannya lagi sengit dan alhamdulillah Abah menggunakan kili Shimano yang
aku hadiahkan kat Abah.. maka abah pun dapat mendaratkan seekor siakap 2.2kg ..
lebih besar dari yang aku daratkan..
Selepas itu
keadaan menjadi agak senyap Cuma ada belaku near miss sekali untuk aku dan
sekali untuk Abah.. pada masa ni kolam semakin ramai pengunjung.. termasuk 2
orang budak kilang aku yang masuk untuk memancing di kolam air tawar.. dalam
kira2 jam 7ptg.. pancing aku sekali lagi Berjaya mengumpan ikan.. seekor siakap
bersaiz 2kg Berjaya aku daratkan.. trip pada kali ini aku tamatkan pada jam
7.30ptg dengan tangkapan 3 ekor.. ikan tangkapan Abah seberat 2.2Kg aku daftarkan
untuk pertandingan Jackpot.. manalah tahu ada rezeki..
Alhamdulillah
aku amat2 berpuas hati dengan trip kali ni.. sehingga ke trip yang akan datang
ea.. wassalam
Fatih.. Kecik lagi dah tunjuk tokoh.. |
No comments:
Post a Comment