BAHAGIAN 2
Naskah
kedua ini aku akan sentuh tentang jenis2 welding… jenis kimpalan yang paling
meluas digunakan adalah kimpalan MMA (Manual Metal Arc) welding… atau lebih
popular dikenali sebagai kimpalan rod @ kimpalan arca… jenis kimpalan ini
menggunakan rod kimpalan yang bersalut dengan flux… rod akan berfungsi sebagai
bahan pengisi @ filler material… flux yang terbakar didalam arc akan
membebaskan gas pelindung dan dalam masa yang sama membentuk slag yang akan
menutupi kumai @ bead, melindunginya daripada unsur luar dalam udara… semasa
slag ini menyejuk, ia juga akan menarik bahan asing @ impureritis dalam bead
naik keatas… ini akan menghasilkan bead yang bersih tanpa benda asing…
Berbalik
kepada persoalan asas… Apakah Itu Arka @ Arc… arc bukanlah satu proses
pembakaran @ combustion kerana ia tidak mematuhi konsep segi tiga pembakaran… konsep
segi tiga pembakaran mengatakan untuk proses pembakaran berlaku perlu wujud 3
unsur.. 1. Haba… 2. Bahan api… 3. Oksigen… tanpa salah satu dari unsur2 ini
pembakaran tidak boleh berlaku… sebab itu dalam teori memadamkan kebakaran, apa
yang perlu dilakukan adalah mengasingkan salah satu dari unsur ini… maka
pembakaran akan berhenti… samada kita menurunkan suhu haba, mengasingkan bahan
api / bakar dan melemaskan pembakaran dengan menyekat aliran oksigen… dalam
konsep arka, haba yang terhasil yang mana meleburkan logam yang ingin di
welding datang dari pemindahan atom2 elektrik dari rod ke logam yang ingin
dikimpal… konsepnya disini adalah, aliran elektrik yang mengalir dihujung rod
akan ingin untuk berpindah ke logam yang dikimpal kerana wujud + dan – polar…
aliran elektrik ini akan terganggu kerana terdapat ruang @ gap diantara rod dan
logam… elektron2 yang berpindah dari rod ke logam akan membebaskan tenaga dalam
bentuk haba… haba inilah yang kita lihat sebagai pancaran cahaya putih yang di
panggil arka… oleh itu untuk memastikan kita mempunyai arka yang stabil, kita
perlu pastikan tenaga yang kita bekalkan kepada elektron adalah mencukupi…
tenaga ini adalah dalam bentuk beza upaya @ voltan… arus @ Ampere pula akan
membekalkan jumlah haba yang mencukupi supaya peleburan logam boleh berlaku
secukupnya… oleh itu untuk mendapatkan arka yang stabil dan cukup untuk proses
peleburan, nilai voltan dan ampere perlulah seimbang…
Ada
satu ujian @ test yang boleh dibuat untuk mendapatkan nilai voltan dan ampere
(amp) yang seimbang… ujian ini boleh dilakukan dengan menggunakan mesin MAG /
MIG welding… setkan mesin kimpalan pada satu2 bacaan amp dan setkan nilai
voltan pada bacaan paling minima… kemudian lakukan kimpalan pada sekeping logam
dengan bergerak secara perlahan2 dalam masa yang sama naikkan nilai voltan sedikit
demi sedikit… kita boleh dengar perubahan bunyi kimpalan dari tidak stabil ke
stabil dan kimpalan dengan jumlah spatter yang melampau… kalau kita tengok pula
pada hasil bead… kita juga boleh lihat perubahan yang sama…
Nampaknya
aku terpaksa berhenti disini dahulu… banyak sangat tugasan dipejabat menghalang
aku melangjutkan tulisan naskah ini… aku akan sambung dalam bahagian yang
seterusnya… aku akan bincangkan hubung kait bunyi kimpalan dengan kimpalan yang
stabil… ok…
No comments:
Post a Comment