Last
entry aku tak cite apa2 pun pasal berlari… entry kali ni aku nak beri tumpuan
kepada masalah yangsering terjadi sewaktu larian… CRAMP atau KEKEJANGAN… aku
pasti semua runner pasti pernah mengalami masalah cramp dan ada cara tersendiri
untuk mengatasi masalah berkenaan… artikel ni adalah bedasarkan kepada
kefahaman aku sendiri dari bacaan dan pengalaman aku… untuk mereka yang baru
berjinak2 dalam dunia larian ni… pasti masalah cramp sering menghantui setiap
kali larian dibuat… aku juga sering mengalami masalah yang sama sewaktu mula2
berlari dulu… antara penyebab utama mengapa aku dulu sering mengalami
kekejangan adalah sebab kurang buat regangan otot sewaktu mula berlari… dulu
aku memang tak beri perhatian langsung kepada aktiviti regangan otot sebelum
berlari sebab aku rasa aktiviti tu tak penting… sampai je taman, buat regangan
lebih kurang terus berlari… kesannya, baru berlari dalam 1km dah mula terasa
sakit dan bahagian yang paling mudah untuk cramp adalah betis, peha dan tepi
perut… oleh itu untuk mengelakkan cramp, aktiviti regangan perlulah dibuat
dengan sempurna… pastikan semua otot utama diregang dengan baik terutama
bahagian peha dan betis… cuaca yang amat2 sejuk juga antara penyebab utama
cramp mudah untuk berlaku… aktiviti regangan bukan sahaja untuk meregangkan
otot tetapi ia juga salah satu cara untuk memanaskan otot… tetapi berhati2 jika
cuaca amat2 sejuk… perlulah berlari2 anak untuk memanaskan badan sebelum
melakukan aktiviti regangan otot kerana jika melakukan aktiviti regangan badan
sewaktu otot masih sejuk boleh mengundang kecederaan… dengan kata lain
janganlah terlalu gopoh nak berlari… buat regangan badan dengan sempurna
barulah berlari… percayalah cakap aku kesannya amat2 baik untuk jangka masa
panjang…
Salah
satu cramp yang sering terjadi adalah cramp pada bahagian tepi perut… daripada
pembacaan aku… ada 2 sebab utama boleh terjadi cramp dibahagian tepi perut ni…
pertama kurang regangan untuk otot ditepi perut… cara untuk meregangkan otot
dibahagian ini adalah dengan cara membongkok kehadapan dan kebelakang dan juga
memusing pinggang kekiri dan kekanan… sebab kedua adalah cara pernafasan yang
salah… jika mengambil nafas pendek maka kita akan mudah mendapat cramp di
bahagian sisi perut… ini ada kena mengena denga pergeerakkan diagfram perut
yang terhad… sebab itu kita perlu mengambil nafas dengan dalam setiap kali kita
berlari… kenapa pula cramp pada bahagian sisi ini selalu berlaku kepada runner2
yang baru berjinak dalam dunia larian… ini adalah faktor gemuruh… bila kita
gemuruh kita akan bernafas pendek2… lebih2 lagi bila kita menyertai road race
pertama kita… mesti cuak giler kan… cuak tu yang menyebabkan kita gemuruh dan
bernafas secara pendek… jalan penyelesaiannya kita perlu tenang dan fokus… satu
lagi jangan lupa untuk bernafas panjang2…
Antara
penyumbang lain kepada cramp adalah kandungan garam galian dalam badan seperti
sodium dan pottasium… bila kita berlari… kita pasti akan berpeluh dan melalui
peluh2 ini juga akan keluar garam2 galian tersebut… kita perlulah menggantikan
garam2 yang hilang itu dengan meminum air isotonik semasa larian… untuk larian
jarak yang jauh seperti HM dan FM… adalah dicadangkan mengambil garam ORS
beberapa hari sebelum larian… ORS singkatan kepada Oral Rehydration Salt, garam
dalam peket yang selalu kita dapat bila kita jumpa doktor kalau cirit-birit…
kandungan utama ORS ni adalah garam galian seperti sodium dan pottasium… aku
pernah cuba ambil ORS ni… sebelum larian aku pada Men’s Health Night Run 2012
tempoh hari… resultnya ok jugak sebab aku tak cramp langsung sepanjang larian
12km tersebut… aku plan untuk ambil 1peket ORS untuk larian 10km ke atas… 2
peket untuk larian melebihi 15km dan 3 peket untuk larian 20km keatas… cara
pengambilan adalah 1hari sepeket… sebagai contoh, untuk larian HM masa PNM2012
nanti aku akan mula mengambil ORS pada hari khamis… kemudian hari jumaat dan
pada hari sabtu… ORS ni boleh dibeli kat farmasi aje… sepeket lebih kurang
rm0.60… disamping itu juga perbanyakkan meminum minuman isotonik sebelum larian
lagi… ini adalah untuk memastikan badan kita cukup hydrasi menjelang hari
larian… dehydrasi adalah musuh utama seoarang pelari… untuk aku minuman
isotonik yang sesuai untuk aku adalah 100+… aku pernah cuba minuman isotonik
yang lain seperti gatorade dan revive tapi tak berapa sesuai la untuk aku
kerana aku rasa sakit perut untuk berlari… macam ajat air isotonik yang sesuai
untuk dia adalah gatorade…
Kalau
kesakitan kat bahagian perut ni sebenarnya ada 2 bahagian… pertama kalau sakit
tu kat area depan perut itu bermakna kita ada masalah ketidakcernaan makanan
atau angin… untuk mengelakkan masalah ketidakcernaan ini dari berlaku kita
perlulah berhati2 makanan yang kita makan 2~3 jam sebelum larian… elakkan dari
memakan makanan yang kita tahu boleh mendatangkan sakit perut atau menyebabkan
perut berangin… sebagai contoh makanan tinggi serat boleh menyebabkan perut
memulas2 nak buang air besar… elakkan juga meminum produk tenusu sebelum
larian… lepas larian takpa… makanan berangin macam nangka muda juga elakkan kerana
boleh menyebabkan perut cramp… aku sendiri telah mengalaminya tahun lepas
semasa menyertai Men’s health Night Run 2011… belah siang aku pergi bantai
gulai nangka muda… belah malam bila lari, baru masuk km ke-4 dah start sakit
perut… tapi kalau kesakitan tu terasa kat belah tepi itu bermakna otot tepi
perut yang cramp… punca utama kerana kurang regangan dan bernafas secara
pendek…
Apa
yang kita nak buat kalau dah cramp… bergantung kepada kat mana kita kena cramp…
kalau sakit kat depan perut sebab memulas memang susah sikit la… lepas buang
angin atau buang air besar baru lega kot… kalau cramp kat tepi perut, berhenti
seketika, buat regangan otot tepi perut dan menarik nafas panjang2 bila
berlari… kalau cramp kat kat kaki memang kena berhenti dan buat regangan otot
kaki… untuk mencegah pula apa yang perlu kita buat adalah minum ORS sebelum
berlari… minum air isotonik sebelum dan semasa berlari dan memakan gel sewaktu
larian… satu lagi kita kena lah berlatih dahulu sebelum masuk mana2
pertandingan larian… tka kirala kalau kita memang dah aim top ten atau Cuma nak
abaiskan larian… kena berlatih jugak… bedasarkan pengalaman aku cramp lebih
mudah untuk kena bila kita berlari melebihi jarak yang biasa kita lari… sebagai
contoh antara kejadian cramp yang aku pernah rasa masa larian adalah Men,s
Health Night Run 2011, jarak terjauh aku waktu itu 12km dan ketika HM SCKLM’12,
first time lari 21km…
Minggu
lepas aku berkesempatan untuk buat latihan LSD di putrajaya… kena la jugak buat
latihan time2 bula puasa ni… kalau tak berat nanti rasa badan bila nak start
balik lepas raya nanti… seperti biasa aku berjanji dengan ajat untuk berlari
bersama2… kami plan untuk bermula agak lewat untuk bagi memberi peluang untuk
solat sunat tarawikh… aku sampai ke putrajaya lebih kurang jam 10.45mlm…
setelah ajat bersiap kami pun mula berlari dari rumah sewa ajat di presint 9
pada lebih kurang jam 11mlm… route kami pada malam ni beza sikit dari route
kami untuk LSD yan lepas… kami cadang untuk berlari lebih jauh… kali ni kami
berlari menuju ke Pejabat Perdana Menteri kemudian berpatah balik, lari terus
hingga sampai ke PICC dan kemudian berpatah semula ke presint 9… total yang
kami cover pada malam itu adalah lebih kurang 13km dan kami mengambil masa
hampir 2 jam kerana berlari+berjalan+berhenti…. Malam ni ramai runner, orang
berbasikal dan orang roller blade yang kami jumpa… memang agak meriahla
putrajaya malam itu… kira jam 1pagi adelak bebudak main drag race kat situ…
Lepak
lepak kejap kat rumah sewa ajat kami berdua pun bergerak ke kl… ajat ikut aku
balik sekali sebab esok kami cadang nak berbuka kat rumah abah di bukit
beruntung… pagi tu lak betty ada jemputan bersahur dengan memember sekolah dia
di Restoran Pelita dekat KLCC kul 3 pagi… kami sampai je kat rumah aku di
gombak terus ambil dan hantar betty ke Restoran Pelita… sebelum balik kami
singgah di McDonald sri gombak beli makanan untuk bersahur… so bersahur makan
McDonald lah kami pagi ni…
3 comments:
Info yang sangat berguna^^
saya pon selalu cramp kat kaki especially kalau cuaca sejuk sangat. Seksa!
Tapi saya xdelah active berlari or sukan sekarang ni...dulu2 masa sekolah activela jugak...
kalau nak elakkan kan cramp, amalkan makan supplement pil kalsium pun ok gak
hai. thanks bg info. saya beginner. baru berjinak2 dlm bidang runner menjelang usia 38 thn. dah pegi 3 event 10k, 8, n trail run 3k. kagum ngan diri sendiri.
Post a Comment