SCKLM 2017
Jarak: 21km
Kategori: Men Veteran
Tarikh: 21 May 2017
Lokasi: Dataran Merdeka,
Kuala Lumpur
Duration: 2jam 55min
Pace: 7:47Min/Km
Acara wajib pada tahun ini dibuat lebih awal dari biasa..
sebelum bulan ramadan bermula dan merupakan larian terakhir aku sebelum
Ramadhan.. setup untuk acara pada tahun ni adalah seperti tahun lepas juga..
kami semua menginap di Hotel Swiss.. aku satu bilik.. mak dan abah satu bilik..
rini satu bilik dan ajat satu bilik..
Perjalanan kami mulakan pada hari sabtu.. seperti biasa
kami terus ke hotel dahulu untuk check-in.. REP collection pada tahun ini
dibuat di KL convention center.. so lepas check-in di hotel kami pergi pula ke
KLCC naik LRT.. di KLCC aku ambil race pack seperti biasa dan juga collect baju
Honda HM.. khas untuk peserta HM sahaja yang buat contest Honda online sebelum
REP collection.. xda apa lagi yang aku beli kat race expo kali ni.. asalnya nak
tengok2 baju BROOKS khas semperna SCKLM’17.. tapi sebab punyalah ramai umat
masa kat expo.. rimas aku jadinya.. last2 lepas amik baju larian dan baju
Honda.. kami pun beredar dari convention centre menuju ke suria KLCC.. nak
carik makan tengah hari..
Perjalanan Bermula |
Makan T/Hari Di KLCC |
Pada mulanya nak buat tradisi macam biasa.. mkn tgh hari di
restoran Insaf jln TAR.. tapi disebabkan kesuntukkan masa dan takut bila kami
dah berpatah balik ke jln TAR.. makanan kt restoran Insaf pun dah abis.. maka
kami ambil keputusan untuk makan kt Suria KLCC je.. kali ni aku memilih untuk
makan Kyros Kebab.. kenapa aku pilih Kyros kebab sebab Kyros kebab ni dah tak
banyak outletnya.. dalam2 banyak2 kebab yang aku pernah makan.. aku rasa Kyros
kebab adalah yang terbaik.. lepas makan kami berpatah balik semula ke hotel..
sampai di hotel, hari pun dah lewat ptg dan kami berehat di bilik masing2..
Pada sebelah malamnya kami keluar nak cari makan mlm..
seperti yang telah dijangkakan.. restoran insaf dah tutup.. ni mesti sebab
makanan dah abis sbb ramai pengunjung belah siangnya.. kami pergi pula ke tapak
pasar mlm jln TAR.. nak tengok apa yang ada.. Nampak gaya xde yang menarik
pun.. pada masa ni kami dah berpecah kepada 2 kumpulan.. kumpulan pertama..
mak, abah dan ajat menuju ke semua house.. manakala aku, ana dan rini terus
menyusuri pasar mlm jln TAR hingga ke hujung berdekatan dengan masjid india..
malangnya kami x jumpa makan mlm yang kami cari.. last2 kami ambil keputusan
pergi makan McD sahaja.. lepas mkn McD, kami pun balik ke hotel.. singgah jap
kt 7E beli sedikit keperluan.. malam tu setelah buat semua persiapan untuk
larian aku pun masuk tido awal.. kul 4 dah nak kena bangun..
Lebih kurang jam 4 pagi aku pun bangkit dan bersiap.. dan
lebih kurang jam 4.30pgi.. aku dan ajat dan bergerak menuju ke dataran merdeka
yang hanya terletak bersebelahan dengan hotel Swiss ni.. Nampak gaya acara
larian paling grand di Malaysia ni tak pernah Nampak kekurangannya dari
pandangan mata aku.. lengkaplah.. ni antara sebabnya aku pasti akan kembali ke
acara ni saban tahun.. kami berlegar2 di kawasan datarn merdeka sambil buat
senaman dan regangan ringan sambil memerhati keadaan sekeliling yang masih
gelap tetapi amat2 meriah.. kami juga mengambil kesempatan bergambar bila
diminta untuk posing oleh sukarelawan acara ni..
Bergambar Sebelum Berlari |
Pagi Di Dataran Merdeka |
Jam menghampiri 5.30pagi.. aku dan ajat sudah berada dalam
starting pen bersama2 ribuan pelari yang lain menantikan saat pelepasan.. tepat
jam 5.30pagi kami pun dilepaskan.. maka bermulalah jurney aku untuk SCKLM pada
tahun ni.. bagi aku pengalaman berlari dalam event SCKLM ni unik.. walaupun ini
adalah kali ke 7 aku menyertai SCKLM.. perasaan untuk setiap larian adalah
berbeza.. menjadi sebahagian dari ahli acara yang ulung ni sangat2 memuaskan
hati.. aku Berjaya menamatkan larian setelah 2jam 49min.. kira ok la tu sbb
masih sub 3hr..
Dalam Starting Pen |
10K.. AKLEH Highway |
10K |
Tahniah Kepada Aku |
Selepas larian dan sesi bergambar di tepi kolam air
pancut.. seperti biasa.. kami pun bergerak balik ke hotel.. aku berehat
sekejap.. lepas tu terus mandi.. lepas mandi aku tido sekejap.. bangkit balik
bila jam menghampiri kul 12.. lepas berkemas kami pun check out hotel.. sebelum
bergerak balik kami pergi dulu lunch kat restoran INSAF.. semalam x dapat kan..
so hari ni baru dapat.. mana lengkap perjalanan SCKLM tanpa makan di restoran
INSAF.. kami balik menaiki LRT..
Sesi Bergambar |
Senyum.. |
Begitulah lebih kurang perjalanan untuk SCKLM’17.. tahun
depan SCKLM’18 dengarnya akan dibuat lebih awal.. dalam bulan April.. jumpa
disana nanti yea..
No comments:
Post a Comment