Entry
kali ni aku nak cite sikit pasal air-cond kat rumah aku… kat rumah aku ada 2
set air-cond… satu kat ruang tamu… satu lagi kat master bed room… bilik aku la
tu… yang ada kat ruang tamu tu jenama LG dan yang kat bilik aku tu jenama
sanyo… kedua2 unit air-cond tu bukannya aku yang beli… dah memang ada masa aku
beli rumah yang aku duduk sekarang… owner rumah lama yang pasang…
air-cond kt ruang tamu |
air-cond kt dlm bilik... yg aku servis |
Sejak
kebelakangan ni aku rasa macam air-cond kat bilik aku tu macam dah tak sejuk
sangat… aku memang tak pasang air-cond tu 24jam… Cuma masa musim2 panas macam
sekarang ni jer… aku fikir mungkin sebab unit air-cond tu dah uzur sangat, maka
kecekapannya dah semakin berkurangan… tiba2 pada suatu hari ada air menitik
dari indoor unit air-cond bilik aku… setahu aku air-cond memang ada menghasilkan
air dan air tu selalunya dikeluarkan mengikut paip dari indoor unit dan dibuang
ke luar… aku fikir ni dah semakin parah… dulu dah la tak sejuk sangat… sekarang
ni ada air yang menitik la plak… bila aku tinjau dalam air-cond tu aku tengok
penuh dengan habuk…
Adik
aku hairy bekerja dengan sebuah pengeluar air-cond di shah alam… sewaktu aku
berjumpa dengan dia minggu lepas aku ada bertanya kat dia kenapa boleh ada air
yang menitik… dia kata kat aku dalam air-cond unit tu ada macam longkang yang
bertujuan untuk menakung air yang menitik dari cooling unit… air dari takungan
tu kemudian akan disalurkan keluar ikut paip yang disambungkan ke air-cond
unit… masalahnya habuk yang banyak kat dalam air-cond unit tu boleh jatuh
sekali dalam takungan tu dan selalunya boleh menyebabkan saluran air keluar
dari takungan tu tersumbat… cara untuk memperbaiki masalah ni adalah dengan
membuka casing luaran air-cond tersebut dan membersihkan takungan serta saluran
air tersebut…
Hari
sabtu tempoh hari aku mengambil keputusan untuk cuba menservis air-cond yang
bermasalah tu… mula2 aku bersihkan dulu filter air-cond… cara nak keluarkan
filter mudah sahaja… mula buka grille depan air-cond… selalunya grille depan ni
tak berskru… Cuma perlu umpil dan buka… filter ni selalunya diperbuat dari
plastik dengan jaringan2 kecil dan habuk memang akan banyak berkumpul pada
filter ni… keluarkan filter tersebut dan cuci dengan air… filter yang kotor
akan menyebabkan pengaliran udara luar masuk ke cooling coil tidak lancar… ini
akan menyebabkan bilik menjadi lambat sejuk… filter ni adalah element yang
selalu boleh dibersihkan sekali sekala… sebagai contoh kat opis aku, kontraktor
yang bertanggungjawab untuk mensevis air-cond akan datang sebulan sekali dah
membersihkan filter air-cond ni…
Setelah
kita keluarkan filter… kita boleh nampak sebahagian dari cooling coil… tetapi
takungan dimana air yang menintik dari cooling coil sukar untuk kelihatan
kerana dilindung oleh casing… maka untuk lebih mudah mencuci takungan ini,
casing luar air-cond perlulah dibuka terlebih dahulu…selalunya ada 2biji skru
yang mengikat casing luar… skru ini selalunya berada berdekatan dengan corong
angin sejuk keluar atau diffuser… untuk air-cond unit aku ni, skru yang
memegang casing luar agak terselindung didalam ruang khas… apabila aku cuba
untuk membuka skru tersebut, ia tidak bergerak langsung… dengan keadaan skru
tersebut yang sudah pasti sudah lama tidak dibuka dan berkarat, aku memerlukan
sedikit bantuan untuk memudahkan untuk memutar keluar skru tersebut… aku semburkan
pada skru tersebut WD40 untuk memudahkan ianya berputar… tetapi setelah
disembur WD40, skru masih belum mahu bergerak… aku semburkan lagi WD40 dan
biarkan seketika supaya WD40 boleh masuk ke celah2 skru… setelah lebih kurang
5min, aku mencuba lagi dan kali ini aku berjaya… skru tersebut penuh dengan
karat dan sudah mula terhakis… nasib baik aku keluarkan skru tersebut secara
perlahan2… kalau kuat2 mau patah dan tertinggal dalam lubang skru… lagi naya…
skru utk bukak casing |
Setelah
keluarkan skru tersebut bolehlah umpil secara perlahan2 casing luar tersebut…
berhati2 supaya tiada klip yang patah… setelah mengeluarkan casing barulah kita
boleh nampak cooling coil secara menyeluruh… dibawah cooling coil ini terdapat
macam takungan berbentuk longkang yang bertujuan untuk menakung air yang
menitik dari cooling coil dan mengalirkannya keluar… kenapa ada air?...
berbalik kepada konsep fizik… angin yang ditarik masuk pada suhu bilik bila
bertemu dengan cooling coil yang sejuk akan menyebabkan molekul air didalam
udara mengalami proses pemejalwapan dimana molekul air dalam bentuk gas berubah
menjadi cecair… air inilah yang menitik ke takungan tersebut… fenomena yang
sama sebenarnya kita boleh lihat pada tingkap bilik yang sejuk pada hari hujan…
tak percaya?... cuba semak balik buku fizik zaman sekolah menengah dulu, tapi
kalau aku salah tolong betulkan yea…
Tetapi
kalau kita tengok dalam longkang tu ada air yang bertakung, ini bermakna
saluran air tersebut untuk keluar telah tersumbat… inilah yang berlaku kepada
air-cond aku… bila salur tersebut tersumbat, air akan bertakung… bila air
tersebut melimpah ia akan menitik keluar dari unit air-cond tersebut… bila aku
perhatikan didalam longkang tersebut banyak habuk2… baru aku teringat… 2~3
bulan lepas aku ada membeli semburan pembersih sirip cooling coil di SOGO…
semburan ini berfungsi untuk membuang habuk2 pada sirip cooling coil… habuk
yang jatuh tu dah berkumpul pada saluran keluar dan tersekat kat situ… dengan
menggunakan straw aku jolok saluran keluar tersebut hingga habuk yang tersekat
itu keluar… selepas itu barulah tiada lagi air bertakung pada longkang
tersebut…
Kemudian
aku bersihkan pulak casing yang aku bukak tadi… penuh dengan habuk… ialah dari
mula pindah sini 7 tahun yang lepas mana pernah cuci air-cond ni… habuk2 yang
banyak ini juga yang mempengaruhi prestasi air-cond aku… selepas membersihkan
casing luar… aku bersihkan pula cooling coil dan sirip pada diffuser… kat sini
pun banyak habuk jugak… aku bersihkan sirip cooling coil dengan menggunakan
berus cat… berhati2 sewaktu membersihkan kawasan cooling coil ini… sebarang
kerosakkan pada sirip cooling coil akan menggangu pemindahan haba (heat
exchange) antara udara yang masuk dengan cooling coil… kalau cooling coil bocor
lagi problem… memang hampir mustahil untuk repair atau tampal kawasan yang
bocor… kalau ganti cooling coil baru, harganya jangan cite la… so berhati2 la…
untuk kawasan2 lain aku bersihkan guna kain lembab…Cuma kawasan yang aku tak
boleh bersihkan adalah kipas atau drum yang berputar dibawah cooling coil… drum
inilah yang bertanggungjawab untuk mencipta aliran udara masuk ke dalam cooling
coil dan menolak udara sejuk keluar dari diffuser…
Apabila
semuanya dah bersih… aku pasangkan semula casing luar… tapi aku lupa pulak yang
skru asal casing luar tu dah terhakis dan berkarat teruk… terpaksalah aku pergi
hardware dulu beli skru ganti… senang je, tunjuk aje skru lama kat tokey
hardware tu, tahulah dia bagi yang baru… memasang semula casing luar tidaklah
sesukar semasa membukanya… sekarang bersih suda air-cond aku… air yang menitik2
juga dah tak ada… alhamdulillah… berjaya jugak projek aku ni walaupun aku
sebenarnya tak de pengalaman langsung servis air-cond ni…
Sekarang
bilik tido aku dah cepat sejuk… kalau sebelum ni nak kena set suhu 16 darjah
celcius baru sejuk sekarang set 23 darjah pun dah sejuk giler… adik aku hairy
pernah berpesan… air-cond ni kena selalu bersihkan daripada habuk sebab habuk
adalah penyebab utama air-cond tak sejuk dan lama kelamaan boleh menyebabkan
cooling coil bocor… teori aku adalah, apabila habuk banyak sangat menyeliputi
cooling coil… heat exchange sukar berlaku menyebabkan cooling coil mengalami
tekanan yang kuat dan lama kelamaan menjadi bocor… sebab itu aku juga
nasihatkan korang untuk servis juga air-cond kereta sebaik2nya setahun sekali… pengalaman aku dulu masa pakai kelisa,
air-cond coil aku bocor setelah dua tahun lepas beli… nak ganti bukan murah,
yang ori lebih kurang rm700… lokel atau rekon lebih kurang rm400… mahal giler… kereta
kalau tak ber ekon memang tak selesa langsung… tapi kebanyakkan kereta sekarang
dah ada air-cond filter… korang Cuma perlu bersihkan dalam 2 bulan sekali… adik
aku hairy juga pernah berpesan, katanya gas dalam cooling coil takkan berkurang
sebab dah seal ketat… kalau gas berkurang hanya sebab berlakuknya kebocoran…
samada bocor kat cooling coilnya atau bocor kat fitting @ penyambungan… kalau
bocor kat fitting @ penyambungan masih boleh dibaiki lagi… tapi kalau bocor kat
cooling coil maknanya kena ganti baru la…
Post
SCKLM 2012… pengalaman berlari HM masih terbayang2 dalam kepala otak aku… jarak
21km tu bukanlah sesuatu yang mustahil untuk ditempuhi… dengan persediaan yang
baik dan teknik berlari yang betul, insyaallah sesiapa pun boleh melakukannya…
minggu ni ada larian NTV7 Fun Run di seri pentas… rasa macam nak lari… tapi
miza ada taekwando… tengokla macam mana… minggu depan ada larian Men’s Health
Shape Night Run 11km… itu conform lari sebab larian malam di putrajaya… ajat
tak masuk larian ni sebab lambat daftar… tapi macam manapun aku akan pergi dulu
rumah ajat sebelum larian… dari rumah ajat kami akan berjalan kaki ke presint
3, dah dekat dah… walaupun ajat tak lari tapi dia kata dia nak ikut jugak…
baru2 ni pun aku dah daftar untuk Putrajaya Night Marathon… kali ni aku masuk
kategori HM… hahahaa dah kemaruk la tu… ajat pun masuk kategori yang sama…
nampak gaya pacing sama2 la kami…
17 comments:
thanks bro info berguna untuk dikongsi bersama
good info...nak suruh hubby bersihkan aircond
saya tengah terpinga pinga cari blog yang ada bagi tunjuk ajar cara tangani air bocor dari aircond ni..nasib jumpa.. thanksss ;)
Thanx ya... Esok pagi2 saya terus cuba. Dah 3 mlm tido kat sofa luar coz masalah ni. InsyaAllah saya akan pnjgkan ilmu ni kat FB. Boleh kan.
Overhaul Servis Airconditioners Split Unit.
Package include gas = RM120.00.
Diamond Strategic Ventures.
Faizal - 0134178862.
Selangor dan KL.
Tq..telah dilaksanakan dan berkesan...
Tq..telah dilaksanakan dan berkesan...
Tq.. Info yg sangat berguna, peneranan yg jelas dan mudah faham.
Tq.. Info yg sangat berguna, peneranan yg jelas dan mudah faham.
Thanks. it's really helpful.
Thanks. it's really helpful.
Thanks. it's really helpful.
Sya setiap minggu bersihkan aircond..tpi smpai skarang kuar air dan beku..macam mna yerkkk...blh hubungi sya 01129111290
Tkasih, nak buat sendiri ahh, bole dapat peluh & dapat knowledge dari blog ini.
سعر تنظيف مكيف اسبليت بالرياض
إن أفضل طريقة ممكنة للقيام بتنظيف مجرى الهواء ، هو الحصول على شركة غسيل مكفيات بالرياض في العناية بها ، أو إذا كنت تطرح سؤالاً يمكنني تنظيف مجاري الهوائية بنفسي ، فإن التحقيق في ذلك الجواب هو الأكثر تحدياً . يمكنك أن تأخذ هذا على سبيل توفير المال ، أو يمكنك النظر إليه كتجربة تعليمية. هناك دائمًا شيء يمكنك تعلمه عندما يتعلق الأمر بصيانة سكنك. إن تكاليف عمل هذه الشخصية شيء غير فعال من حيث التكلفة ، من ناحية أخرى سيكون بإمكانك التأكد من أن تنظيف مجرى الهواء يتم بشكل مناسب.
هناك مقاولون يتخصصون في تنظيف مجاري نهضة نجد ، عندما تقوم بالتواصل مع شخص ما عليك التأكد من أن هذا شيء تحتاجه. هناك قنوات نهضة نجد النظيفة التي يمكنك قراءتها ، وهذا يعطيك ثلاث خطوات مباشرة لمواصلة التأكد من أن مجاري الهواء الخاصة بك يتم الاحتفاظ بها بالفعل نظيفة وذات جودة عالية. عندما تنتقل إلى منزل جديد ، أو غرفة مكتبية أو حتى إذا وجدت شيئًا ما تحت التأجير ، فإن أول شيء يجب عليك التأكد منه هو أن صيانة تنظيف مجاري نهضة نجد محدثة وأنه لا يوجد أي شيء في نهاية المطاف تحمل تكاليف لاحقا أسفل الخط.
تنظيف مكيفات بالرياض
شركة تنظيف مكيفات بالرياض
يقع العديد من أصحاب البيوت أو المنشآت في مشكلة الشراء المتكرر لمكيفات سبليت ظنًا منهم أن المكيف قد انتهى عمره وتعطّل، إلا أن أكثر ما يتفاجأ به الفرد منهم أن المكيف فقط يحتاج إلى تنظيف وأن إهمال تنظيف مكيفات سبليت وغياب الصيانة الدورية للمكيف قد أدّى إلى ضعف عمل المكيف عند تشغيله. وهذا يجعلهم يحرصون أكثر على طلب خدمة ولكن لا يدرون أي التطبيقات التي توفر هذه الخدمة بسهولة.
لذا، يزود تطبيق بيتك فني تنظيف مكيفات سبليت على احترافية عالية فور طلب خدمة التكييف وذلك بعد تحميل التطبيق وذلك لأن تنظيف مكيفات ليس أمرًا سهلًا يقوم به أي شخص، فهو يحتاج إلى فني متمرِّس في غسيل مكيفات سبليت وفق خطوات معينة.
من هنا يأتي دورك في أهمية الاطلاع على هذا المقال لمعرفة الآتي:
1. ماهية الخطوات التي يتبعها فني تكييف من تطبيق بيتك لتنظيف مكيف سبليت باحترافية.
2. أهم ما يميز تطبيق بيتك عن غيره عند طلب خدمة تنظيف المكيف من خلاله.
3. أهم ما يميز فني تنظيف مكيفات سبليت من تطبيق بيتك.
4. كيف يعمل تنظيف المكيف بمهارة على إطالة عمر المكيف؟
Post a Comment