Sebagai
salah seorang yang pernah menjadi tenaga pengajar proses kimpalan di tempat
kerja aku… maka tergerak aku untuk berkongsi sedikit ilmu yag aku ada dengan
para pembaca yang memerlukannya… catatan ini adalah bedasarkan kefahaman aku
sendiri terhadap proses kimpalan… adalah perlu ditekankan juga bahawa aku
bukanlah jurukimpal yang mempunyai lesen tetapi pengetahuan dan kemahiran yang
aku ada cukup memadai dirasakan oleh syarikat aku untuk melantik aku sebagai
salah seorang tenaga pengajar proses kimpalan di syarikat aku…
Sebagai
sedikit pengenalan mengenai syarikat tempat aku bekerja… kami menghasilkan
kenderaan dari metal sheet ke stamping ke welding ke painting dan pemasangan…
oleh itu kami adalah pengeluar @ manufacturer… berbeza dengan pemasang @
assembler yang hanya memasangkan part CKD…
Kimpalan
@ Welding adalah salah satu proses
penyambungan @ joining… ia adalah proses penyambungan bedasarkan proses kimia…
antara proses penyambungan lain adalah penyambungan mekanikal @ Mechanical
fastening yang menggunakan bolt & nut, tali @ ribet… proses kimpalan
melibatkan peleburan kedua2 komponen yang ingin disambungkan… kemudian kedua2
komponen itu akan bercampur membentuk sebatian baru dan mengeras maka
menyambungkan kedua2 komponen yang ingin disambungkan… kata kunci disini adalah
kedua2 komponen yang ingin dicantumkan itu mesti melebur dan membentuk sebatian
baru… oleh itu jika proses penyamtuman itu tidak melibatkan kedua2 komponen
melebur dan membentuk sebatian baru tidak boleh dipanggil sebagai
kimpalan@welding... Jangan kita konfius proses welding dengan proses lain yang
seakan2 proses welding seperti brazing atau soldering… kerana brazing dan
soldering tidak meleburkan komponen yang ingin disambungkan… hanya filler
material sahaja yang melebur cair… masuk didalam celahan (kesan kapilari)
antara 2 komponen yang ingin disambungkan dan bila ianya mengeras ia membentuk
seperti gam yang mengikat kedua2 komponen… maafkan aku kerana menggunakan
bahasa rojak… kerana ada beberapa istilah bahasa inggeris yang aku tak tahu
alih bahasnya dalam bahasa melayu dan juga bagi aku istilah teknikal lebih
mudah digunakan dalam bahasa inggeris kerana lebih luas penggunannya dalam
industri… sebaik2nya kita mengetahui terma teknikal tersebut dalam kedua2
bahasa malaysia dan inggeris… BAHASA JIWA BANGSA…
kimpalan logam |
contoh penyambungan mekanikal bolt dengan nut |
Dalam
teks ini jenis welding yang aku akan sentuh adalah welding logam terutama besi…
sebenarnya pelbagai material boleh di welding Cuma berbeza teknik sahaja…
setelah kita memahami maksud welding… sekarang aku akan Cuba menjelaskan jenis2
kimpalan logam… dalam proses melebur logam sebenarnya akan membuka ruang untuk
elemen2 lain yang berada dalam atmosfera untuk masuk ke dalam logam… elemen2
yang aku maksudkan adalah gas2 yang terkandung dalam udara yang kita hirup…
elemen2 ini sebenarnya boleh membawa kemudaratan kepada logam yang kita welding
terutamanya terjadinya masalah karat… karat @ logam yang teroksida akan
menyebabkan logam menjadi lemah… elemen yang paling memudaratkan dalam udara
adalah unsur nitrogen… oleh itu amat2 penting kawasan yang melebur semasa
proses kimpalan dilindungi dari elemen2 dalam udara ini… dalam proses welding
jenis perlindungan yang gunakan adalah dalam bentuk gas yang dipanggil sebagai
gas pelindung @ shielding gas… oleh itu jenis welding dibahagikan kepada
bagaimana gas pelindung digunakan @ dihasilkan…
OK
cukup untuk entry kali ni… dalam naskah yang akan datang aku akan sentuh jenis2
kimpalan logam pulak pulak…
No comments:
Post a Comment