Semperna
bulan ramadhan ni… malas la aku nak buat entry pasal lari2… kita cite pasal
lari2 lepas bulan puasa lah ok… bulan2 pose cite pasal makanan memang sensitif
sikit… so, aku nak berkongsi resepi kegemaran aku terutama bila menjelang
kejohanan larian… jika masih ingat salah satu aktiviti carbo-loading yang
selalu aku lakukan adalah memakan spaggetti… ada 2 jenis masakan spaggetti yang
aku tahu… iaitu spaggeti merah dan spaggeti putih… mengikut nama panggilan yang
diberi oleh miza… kali ni aku kongsi dulu resepi spaggeti merah
Bahan-bahannya:
1.
Bawang putih – 4@5 ulas
2.
Capsikum @ cili cameron – ½ biji
3.
Cendawan butang – 1 tin
4.
Sos spaggeti merah – 1tin
5.
Daging cicang – 1 peket
6.
Perencah Maggiee spaggetti bolongnese – 1
peket
7.
Garam dan sebuk lada hitam secukup rasa
8.
Pasta spaggetti – 1/2 bungkus
9.
Minyak masak @ minyak zaitun (ikut
kemampuan)
Cara- cara memasaknya:
Mula2
kena masak pasta spaggetti dulu. Carik kuali besar atau periuk besar. Isikan
dengan air. Pastikan jumlah air cukup untuk menenggelamkan semua spaggetti yang
hendak dimasak. Masak air hingga berbuih. Letakkan sedikit garam dan minyak
masak @ minyak zaitun ke dalam air yang dimasak. Apabila air sudah mula
berbiuh, masukkan spaggetti yang hendak dimasak. Spaggetti sudah masak apabila
ia sudah lembut. Jangan masak terlalu lama sehingga spaggetti menjadi terlalu
lembik, tak sedap. Bila spaggetti dah masak, toskan airnya.
Hiris bawang putih halus2. Potong capsikum secara
mendadu @ hirisan panjang (ikut suka). Keluarkan cendawan dari tin dan potong
ikut suka. Daging cincang perlu dipotong atau dicarik2 supaya menjadi bahagian
yang lebih kecil. Daging cincang tu biarla jadi berketul2 sikit baru sedap.
Proses
memasak kuah. Carik periuk yang bersesuaian. Tenggek atas dapur. Hidupkan api
paras serdahana. Masukkan minyak supaya dapat membentuk satu lapisan nipis pada
dasar periuk. Tunggu sampai minyak menjadi panas. Masukkan bawang putih dahulu,
kacau dengan senduk untuk mengelakkan bawang menjadi hangus. Bila bawang putih
sudah mula mengeluarkan bau, masukkan daging. Pastikan daging kerap dikacau
untuk pastikan ia masak sekata dan tidak melekat pada dinding periuk. Taburkan
sedikit garam dan serbuk lada hitam. Apabila daging sudah mula masak (daging
berubah warna dari kemerahan ke warna sedikit kegelapan) masukkan setin sos
spaggetti. Kemudian tambah air sama banyak dengan setin sos spaggetti (boleh
gunakan tin yang sama untuk sukat air). Kacau supaya bahan tadi menjadi rata.
Masukkan pula sepeket serbuk perencah maggiee spaggetti bolongnese dan kacau.
Biarkan hingga mendidih. Bila sudah mendidih masukkan capsikum dan cendawan.
Tambahkan juga sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga rata dan
kecilkan api. Biarkan sos tadi mereneh dan memekat dalam 5minit. Dah siap,
senang jer kan.
Kaedah
untuk menghidangkan… masukkan spaggetti dahulu kedalam pinggan… kemudian
tuangkan sosnya keatas spaggetti tersebut sesuka rasa… pastu dah boleh makan…
untuk spaggetti putih pula… senang shaja… tukarkan sos spaggetti merah tadi
dengan sos cendawan dan juga daging lembu ke daging ayam… kaedah2 yang lain
semuanya sama sahaja… orait itu sahaja… selamat mencuba… kalau sedap bagitau
antupancing, kalau tak sedap senyap2 dah la….
Tapi
kalau tak cite langsung pasal running macam tak lengkap la entry kali ni…
bulan2 pose ni nak kena carik jalan untuk exersice la… nanti takut badan jadi
lenbab sebab lama sangat cuti… dah la lepas raya nanti bulan 10 nak lari HM
lagi… lari malam lak tu… aku target kalu lari pagi aku boleh abis 2j 50m… lari
malam confom lebih dari 3jam… silap2 boleh sampai 3j 30min… dah la lari malam,
kat putrajaya lak tu… aku rasa putrajaya ni macam badi la dengan aku… susah
betul nak catatkan masa yang baik untuk larian kat putrajaya… aku ingat malam
yang aku tak gi terawih aku nak kena buat latihan angkat berat… seminggu sekali
pun jadila, sepanjang bulan ramadhan ni… untuk pengetahuan korang aku bukan
sahaja buat latihan larian… aku juga ada buat latihan angkat berat kat rumah…
ini adalah bertujuan untuk menambah kekuatan upper portion body aku… kerana
sewaktu berlari, kita akan menggunakan otot2 dibahagian kaki secara
majoritinya… tetapi dalam masa yang sama kita juga menggunakan otot2 dibahagian
atas badan kita untuk keseimbangan dan momentum seperti pergerakkan tangan… ini
membuatkan otot2 bahagian atas badan juga penting dan perlu dilatih… kebetulan
kat rumah aku ada seketul besi yang beratnya hampir 5kg rasanya… aku gunakan
besi tu sebagai beban untuk latihan mengangkat berat aku… aku beri tumpuan
dalam melatih ketahanan otot dan bukannya untuk bina otot… aku bukannya nak
jadi abang ketak… latihan mengangkat
beban ni sama seperti latihan berlari mestilah dimulakan perlahan-lahan…
janganlah baru nak mula dah angkat 10kg… koyak otot tu kang lain pulak citenya…
aku masa mula2 angkat berat aku Cuma angkat selama 30saat sahaja… bila aku dah
confident sikit aku tambah masa untuk mengangkat… sekarang aku dah angkat besi
buruk tu untuk selama 1minit 30saat untuk setiap kali angkatan… aku beri
perhatian kepada menguatkan otot2 lengan, dada dan pinggang… seperti mana yang
aku beritahu sebelum ni… tujuan aku mengangkat berat ni adalah untuk membina
ketahanan otot… sebab itu aku tak tukar berat bebanan yang aku angkat… maintain
pakai besi buruk yang sama… Cuma yang berubah adalah tempoh masa angkatan… aku
tak tahulah samada teknik yang aku gunakan ni betul atau tidak… tapi buat masa
ni takde la plak aku mengalami kecederaan…
No comments:
Post a Comment