1
syawal telah berlalu pergi… tetapi sambutan hari raya masih lagi hangat… yang
beraya kat kampung hampir kesemuanya dah balik semula ke bandar dan sambutan
hari raya diteruskan lagi di bandar pulak… sehingga penghujung syawal ni
dijangkakan akan penuh dengan jemputan ke majlis rumah terbuka… aku takdela
plan nak buat rumah terbuka besar-besaran, tapi kalau ada memember yang
berhajat nak datang beraya bolehlah betty masak special sikit… kalau buat rumah
terbuka ni memang memenatkan… last jumaat betty adelah buat masak2 sikit sebab
dia ada jemput kenkawan opis yang kena kerja untuk lunch kat rumah aku… plannya
panggil untuk lunch jer… tapi berlanjutan sampai ke malam siap jemput adik aku
hairy yang tinggal kat shah alam untuk datang makan2…
Nampaknya
dalam sebulan ni hujung minggu aku banyak akan dihabiskan dengan memenuhi
jemputan ke rumah terbuka… minggu depan siap ada jemputan majlis perkhawinan
lagi kat batang kali… jarak ke batang kali dari rumah aku kat gombak takde la
jauh sangat kalau ikut jalan belakang… jalan ikut empangan batu… dari rumah aku
sri gombak aku ke pinggiran batu caves… pastu masuk ke kampung nakhoda… dari kg
nakhoda terus ke empangan batu… jalan terus sampai ke hulu yam lama… dari hulu
yam lama akan ada simpang ke batang kali / genting highland… masa perjalanan
lebih kurang 20min… Cuma jalan ni agak berliku dan traffiknya kurang… tidak
digalakkan ikut jalan ni waktu malam sebab kurang lampu jalan dan dikiri kanan
jalan kurang penempatan… banyak hutan simpan… kalau malam sangat aku akan ikut
jalan pekan rawang…
Selain
dari pergi ke jemputan ke rumah terbuka… aku juga akan cuba selitkan sesi2
latihan… aku dah mula dah minggu lepas… aku mulakan dengan sesi larian kat
taman tasik titiwangsa… aku pilih taman tasik titiwangsa sebab routenya adalah
sangat rata… maklumlah lepas raya ni badan rasa agak berat… last time aku lari
adalah pada awal puasa te,poh hari… LSD dengan ajat kat putrajaya 14km… tetapi
larian pertama aku lepas raya ni memang siksa giler… aku Cuma mampu buat 8km
jer… itupun makan masa sampai 1jam nak completekan 8km tu… plan asal aku nak
buat lebih 12km… tapi kasut buat hal pulak… kasut POWER aku tu dah tak sesuai
untuk buat lari jarak jauh sebab yang pertama cushionnya kurang menyebabkan aku
rasa sakit kat lutut dan keduanya support kasut tu pun kurang jugak menyebabkan
larian kurang stabil dan mudah melecet…
Aku
memang bercadang untuk beli kasut baru… kasut yang lebih spesifik untuk
aktiviti larian… ada beberapa option yang sedang aku pertimbangkan… antara
jenama yang sedang aku pertimbangkan adalah BROOKS, NEW BALANCE, MIZUNO, ADIDAS
dan NIKE… pilihan pertama aku adalah BROOKS… sebab yang utama aku ada voucher
untuk belikasut BROOKS bernilai RM120… aku target lepas less boleh dapat bawah
RM200… kalau nak beli BROOKS aku akan pergi ke butiknya di D’CURVE… kalau tak
salah aku butik BROOKS kat D’CURVE tu akan memaparkan model2 terkini kasut
BROOKS…
NEW
BALANCE pun kenkadang ada buat sales untuk kasut2nya sampai 70%... kalau nak
carik kasut NEW BALANCE boleh tengok kat World Of Sport kat SOGO ataupun butik
NEW BALANCE kat FESTIVA CITY kat Danau Kota… kat World Of Sport pun kita boleh
dapatkan kasut MIZUNO… kalau SOGO ada buat sales selalunya kasut2 kat World Of
Sport pun ade sales gak… kasut2 BROOKS, NEW BALANCE dan MIZUNO memang direka
untuk aktiviti larian… ia memberikan lebih penekanan kepada aspek teknologi dan
teknikal… design luaran memang kurang menarik… dalam kata lain memang kureng
sesuaila nak buat kasut jalan2… disebabkan aspek teknologi dan teknikal ini,
harga kasut2 ni selalunya mencecah sehingga rm200 walaupun setelah ada diskaun…
untuk kasut2 jenama ADIDAS dan NIKE, ianya lebih kepada mainstream consumer
bermaksud selain ada aspek teknologi dan teknikal ia juga ada design luar yang
menarik sebab tu kalau tak guna kasut tu untuk berlari, ia juga boleh digunakan
sebagai kasut jalan2… aku juga sebenarnya ada plan nak sambar kasut ADIDAS atau
NIKE tapi kalau aku nak beli pun mungkin yang buatan Vietnam kot… murah sikit…
aku tengok kat internet bawah rm100 pun boleh dapat… boleh buat kasut untuk
training… tapi kalau korang nak carik kasut yang memang spesifik dan rare untuk
larian boleh lah jenguk2 jenama ASICS, SKECHER, K-SWISS atau SAUCONY… yang aku
jamin harganya atas rm400… kalau mampu la… kasut2 jenama ni memang guna untuk
berlari jer… kalau berjalan dengan pakai kasut ni pun tak berapa selesa… pada
pendapat aku la… seperti biasa, petua untuk beli kasut larian… pertama,
pastikan kasut tu membenarkan kaki kita untuk ‘bernafas’… kedua, ringan…
ketiga, in-sole kasut sesuai dengan bentuk tapak kaki… keempat, saiz kasut
larian 1 saiz lebih besar dari saiz kasut jalan2 kita
Sebelum
PNM pada bulan 10 nanti… aku plan sekurang2nya aku akan buat 1 sesi LSD kat
Putrajaya… kali ni target untuk jarak lebih jauh dari 14km… dari presint 9
berlari ke pejabat perdana menteri… buat satu bulatan besar sebelah pejabat
perdana menteri… lari terus ke PICC, lalu depan Palace of Justice… patah balik,
lalu depan Bangguanan Perbadanan Putrajaya dan balik ke presint 9… kalau ada
masa bulan 9 sekali… bulan 10 sekali sebelum PNM…
Untuk
race2 lain selain PNM pada bulan 10… aku dah mendaftar untuk larian ParkCity
pada bulan 11… ini adalah acara ulangan dari tahun lepas… anjuran ParkCity
International School dan Frenchman Lautraduex sebagai race directornya… tahun
lepas aku masuk dengan ajat dan tahun ni pun ajat akan berlari bersama2 dengan
aku… dalam route ParkCity ni akan ada larian bukit yang paling tinggi yang
pernah aku tempuhi dalam acara larian… itupun kalau route tahun ni maintain
macam tahun lepas… bulan 9 aku tak masuk mana2 acara larian sebab aku bercadang
nak pergi bercuti ke langkawi semasa cuti Hari Malaysia… untuk bulan 12 masih
tak ada acara yang aku masuk… kalau tahun lepas ada Malakoff 12km… tahun ni tak
tahu ade ke tak… senyap jer sampai sekarang… untuk januari tahun depan acara
yang dah dibuka untuk pendaftaran adalah MPIB run… tahun ni pun aku masuk acara
tu… merupakan acara pembuka untuk tahun 2012 dan sekarang aku tengah berkira
untuk menjadikan MPIB run 2013 sebagai acara pembuka untuk tahun 2013… tengok
lah macam mana nanti…
Akhir
kata aku nak ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN yang ke 55… semoga kita akan
terus hidup dalam erti kata MERDEKA yang sebenar…
No comments:
Post a Comment