Berakhirlah
sudah satu lagi bulan ramadhan dan berakhirnya bulan ramadhan datang pula bulan
syawal atau bulan raye… aku dah cuba untuk menjadikan bulan ramadhan pada tahun
ni lebih baik dari bulan2 ramadhan yang lepas dengan memperbanyakkan berzikir,
bertawarikh dan bersolat malam… semoga amalan2 aku ini diterima oleh Allah… insyaallah…
Raya
tahun ni planningnya mula beraya kat rumah mak dan ayah aku di bukit beruntung…
aku rasa dan 2tahun dah mak dan ayah aku beraya kat rumah sendiri pada raya
pertama dan Cuma balik ke kampung pada raya ke 2 atau ke 3… bukannya tka nka
balik beraya kat kampung di rembau… tapi disebabkan ada 2 – 3 perkara yang
menyebabkan kami sekeluarga decide untuk beraya di bukit beruntung… pertama
atuk dengan nenek aku sebelah ayah dah meninggal dunia… so takdelah sesapa
tunggu rumah kampung tu… sebelah mak aku pulak crowded sangat sampai nak tido
pun susah… last2 kami decide untuk mulakan tradisi kami sendiri di rumah mak
dan ayah aku di bukit beruntung… kemeriahannya tetap sama sebab semua adik
beradik akan berkumpul… kami masak ketumpat, lemang, rendang dan macam2
lagilah… macam tak boleh jumpa dengan sedara mara yang lain… sebab lepas beraya
di bukit beruntung barulah kami sekeluarga semua pergi beraya kerumah sedara
mara lak…
Lepas
beraya di bukit beruntung kami plan untuk balik ke kuantan untuk melawat sedara
mara betty… mungkin lepas sehari dua di kuantan… bergerak ke negeri sembilan
pulak… dari kuantan aku akan ke rembau melalui jalan muazam shah-kuala
pilah-tampin-rembau… ini memang route kebiasaan aku kalau dari kuantan nak ke
rembau… jalan lama… jalannya tak besar dan banyak kenderaan berat… jadi kena
bersabar banyak sikit la… perjalanan dari kuantan hingga sampai ke rembau boleh
memakan masa sehingga 3jam… bergantung kepada keadaan trafik… jalan ni agak
merbahaya kalau travel pada waktu awal pagi dan lewat malam sebab jalan yang dilalui
agak terpencil… melalui kawasan hutan dan ladang kelapa sawit… kalau kabus
melanda jarak penglihatan memang terjejas giler… aku ingat dalam 10 meter jer
kot… dan kenkadang ada binatang liar melintas… sebab itu kena senantiasa
berhati2…
Nasib
baik kilang kat mana aku kerja ni cuti raya dah set siap2… semua dapat sebab
kilang shutdown… so takdela gaduh2 nak mintak cuti… Cuma betty jer nak kena
check berapa hari cuti dia dapat… tahun ni aku plan nak balik ke bukit beruntung
pagi sabtu… bolehla nak tolong ayah aku untuk buat apa2 persiapan yang patut…
anyam ketupat ke… rebus sup tulang ke… ayah aku boleh masak lemang tanpa guna
buluh dan tak perlu bakar macam lemang conventional… terer tak bapak aku… aku
jer yang taknak be belajar… dalam
keluarga aku semuanya pandai anyam ketupat… tapi kalau balik kampung, yang tahu
anyam ketupat Cuma keluarga aku ajer… sedara mara yang lain tiap2 tahun nak
kena ajar macam mana nak anyam ketupat… so, memang kalau balik kampung aku adik
beradik jer la yang tukang anyam ketupat… yang lain tahu makan jer… kalau nak
senang buat nasi impit… tapi nasi impit takde aroma daun kelapa macam ketupat…
itu yang istimewanya ketupat…
Berakhirnya
bulan ramadhan ni jugak bermakna bermula semula latihan larian aku… tak boleh
tunggu lama2 sebab bulan 10 nak lari HM kat PNM… aku kena berhati sikit untuk
larian HM kali ni kerana melibatkan larian malam dan akanberlari di putrajaya
yang memang terkenal dengan flyovernya yang tinggi dan melambak… baru2 ni masa pergi
shopping raya kat jusca wangsa maju… aku terserempak dengan running tight
jenama mizuno yang dijual dengan sales sebanyak 50%... dari lebih kurang rm140
dah tinggal rm70 jer… apa lagi goyang ler aku… lepas beli jeans (jeans aku
banyak dah koyak, nampak macam rocker kapak pun ada) dengan T-shirt sehelai
(warna PINK ko) aku bisik kat betty nak pinjam rm70 nak beli tight tu… pas
dapat pinjam duit aku pun sambat lar tight tu… kira berbaloi la jugak… kalau
beli BREATH general compression pun dah rm90… tight yang aku beli tu warna
hitam dengan corak tompok2… aku sound sekali kat ajat yang mizuno tengah buat
sale… kalau dah beli tight baru, tahun depan tak yah la nak beli tight lagi…
tinggal beli kasut je la… balik aku cuba la pakai tight baru tu… peh lagi susah
nak pakai daripada BREATH general compression aku tu terutama kat area tumit
kaki… lepas raya ni boleh la try masa buat LSD nanti…
Hari2
terakhir sebelum cuti raya bermula… opis aku dah mula kosong sebab dah ada
member seopis yang dah mula amik cuti raya… nak kerja sesungguh sangat pun dah
takde… dah dalam mood raya lah katakan… akhir kata aku tutup entry kali ni
dengan ucapan
SELAMAT HARI RAYA
buat semua yang
menyambutnya &
MAAF ZAHIR BATIN
Jika aku ada
membuat dosa kepada korang semua… aku Cuma manusia biasa… tidak boleh LARI dari
kesilapan… heheheee
No comments:
Post a Comment