Dalam
bulan puasa ni aku ada kesempatan untuk membuat bacaan mengenai hal ehwal
islam… tajuk yang aku baca adalah mengenai sejarah tamadun islam… terutama
setelah kewafatan Nabi Muhammad SAW… seperti mana yang kita tahu kerajaan islam
yang berpusat di Mekah dan Madinah telah dikembangkan atau diperluaskan oleh
para Khalifah2 sehingga menjadi empayar yang besar…
Era
empayar islam post kewafatan Nabi Muhammad SAW dimulakan oleh zaman
pemerintahan Khalifah Irrasidin… Khalifah pertama adalah Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq… pemilihan Saidina Abu Bakar bedasarkan musyawarah antara kaum
muhajirin dan ansar dan juga Saidina Abu Bakar pernah menggantikan Nabi menjadi
Iman sewaktu Baginda sakit… selepas kewafatan Saidina Abu Bakar… jawatan
khalifah diberikan kepada seorang lagi sahabat Nabi… Saidina Umar Khatab… pada
zaman pemerintahan Saidina Umar, empayar islam menjadi semakin besar… antara
pencapaian Saidina Umar adalah penaklukan Baitulmuqadis… malangnya Saidina Umar
mangkat setelah ditikan oleh seorang bekas hamba berbangsa parsi sewaktu
mengimamkan solat subuh… kebaikan Saidina Umar amat terserlah kerana beliau
mengampunkan orang yang menikam beliau…
Pengganti
Saidina Umar adalah juga sahabat Nabi iaitu Saidina Uthman Affan… sewaktu zaman
pemerintahan Saidina Uthman pelbagai perubahan yang telah dilakukan… antara
yang terbesar adalah pengumpulan Al-Quran dan memusnahkan naskah2 Al-Quran yang
meragukan… sebab itu naskah Al-Quran yang kita gunakan sekarang dinamakan
Mashaf Uthmani… malangnya Saidina Uthman dilanda dengan pelbagai tohmahan dan
fitnah yang cuba menjatuhkan beliau… antaranya adalah baliau difitnah membakar
Al-Quran dengan sengaja… Saidina Ali telah mempertahankan Saidina Uthman dari
tohmahan ini yang mana Al-Quran yang dibakar itu adalah naskah Al-Quran yang
hendak dilupuskan kerana datang dari sumber yang diragui… akibat dari pelbagai
fitnah ini timbul pemberontakkan ke atas Saidina Uthman yang akhirnya membawa
kepada pembunuhan beliau oleh para pemberontak…
Peganti
Saidina Uthman adalah Saidina Ali… zaman pemerintahan Saidina Ali juga
mengalami masalah berikutan dari pembunuhan Saidina Uthman… ahli keluarga
Saidina Uthman yang berasal dari Bani Umaiyah tidak berpuas hati kerana tiada
tindakan tegas yang diambil keatas para pembunuh Saidina Uthman… tentangan
hebat datang dari Muawiyah Abu Sofyan yang pada masa itu menjadi penguasa
Syria… beliau enggan mengiktiraf Saidina Ali sebagai Khalifah sehingga pembunuh
Saidina Uthman dihukum… aku difahamkan bukannya Saidina Ali tidak mahu
menghukum pembunuh Saidina Uthman tetapi beliau tidak dapat mencari orang yang
bertanggungjawab menyebarkan fitnah berkenaan… kegagalan Saidina Ali untuk
membela pembunuhan Saidina Uthman juga pencetus kepada terjadinya beberapa
peperangan saudara sesama umat islam… antaranya adalah perang jamal @ perang
unta… pihak yang terlibat dalam peperangan ini adalah kumpulan Saidina Ali dan
kumpulan Saidina Aisyah… kemenangan berpihak kepada kumpulan Saidina Ali…
kemudian terdapat pula perang Siffin diantara Saidina Ali dan Muawiyah… yang
mana membawa kepada penyerahan kepimpinan Empayar Islam dari Khalifah Ali
kepada Khalifah Muawiyah… ini berlaku kerana Saidina Ali tidak mahu terus
berlaku perpecahan didalam dunia Islam… tetapi apa yang berlaku ini sebenarnya
tidak dipersetujui oleh kebanyakkan pengikut Saidina Ali yang mana kebanyakkan
mereka berpendapat jawatan Khalifah hanya boleh dipegang oleh mereka yang ada
pertalian darah dengan Nabi Muhammad… terdapat juga pengikut Saidina Ali yang
lebih extrim tidak mengiktiraf 3 Khalifah awal iaitu Abu Bakar, Umar dan Uthman
kerana mereka tiada pertalian darah dengan Rasullullah walaupun Saidina Ali
telah berbai’ah untuk taat setia kepada mereka… ini adalah titik permulaan
kepada fahaman Syiah yang berpegang kepada Ahlul Bait dan fahaman Sunnah yang
berpegang kepada Ahlul Sunnah Waljamaah… Saidina Ali akhirnya mati dibunuh
semasa mahu mengerjakan solat subuh…
Tetapi
ini semua adalah bedasarkan pemahaman aku bedasarkan pembacaan aku… kalau aku
ada tersalah dari fakta yang dikemukakan aku mohon maaf… tapi apa yang boleh
aku simpulkan kat sini adalah… setelah kewafatan Nabi Muhammad umat Islam sudah
mula berpecah… terjadi perbalahan yang melibatkan para-para sahabat Nabi dan
juga ahli keluarganya… sebagai contoh semasa perang jamal… apa yang berlaku kepada
para Khalifah Irrashidin juga amat2 menyedihkan… 3 daripada 4 Khalifah mati
dibunuh… pemilihan pemerintah yang dipilih mengikut mesyuarah dan persetujuan
ramai semasa era Khalifah Irrashidin telah digantikan dengan sistem pewarisan
setelah pemerintahan Khalifah berpindah dari Saidina Ali kepada Muawiyah… Muawiyah
telah mengasaskan pemerintahan bani Umaiyah… selepas itu bersilih ganti empayar
Islam dari Bani Umaiyah ke Bani Abbasiah ke Bani Fatamiah dan lain2 lagi…
Secara
kesimpulannya aku rasa sedih la bila baca pasal sejarah Tamadun Islam ni…
terutama bila terbaca yang cucu Nabi Muhammad juga mati dibunuh… Saidina Hassan
mati diracun… Saidina Hussein mati dibunuh… semoga ini boleh menjadi pengajaran
buat kita semua… Insyaallah…
No comments:
Post a Comment