Tempat Mula/Tamat: Hadapan Palace Of Justice, Putrajaya
Kategori: Lelaki Terbuka (11km)
Race kit: SKECHER GORUN running vest, BIB (A1283), Timing
chip
Post-race: Goodies Bag
Tarikh & masa : 14 Julai 2012, 8.00pm
Back
to back… seminggu selepas NTV7 Feel Good Run kali ini aku masuk larian Men’s
Health SHAPE Night Run 2012 (MHSNR’12)… acara ulangan dari tahun lepas… tahun
lepas MHSNR’11 merupakan larian malam pertama aku dah keputusannya memang
mengecewakan… tahun lepas aku mencatatkan 1j 36m… tahun ni bagaimana?... tahun
ni penganjur menjanjikan jarak larian yang lebih dekat 11km sahaja… so takleh
lah nak compare dengan larian pada tahun lepas… seperti tahun lepas juga larian
ni diadakan sebelum bulan ramadhan 1433 hijrah… merupakan larian terakhir aku
sebelum bercuti panjang pada bulan puasa dan bulan beraya…
Kalau
sebelum ni aku ada cite dalam entry aku yang aku akan berlari berseorangan…
disaat2 akhir sebelum acara aku menerima sms dari seorang runner Team POYO memberitahu
aku ada BIB yang nak let go… dengan pantas aku minta ajat buat deal dengan bro
tu untuk mendapatkan BIB berkenaan… akhirnya ajat berjaya dapat BIB dengan vest
sekali… sebenarnya berlari dengan BIB orang lain adalah dilarang dalam acara
larian… TAPI kalau kita memang tahu takkan dapat top 10 takpa… sebab kalau top
10 selalunya penganjur akan double confom identiti kita sebelum beri hadiah…
jangan jadi macam yang berlaku masa SCKLM’11 yang mana pemenang acara 10k guna
BIB orang lain… penganjur pula tak check awal2 identiti pelari… dah jadi kecoh
sekejap… tapi runner ni semua orang 2 baik belaka… pemenang yang menggunakan
BIB orang lain tu memulangkan balik hadiahnya…
Aku
lakukan sedikit perubahan pada diet preparation menjelang larian kali ni… bedasarkan
info yang aku ambil dari arai sewaktu larian NTV7… aku mengambil sepeket ORS
pada sebelah petang sebelum aku bertolak ke putrajaya… ini adalah usaha aku
untuk mengelakkan dari cramp berlaku pada penghujung larian… aku bertolak ke
putrajaya dalam pukul 5.30ptg dan sampai ke rumah sewa ajat dalam pukul
6.30ptg… dari rumah sewa ajat di presint 9 aku dan ajat naik kereta una ke
presint 3… bila kami bergerak tak jauh sikit dari rumah ajat… baru aku tersedar
yang kasut larian aku tertinggal kat dalam kereta aku… terpaksa lah kami
berpatah balik ambil kasut aku… kalau takde kasut nak lari macam mana… aku
belum bersedia lagi nak lagi bare foot…
Kami sampai
awal di presint 3… maka takde masalahlah nak carik parking… lepas bersiap2
pakai vest dengan kasut kami mula bergerak ke kawasan mula… ajat telah brjanji
dengan geng Team POYO yang nak let go BIB dengan vest jumpa kat kawasan mula…
kami berjumpa dengan bro Team POYO tu berdekatan dengan khemah pengagihan
goodies bag… menurut bro tu.. BIB yang nak let go ni kepunyaan geng Team POYO
gak yang tak dapat nak lari sebab faktor2 kesihatan… bila ajat tanya samada
kenal arai atau tidak dia kata kenal sangat… ialah satu geng katakan…
sebelum berlari |
Lepas
ambil BIB… kami mula buat aktiviti regangan otot… lepas buat regangan kami berpisah
dengan una sebab kami nak masuk ke dalam holding penn… tetapi kami salah carik
jalan masuk menyebabkan bila kami dah masuk kedalam holding penn dah penuh
dengan pelari… pintu masuk ke dalam holding penn dikawal oleh pegawai FTAAA…
pegawai ni memeriksa BIB setiap pesera supaya hanya peserta dengan BIB 11km
sahaja dibenarkan masuk… pegawai FTAAA ni juga amat cerewet tentang lokasi
pemasangan BIB… BIB mestilah dipasang paras dada supaya mudah untuk dikenal
pasti… aku pernah lihat BIB peserta yang dipasang pada BIB holder kat hydration
belt diminta supaya ditukar ke paras dada oleh pegawai FTAAA… aku dengan ajat
melepasi pintu yang dikawal oleh pegawai FTAAA ini tanpa sebarang masalah…
ramai kan orang... kami kt belakang |
Oleh
sebab kami masuk lambat maka kami berada dalam kelompok yang agak kebelakang…
selalunya kami berada dalam kelompok tengah… punyalah jauh kami kebelakang tak
dengar langsung apa yang sedang berlaku kat depan… sedar2 dah dengar bunyi hon
yang mana acara larian telah dilepaskan… aku rasa ade la seminit dua aku dengan
ajat tak bergerak walaupun acara telah bermuila sebab nak tunggu pelari
dihadapan bergerak… seperti biasa pace permulaan agak perlahan kerana masalah
trafik dari pelari yang lain… kemudian ajat mula mengorak langkah lebih laju
sambil mencelah-celah dikalangan pelari yang lain… aku cuba untuk mengejar pace
ajat yang agak laju… tetapi makin lama makin ketinggalan aku kebelakang… masuk
ke km ke-4 ajat sudah hilang dari pandangan mata aku…
Route
pada tahun ni tidak seperti route pada tahun lepas… tahun ni kami lebih banyak
berlari melalui jalan utama di putrajaya… elak dari melalui kawasan perumahan
flat yang lebih padat penduduk… ini sekurang2nya dapat mengurangkan konflik
diantara pelari dan pemandu kenderaan lain… pada bahagian pertama larian,
routenya adalah agak rata dan aku dapat berlari dengan baik… pemandangan
sepanjang larian juga amat cantik terutama ketika melalui kawasan bertasik…
cuaca malam yang tiada angin menambah kahangatan sewaktu larian… ada 3 water
station disepanjang larian yang mana aku berhenti pada ketiga2 water station
tersebut… aku makan gel yang aku bawa pada km ke-5 dan buah kurma dalam km ke-9
(kismis aku dah abis aku bedal kat opis, nak cari lain tak sempat, yang ada
Cuma buah kurma yang mak mertua aku bawa balik dari umrah bulan lepas)…
Fasa
kedua larian lebih mencabar… kerana menempuhi beberapa flyover yang agak
tinggi… putrajaya ni bukanlah kawasan yang berbukit sangat… tapi banyak flyover
dan jambatan yang agak tinggi… jenuh jugak nak memanjatnya… ada satu flyover tu
memang curam giler… dari jauh aku dah nampak… memang takde la aku nak lari
memanjat flyover yang curam tu… berjalan kaki jer la… masa ni juga aku
terserempak dengan sorang runner yang pengsan… mungkin sebab panas dan kering
sangat… masa aku lalu tu dah ramai la runner yang lain berhenti dan beri
bantuan kecemasan… oleh kerana ramai yang dah berhenti dan bantu aku teruskan
larian sebab lagipun aku bukannya tahu sangat pasal nak beri bantuan kecemasan
nih… buat menyemak bolehlah… so, peringatan untuk diri sendiri… always LISTEN
to your body and be PREPARED… aku doakan semoga runner berkenaan selamat…
goodiesss baggg |
Catatan
masa yang tidak begitu baik… berlari pada waktu malam memang macam ni… corak
larian kita tak sama seperti berlari sebelah pagi… aku rasa pace larian aku dah
cukup baik… jikalau masa SCKLM’12 tempoh hari aku boleh berlari 10km dalam masa
1jam 9min… berlari pada waktu malam jarak yang sama pasti tidak akan dapat
result yang sama, pasti mengambil masa lebih lama… apa pula yang berlaku pada
ajat yang mana pada permulaan larian berlari dengan baik dan pada pace yang
laju tetapi pancit dihujung larian… ceritenye kepada aku, dia sebenarnya cuba
untuk mengikut pace seorang pelari Team POYO (bro yang tolak BIB tu)… bro tu
memang berlari dengan pace yang laju… aku pun perasan masa dia potong aku
(senang jer nak kenal team POYO ni, kalau jasut adidas yang meriah warna warni
tu dia orang lah tu)… last2 pancit, itu yang aku dapat kejar balik tu… ajat
kata lepas ni dia perlu berhati2 dengan pace larian dia… jangan laju sangat di
permulaan, nanti pancit dipenghujungnya…
Lepas
garisan penamat kami terus ambil sijil… tetiba aku tertanya kat awek yang beri
sijil tu… ehh medal mana?... ajat yang belakang aku yang jadi tukang jawab “Top
500 ajela bang”… lupa lak aku, perasan boleh dapat top 500 tu hehehee… lepas
dapat sijil kami diberi pulak roti, epal dengan air mineral sebotol… dari situ
kami terus ke khemah untuk ambil Goodies bag… barang lain malas nak ambik sebab
kena beratur panjang sangat… kami berehat seketika sambil minum air dan makan
epal… kemudian aku menerima satu panggilan dari kawan masa belaja kat UTM dulu,
aswad… kebetulan dia ada di banggunan perbadanan putrajaya kerana ada projek
pemindahan server… aku dengan ajat bergerak ke Maybank di banggunan perbadanan
putrajaya untuk berjumpa dengan aswad… aku berjumpa dengan aswad sekejap jer
sebab aswad pun nak balik dah… dia dah bekerja terus menerus selama 48jam… dia
nak balik berehat pulak… tak lama selepas tu una pun datang untuk join kami…
setelah berehat seketika kami pun decide untuk balik…
No comments:
Post a Comment